Seorang rakan guru menceritakan mengenai neneknya yang telah meninggal. Katanya, nenek itu meninggal pada usia 100 tahun. Semasa hidupnya, dia adalah seroang pejuang Muhammadiah yang sangat kuat beramal dengan perinsip-perinsip Muhammadiah. Apa yang diceritakannya, semasa hayatnya, neneknya menghukumkan haram makan kenduri arwah kerana ia menyalahi sunnah baginda Rasulullah SAW. Jika ada pengikut Muhammadiah yang meninggal, mereka tidak membuat kenduri arwah, sebaliknya mereka membuat majlis tazkirah. Penyediaan makanan pula tidak dibebankan kepada keluarga si mati. Neneknya menghabiskan masa hidupnya dengan dakwah Muhammadiah.
" Nenek itu meninggalkan dunia sebagai orang Soleh...", balasku setelah mendengar ceritanya mengenai sosok peribadi nenek rakan guru itu.
"Ameen", balas rakan guru itu.
Muhammadiah merupakan jamaah Islam yang dikatakan kedua terbesar selepas Nahdatul Ulama. Jumlah ahlinya lebih daripada 20 juta orang. Di Malaysia, aliran Muhammadiah itu diterjemahkan sebagai aliran kaum muda manakalah kelompok Nahdatul Ulama di Indonesia, apabila di Malaysia, dikenali sebagai Kaum Tua.
Pertembungan antara Muhammadiah dan Nahdatul Ulama memang sengit. Sejak dulu hingga kini. entah sampai bila...
" Pernah menonton filem Sang Pencerah?", tanyaku kepada rakan guru itu.
Dia menggeleng. Cerita itu sangat baik ditonton oleh mereka yang mahu mengenali Muhammadiah. Ia adalah sebuah filem sejarah yang menceritakan perjuangan Kiyai Ahmad Dahlan, pengasas Muhammadiah.
" Nenekku itu asalnya Tarakan. Kalau dia datang melawat kami di Sabah, kami selalu nasihatkan dia agar jangan bawa pendekatan Muhammadiah di Sabah. Masyarakat Sabah sudah dibudayakan dengan majlis tahlil dan adat istiadat kematian ini...", ujar rakan guru itu.
" Kebiasaan tersebut tidak menjadikan kita pengikut setia...kesalahan hendaklah dibanteras dengan perjuangan...biarpun panjang masanya...", tukasku.
No comments:
Post a Comment