Masalah yang timbul di kalangan sekelompok wanita itu adalah tuduhan mengadu domba. Sekelompok menuduh seorang sebagai pengadu domba. Aku mengatakan bahawa watak adu domba ini bukan milik mana-mana wanita secara khusus. Umumnya para wanita adalah makhluk yang paling gagal mengawal lidahnya. Sebab itu Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran secara khusus tentang umpat keji dan wanita.
Pergaduhan para wanita itu telah pun pernah berlaku di kalangan isteri-isteri nabi Muhammad SAW. Mereka adalah insan wanita yang cukup tinggi tarbiah. Namun, naluri semula jadi, cemburu, inginkan dominasi dan sifat suka menjatuhkan lawan adalah penyebab mereka sanggup mengabaikan tarbiah yang telah diberikan oleh nabi SAW. Namun, itu adalah kesilapan biasa. Jika demikian halnya para isteri nabi, maka apalah daya dengan wanita lain yang masih longlai tarbiahnya.
Mereka bukan para iteri nabi dan kita lelaki-lelaki yang menguruskan mereka juga bukan para nabi. Maka bersabar dan bertawakkallah!
No comments:
Post a Comment