Aku tidak pandai membaca politik. Tetapi, aku bukan manusia yang buta politik. Politik aku terdedah kepada macam-macam persepsi. dari persepsi politiklah, manusia yang celik politik termasuk yang celik-celik picing mata sepertiku ini membuat pendirian politik.
Ketika aku terbaca mengenai kenyataan Ust. Nasharuddin Mat Isa bahawa yang layak memimpin Bersih 3.0 adalah pemimpin dari parti PAS, aku mula terfikir, kenapa dia boleh berkata begitu. Mulanya, aku percaya bahawa dia tidak suka kepada Ambiga kerana Ambiga terlibat langsung dalam tuntutan kelompok LGBT yang mana Ust. Nasharuddin Mat Isa hadir menjadi penlis dalam satu seminar menentang LGBT di UTM. Kenyataan tersebut adalah terbit sejurus selepas seminar tersebut.
Tetapi, aku cuba berfikir lagi. Kenapa dia mahu pemimpin PAS yang memimpin Bersih 3.0. Lalu, aku membuat dugaan politik bahawa kelukaannya kerana kalah terhadap Mat Sabu tidka dapat disembunyikan. Dia mahu Bersih 3.0 dipimpin oleh Mat Sabu sebagaimana Bersih pertama dulu telah dipimpin oleh Mat Sabu.
Orang sudah boleh menerima konsep NGO memimpin Bersih 3.0 kerana ia dapat menarik ramai individu bukan gembala politik terlibat sama. Tengku Razaligh dari pihak UMNO juga boleh menyokongnya. Datuk Kadir Syeikh Fadzir yang keluar UMNO dan kini masih dalam NGO Amanah Merdeka pun menyokongnya. Maka, sudah tentu kita dapat melihat keberkesanan perjuangan yang diandalkan ke pundak NGO.
Lantas, kenapa Ust Nasharuddin Mat Isa masih mengulang kenangan lama? Tidakkah boleh dia berfikir secara jama'i dan melihat dengan kaca mata sahabat-sahabat pemimpin PAS yang dia pernah bersama berjuang?
Senang cerita, aku menlemparkan andaian liar bahawa Ust Nasharuddin itu tidak mahu dan tidak mengharapkan Bersih 3.0 berjaya. Dalam hatinya sudah ada rentak tari seperti Dr. Hasan Ali yang ingin melihat kegagalan parti pembangkang dan meremehkan tntutan daripada pembangkang. Dia juga ghalib dalam persahabatnnya dengan kelompok manusia yang leka membicarakan isu-isu yang bukan aulawiyyat pada masa-masa kritikal.
No comments:
Post a Comment