Mereka suka sebut orang hebat yang sudah meninggal dengan sebutan:
" Saya kagum dia, saya rapat dengannya...", demikian Ezam Md Noor sebutkan tentang Ust Fadhil Noor.
Seseorang itu boleh cakap apa sahaja kerana orang yang sudah meninggal itu tidak dapat lagi bangkit untuk mengiyakan atau menafikan. Namun, orang yang sudah meninggal itu ada teman-teman dan sahabat. Jika Ezzam mendakwa dia rapat dengan Ust. Fadhil Noor, dia tidak berhak untuk mendahulu sahabat seperjuangan Ust Fadhil Noor dalam Pas. Kalau dia biadab dengan pemimpin Pas yang lain, yang semasa Ust Fadhil Noor masih hidup berjuang bersamanya, maka bagaimana kita mahu mempercyai bahawa dia baik dengan Ust Fadhil Noor.
Ini semua adalah teknik pecah belah yang diamalkan oleh orang gelisah. Nanti kelak, kalau TG Nik Aziz sudah tiada, tentu akan ada musuh politiknya hari ini akan mendakwa bahawa dia baik dengan Tg Nik Aziz. Itu hanya teknik meraih simpati.
No comments:
Post a Comment