Kata Dr. Asri Zainal Abidin:" Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong BERSIH? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihan raya, tetapi menanglah dengan cara yang adil dan saksama".
Saya amat kisah siapa yang akan menang dalam Pilihanraya nanti. Saya risau kalau pemimpin yang korup menang dalam pilihanraya. Pemimpin yang korup akan menggunakan pelbagai cara untuk menang dalam pilihanraya termasuk menipu dalam sistem pilihanraya yang dilaksanakan. Kerana itu saya sokong Bersih 3.0 kerana apa yang dituntut ialah perjalanan pilihanraya yang adil.
Ada ahli parlimen bankrap isu mahu membawa usul ke parlimen menghalang pemimpin LGBT daripada menjadi perdana menteri kalau partinya memenangi pilihanraya. Cara mereka itu seolah-olah ada pemimpin politik yang LGBT. Setelah gagal di mahkamah, mereka cuba pula melalui saluran usul parlimen untuk menunjukkan bahawa pemimpin tersebut benar-benar LGBT.
Usul itu telah ditolak oleh speaker dewan. Demikian khabarnya. Sebenarnya kalau hendak dikira, usul yang penting adalah agar pemimpin yang korup, menipu duit rakyat, salah guna dan pecah amanah tidak boleh jadi perdana menteri, malah ahli parlimen atau ahli DUN, dan ahli Dewan Negara, itu yang terlebih utama. Tetapi, usul yang dibawa itu adalah jenis busuk kepala dari kepala taik. Sebab itu usul yang lebih utama itu tidak pula dibawa. Usul yang terbit dari ilusi mereka, itulah yang palu gendangnya.
Saya amat kisah siapa yang menang. Kalau boleh, saya mahu yang menang nanti semua pemimpin yang bersih. Kalau dia orang Islam, biar yang pada wajah mereka ada kesan sujud. Bukan orang yang keruh wajahnya dan hitam zulmat yang terpancar pada dahinya. Ketika menyaksikan perdebatan ahli parlimen melaui siaran berita TV, kekadang terdetik dalam hatiku bahawa ahli parlimen ini kusut benar mukanya. Tiada cahaya keimanan. Entah kejahilan apa yang buatkan orang kawasannya masih mengundikannya.
Dalam hal memilih pemimpin ini, aku punya pendirian yang yang berat sebelah. Berat sebelah pemimpin yang baik. Kebaikan tersebut dinilai berdasarkan "track recode". Kerana pemimpin yang pernah dan sedang memegang kuasa umumnya punya track recode yang buruk, maka sukarlah aku berat ke arah mereka. Oleh kerana pemimpin yang berkuasa belum pernah ada track recode, maka tiada masalahlah untuk aku cenderung kepada mereka. Apatah lagi kalau pemimpin itu ada track recode yang baik.
No comments:
Post a Comment