ABU (Asalkan Bukan UMNO) ditubuhkan di pihak pembangkang kerajaan. Ia pertubuhan yang motifnya adalah menanamkan kesedaran di kalangan rakyat agar menolak UMNO dalam pilihanraya akan datang. Ia bukan sebuah parti tetapi sebuah gerakan kesedaran politik yang tidak rasmi.
Para penyokong UMNO dalam Perkasa rasa pelu satu gerakan yang semacam ABU itu, lalu mereka tubuhkan TIBAI. Kalau ABU itu motifnya tolak UMNO. TIBAI itu motifnya lebih khusus dari itu iaitu tolak Anwar Ibahim. Apa yang kelakarnya,Tibai ada mursyidul amnya iaitu M. Zahid M.Arip,bekas naib Ketua Pemuda Keadilan. Di samping itu, TIBAI juga mempunyai seramai 28 orang ahli Majlis Syura. Dengar sepintasi lalu istilah yang digunapakai dalam kepimpinannya, macam sebuah gerakan Islam. Anehnya pula, Majlis Syuranya terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Nalla Karupan itu pun salah seorangnya. Namun, sesuai dengan makna TIBAI itu sendiri, iaitu Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, maka perjuangannya hanya persoalan remeh temeh yang kalau kalau boleh digambarkan, hanya sebagai renggekan kanak-kanak yang nakal.
Entah bilalah budak-budak itu nak matang politik. Kalau dilihat kepada pelancarannya, ia hanya dipenuhi makhluk yang suka melompat.Musim hujan memang banyak makhluk itu, nanti bila sudah kemarau, makhlu itu akan berlompatanlah pula mencari kolam air mana yang dapat membasahkan badannya.
No comments:
Post a Comment