Sekumpulan samseng Melayu, khabarnya diketuai samseng Jalan Kebun telah menyerang mahasiswa yang sedang berdemo di Dataran Merdeka dengan cara berkhemah di sana. Samseng tersebut telah datang dan menyerang para mahasiswa terbabit dan meroboh khemah serta merampas banner yang di letakkan di sana. Lagak samseng seperti itu adalah dari pemuda haprak yang tidak sedar diri bahawa kekuatan tenaga mereka hanya sekelumit yang dimainkan oleh rasa syok sendiri.
Kalau rasa sangat kuat, bawa kekuatan tersebut pergi berperang di Palastin. Kalau rasa di Palastin itu perjuangannya Mulia dan tidak sesuai dengan diri yang haprak, lawanlah dengan gangster penagih dadah Honduras yang berdarah dingin. Baru tahu tinggi rendahnya langit.
Apapun yang dilakukan oleh samseng-samseng tersebut, mereka perlu tahu bahawa zaman sekarang bukan lagi zaman Hang Tuah yang bila marah mengisar hulu keris. Kehebatan bersilat tidak menjadi jawapan kepada penyelesaian masalah di zaman ini. Zaman ini, siapa yang berjuang dengan akal, dia akan mendepani dokongan rakyat terbanyak.
Sebenarnya, semua yang dilakukan itu tidak menambahkan sokongan rakyat kepada penguasa. Rakyat sedang memerhati. Mereka menimbun kembencian di hati rakyat!
Mujujrlah orang bodoh mendokong kezaliman penguasa sementara orang cerdik berada di pihak rakyat!
No comments:
Post a Comment