Dilaporkan, perhimpunan membantah Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) telah diadakan di Kompleks Sukan UPM, Serdang. Kehadirannya dianggarkan 1000 orang. Mereka menfokuskan bantahan mereka terhadap dua individu yang disifatkan mendokong agenda LGBT iaitu DS Anwar Ibrahim dan Datuk Ambiga. Secara mudah bolehlah dilihat bahawa bantahan tersebut adalah didorong oleh perasaan anti Anwar Ibrahim dan juga anti gerakan Bersih yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Ambiga.
Terlalu molek dan merdu untuk mengatakan bahawa kumpulan NGO yang berkumpul itu bencikan LGBT secara khusus. Amalan seks bebas telah pun lama ada di Malaysia sejak tumbuhnya aktiviti pelacuran tetapi mereka tidak pernah pula berdemo menyatakan perasaan jijik mereka. Sekarang, apabila ia dapat dikaitkan dengan ikon pembangkang, mereka dengan lantang menjadi juara mencebir aktiviti kemaksiatan itu.
Menetang kemaksiatan adalah tugas setiap individu muslim. Tidak kira apa bentuk kemaksiatan dan dari siapa datangnya kemksiatan itu. Mengapa tiada bantahan ketika pemimpin-pemimpin tertentu secara terang-terangan bersalah dalam kesalahan seks? Mengapa pula dimanipulasi isu seks yang melibatkan DS Anwar yang gagal dibuktikan di mahkamah? Apakah setelah jalan mahkanah tidak berkesan, dimainkan pula jalan tikrar kepada mesyarakat agar tertanam dalam minda mereka?
Sejak beberapa episod terakhir ini, perbuatan pejuang moral, Melayu dan Islam di Malaysia ini sarat dengan mileage!
No comments:
Post a Comment