Maklumat terbaru dari FB seorang sahabat memaklumkan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terlah bersidang dan mengeluarkan fatwa mengharamkan perhimpunan yang menimbulkan kekacauan. Secara tersiratnya, keputusan fatwa berkenaan memaklumkan bahawa menyertai Bersih 3.0 adalah haram. Fatwa tersebut dibacakan oleh Prof. Emiritus Datuk Abd Shukor.
Sebagai respons peribadi, aku menyatakan bahawa fatwa itu tiada memberi makna apapun kepadaku. Fatwa tersebut hanya renggekan unta yang sarat memikul kitab. Renggekan kerana bontotnya dipukul oleh tuannya yang gelisah melihat kelambatannya meneruskan perjalanan.
Sejak dulu lagi para ulama kerajaan termasuk yang bekerja sebagai mufti telah hilang kredebeliti di hatiku. Rupanya itulah sebabnya kenapa Imam Hanafi rela disiksa daripada menjawat jawatan mufti kerajaan. Allah sayangkan Dr. Asri Zainal Abidin apabila belia berhenti (mungkin dipaksa berhenti) daripada jawatan mufti negeri Perlis. Menjadi mufti mendedahkan agamawan kepada sifat anjing yang sentiasa menjelir lidahnya.
Apa perlunya berfatwa haramnya perhimpunan seumpama Bersih 3.0? Kenapa tidak ada fatwa tentang haramnya menjalankan pilihanraya dalam keadaan Daftar Pemilih yang kotor? Mana fatwa membetulkan kepincangan kerajaan dan sistem pemerintahan yang ada?
Mana? Mana?
Sebab itu, aku tidak pernah menunggu fatwa. Fatwa tidak penting. Dalam masyarakat sudah ada ulama yang memberi fatwa. Fatwa ulama rakyat lebih diterima berbanding ulama kerajaan. Dakwah ulama rakyat lebih berkesan berbanding ulama penguasa. Perubahan masyarakat terletak di tangan ulama rakyat. Ulama penguasa hanya berusaha mempertahankan legasi kekuasaan majikannya.
Ma'assalamah!
No comments:
Post a Comment