CARI BAHAN

Monday, April 30, 2012

Rakyat yang berhimpun untuk Bersih!

Buat masa ini, himpunan Bersih telah memperlihatkan betapa rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berpadu dengan agenda dan gaya yang sama. Mereka tahu mereka berkumpul kerana menuntut pilihanraya yang bersih. Gaya berpakaian mereka berteraskan warna kuning. Mereka semua juga tahu bahawa perhimpunan tersebut berkonsepkan duduk-bantah pada kali ini. Inilah kesatuan yang belum pernah terlahir dalam gerakan massa di Malaysia.

Pihak kerajaan melalui polis tidak seharusnya merasa gelisah dan gabra menghadapi situasi Bersih. Mereka yang beramai-ramai datang itu adalah rakyat Malaysia juga. Mereka juga mencintai tanah air mereka. Malahan, mungkin lebih mencintai tanah air mereka berbanding sesetengah pemimpin congkak yang tega menjual harga dan maruah negara.

Seharusnya polis mempertahankan rakyat. Nama pun Polis Diraja Malaysia. Raja di Malaysia bukanlah bangsawan dan kaum politik penguasa. Rakyatlah raja itu. Polis Diraja bukan bermakna polis duduk di bawah raja tetapi polis duduk di bawah rakyat.

Sebarang tindakan yang menidakkan hak rakyat, menindas dan berlaku zalim, kasar kepada rakyat, akan menyebabkan usaha polis untuk menjadi entiti yang mesra rakyat tidak akan berjaya. Tanpa dokongan rakyat, polis tidak akan dapat membanteras jenayah dengan berkesan.

Sunday, April 29, 2012

Sungai Kayu Kawasan CM

Petang ini, sebelum senja melabuh tirainya, aku mengambil kesempatan untuk bersiar-siar dengan menaiki motosikalku bersama anakku, Zamila Salsabila, ke kampung-kampung di kawasan Sungai Kayu. Kawasan-kawasan yang sukar dimasuki dengan kereta, aku masuki untuk meninjau mood penduduk.  Sungguhpun Sungai Kayu itu kawasan yang masih sarat dengan kehidupan yang daif, ternyata ia memang sejati kawasan Ketua Menteri. Semangat penduduk yang terserlah ialah BN. Tanpa rasa segan dan malu, bendera BN dipaparkan penduduknya di banyak tempat. Aku terfikir bahawa perubahan politik di sini masih jauh.

Legasi Ketua Menteri masih utuh. Sekurang-kurangnya inilah tanggapanku buat masa ini.

Namun semuanya tergantung kepada takdir Allah SWT. Tiada kuasa yang kekal di maya ini. Ramai sudah mereka yang pernah berkuasa tetapi kini tinggal kenangan.

Peserta Bersih 3.0 dibayar RM150?

"Mereka dibayar RM150 seorang, diberikan penginapan di hotel lagi...", dakwa pakcik yang selama ini rajin ke masjid dan kuat pula dokongannya terhadap Berisan Nasional. dia berkata demikian ketika membuka bicara mengenai demonstrasi Bersih 3.0 yang telah diadakan kelmarin. 

"Mereka sengaja nak buat negara aman jadi kacau...Apa lagi yang mereka mahu?", dia menambah keluh kesalnya.

" Mereka itu patut di bawa naik kapal dan dibuang ke laut!", ujarnya geram.

"Dibawa naik kapal...hantar ke pulau mana-mana, jangan diberi kasut...",tambah rakan fikrahnya pula. Mereka ketawa.

" Siapa berikan mereka RM150 tu haji?", aku bertanya menduga.

" Siapa lagi?Pembangkanglah!", jawapnya yakin.

" Sungguh banyak duit pembangkang...", aku menunjukkan kehairanan.

Tidak ada guna aku mendebatkan soal itu. Dia mendapat berita dari sumber yang salah. Berita TV3 menjadi rujukan utama mereka. TV pendusta itu menjadi nabi buatnya. Apa nak kata. Biarkanlah. 

Pekerja kebenaran dan keadilan rakyat tidak perlu melayan kerenah orang yang kurang akal dan menjadi hamba kepada pemikiran lama yang ditanamkan oleh penguasa penindas. Satu saat, mereka akan sedar dari lena panjang mereka, sekalipun saat itu telah terlambat buat mereka.

Saturday, April 28, 2012

Kasihan orang kampung

Kasihan dengar khabar dari saudaraku di kampung, bahawa orang-orang kampungku bertolak dengan sebuah bas ke Kuala Lumpur malam kelmarin. Tok Imam, Bilal , siak serta ramai ahli jamaah masjid ikut serta sehingga terasa kehilangan mereka oleh para jemaah masjdi di kampung. Mereka tinggalkan kerja menoreh dan persoalan lembu dan ayam itik, semata-mata kerana mahu bersama dengan gerakan dan kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur, di bawah panji bernama Bersih 3.0. Mereka menempuh jalan beratus kilometer melalui lebuh raya utara-selatan. Mereka juga korbankan wang poket sendiri untuk misi tersebut.

Sungguh kasihan untuk rakyat negaraku dewasa ini. Kenapalah mereka bersusah payah turun ke Bersih 3.0? Untuk apa semua itu? Bukankah enak kalau tinggal sahaja di kampung dan buatlah kerja menyara keluarga di sana. Penuhilah rutin harian macam biasa. Tak usahlah fikir dan risau tentang masalah yang dibangkitkan oleh pihak penganjur Bersih 3.0 itu.

Bukan alang kepalang pengorbanan yang perlu ditempuhi untuk ke Kuala Lumpur itu. Tambahan pula kerajaan sedia ada mengancam dengan pelbagai ancaman. Perlu pula berdepan dengan polis dan risiko kekejaman dan kebuasan mereka. Sejarah penguraian polis terhadap demontrasi rakyat penuhkan cerita luka. Gas pemedih mata, water cannon, tangkapan dan dipukul serta dipenjarakan adalah antara kemungkinan-kemungkinan yang terpaksa ditempuh oleh peserta Bersih 3.0.

Pihak polis dan penguasa yang ber"kapok" atas batang leher mereka tidak kenal tasamuh. Sekalipun himpunan itu menyatakan mottonya "duduk dan bantah", mereka tetap enggan menerimanya dan mengatakan ia bahaya untuk negara. 

Sebenarnya bukan membahayakan negara. Hanya ia membahayakan penguasa yang makar dan maling, maka himpunan itu ditentang habis-habisan.

Kasihan pakcik, makcik dari kampung....Mereka terpaksa hadapi semua itu. Hanya kerana ingin melihat sebuah negara yang adik dan saksama. Menyingkirkan penguasa yang beraja dengan penipuan pilihanraya.  Kalaulah penguasa adil, semua itu tidak perlu. Rakyat akan dudk menghirup kopi di kedai simpang jalan awal pagi dengan senyum tawa lebar. 

Sabarlah wahai orang kampungku. Masa itu tidak lama lagi....

Friday, April 27, 2012

Agenda 3 serangkai

Melayu!
Islam !
Raja!

Kononnya itu jalur perjuangan suci. Setiap Melayu Islam di Malaysia perlu menyokongnya. Sebab itu, ia menjadi dahan berpaut yang sangat penting buat UMNO. Seruan ke arah tiga agenda itu juga menjadi laungan pertubuhan yang diberanakkan hasil kandungan haram UMNO seperti Perkasa dan JATI. Pada sangka pertubuhan luar nikah itu, dengan melaungkan tiga agenda itu mereka boleh memikat bangsa Melayu dan mambawa bangsa Melayu kembali bersatu di bawah UMNO.

Mereka sebenarnya melupai hakikat orang Melayu generasi baru. Orang Melayu generasi baru bukan jenis bersemangat asobiah seperti Melayu yang mednokong perjuangan UM.

Tiga jalur agenda perjuangan itu hanya tungangan untuk meraih pengaruh. Apa yang pasti, menggunakannya sebagai mekanisma menarik sokongan Melayu tidak akan berhasil.

Thursday, April 26, 2012

Ke mana hala tarbiah PAS?

"Apalah makna tarbiah kalau tidak sanggup turun ke lapangan untuk kerja-kerja pilihanraya?", keluh seorang sahabat yang kuat berjuang dalam parti PAS.

Tarbiah dilihat seharusnya dapat menjadi seorang ahli PAS itu sangup turun ke medan dan melakukan kerja-kerja yang berkaitan pilihanraya secara khusus. Kempen pilihanraya dari rumah ke rumah, sebar risalah politik, gantung bendera, dengar ceramah pimpinan parti dan parti yang bersekutu dan mesyuarat-mesyuarat Jabatan Pilihanraya.

Aku cuba merenung dan mendalami konsep tarbiah dalam Pas sebagai gerakan Islam. Apakah natijah tarbiah dalam PAS kesemuanya berkemuncakkan pilihanraya. Apakah benar pilihanraya adalah kemuncak kepada perjuangan PAS? Jika seorang yang mengaku PAS dan menjalani proses tarbiah PAS tetapi kurang minat dalam kerja-kerja pilihanraya, bolehkah kita katakan bahawa dia telah gagal menghadam tarbiah PAS?

Secara peribadi, aku tidak mahu melihat pilihanraya sebagai kemuncak amal dalam PAS. PAS seharusnya menjadi lebih besar daripada itu. Ia adalah sebuah gerakan yang melangkau kerja meraih kekuasaan di dunia. Pas mencebur dalam proses menancapkan ukhrawi dalam dada manusia. Maka, pilihanraya hanyalah satu sisi dalam PAS yang tidak harus dibesarkan dan didewakan sehingga diaulawiyatkan di atas semua yang lain. Bagaimana dengan dakwah? Bagaimana dengan kebajikan rakyat? Bagaimana dengan tradisi ilmu yang perlu disebarkan dalam masyarakat? Bagaimana dengan pendidikan yang perlu diperteguhkan? Dan...bagaimana dengan kerja-kerja pengkaderan generasi amilin yang mahu ditempatkan dalam perjuangan PAS yang melangkau perlbagai dimensi?

Para Aktor politik pilihanraya cuba meletakkan kerja-kerja pilihanraya sebagai aulawiyat nombor wahid dalam PAS.Mereka banyak berbicara mengenai strategi dan kemenangan sehingga bicara itu merampas banyak masa tidur mereka. Lantas, menjadi kuranglah pula tarbiah rohani agar menjadi hamba yang rahban di malam hari. Keutamaan melampau terhadap kerja-kerja pilihanraya menyebabkan timbul perlecehan terhadap bidang kerja asasi gerakan Islam.

Apakah kita mahu PAS muncul sebagai sebuah parti politik yang hanya menggantikan UMNO? Jika demikian, ia hanya perjuangan peribadi para aktor politik. Para mukhlasin dalam PAS tidak akan meraih apa-apa keuntungan duniawi kerana mereka hanya mengharapkan balasan ukhrawi daripada Allh SWT. Jangan sampai jenuh oppurtunis politik yang memijak kepala para munhlasin demi meraih pamrih politik yang dibayangkan mengembungkan poket sendiri!

Apa ada di sebalik komen Nasha tentang Bersih 3.0

Aku tidak pandai membaca politik. Tetapi, aku bukan manusia yang buta politik. Politik aku terdedah kepada macam-macam persepsi. dari persepsi politiklah, manusia yang celik politik termasuk yang celik-celik picing mata sepertiku ini membuat pendirian politik.

Ketika aku terbaca mengenai kenyataan Ust. Nasharuddin Mat Isa bahawa yang layak memimpin Bersih 3.0 adalah pemimpin dari parti PAS, aku mula terfikir, kenapa dia boleh berkata begitu. Mulanya, aku percaya bahawa dia tidak suka kepada Ambiga kerana Ambiga terlibat langsung dalam tuntutan kelompok LGBT yang mana Ust. Nasharuddin Mat Isa hadir menjadi penlis dalam satu seminar menentang LGBT di UTM. Kenyataan tersebut adalah terbit sejurus selepas seminar tersebut.

Tetapi, aku cuba berfikir lagi. Kenapa dia mahu pemimpin PAS yang memimpin Bersih 3.0. Lalu, aku membuat dugaan politik bahawa kelukaannya kerana kalah terhadap Mat Sabu tidka dapat disembunyikan. Dia mahu Bersih 3.0 dipimpin oleh Mat Sabu sebagaimana Bersih pertama dulu telah dipimpin oleh Mat Sabu.

Orang sudah boleh menerima konsep NGO memimpin Bersih 3.0 kerana ia dapat menarik ramai individu bukan gembala politik terlibat sama. Tengku Razaligh dari pihak UMNO juga boleh menyokongnya. Datuk Kadir Syeikh Fadzir yang keluar UMNO dan kini  masih dalam NGO Amanah Merdeka pun menyokongnya. Maka, sudah tentu kita dapat melihat keberkesanan perjuangan yang diandalkan ke pundak NGO.

Lantas, kenapa Ust Nasharuddin Mat Isa masih mengulang kenangan lama? Tidakkah boleh dia berfikir secara jama'i dan melihat dengan kaca mata sahabat-sahabat pemimpin PAS yang dia pernah bersama berjuang?

Senang cerita, aku menlemparkan andaian liar bahawa Ust Nasharuddin itu tidak mahu dan tidak mengharapkan Bersih 3.0 berjaya. Dalam hatinya sudah ada rentak tari seperti Dr. Hasan Ali yang ingin melihat kegagalan parti pembangkang dan meremehkan tntutan  daripada pembangkang. Dia juga ghalib dalam persahabatnnya dengan kelompok manusia yang leka membicarakan isu-isu yang bukan aulawiyyat pada masa-masa kritikal.

Kami wahabi Tegar?

"Mereka kata ustaz adalah Wahabi tegar...". seorang anak usrah meluahkan kepadaku pada satu malam. Dia sering menceritakan polimik yang selalu dihadapkan kepadanya oleh satu kelompok pendokong ajaran tariqat. Menurutnya, dia sendiri kerap dituduh sebagai wahabi kerana penderian yang tidak sejajar dengan mereka dalam memahami ayat-ayat mutasyabihat dan mengenai metodologi sifat 20.

" Tuduhan wahabi adalah cara mereka yang tiada hujah ilmiah!", aku menegaskan.

" Mereka menolak Ibn Taimiyyah dan menuduhnya kafir. Demikian mereka menolak Ibn Qayyim. Mereka juga mencela Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Ulama-ulama yang tidak cocok dengan mereka, mereka tolak", tambahnya.

" Menolak pandangan ulama adalah perkara biasa dalam tradisi bkeilmuan Islam, tetapi mencela mereka dan merendah-rendahkan mereka adalah perangai puak rafidhah!", balasku.

"Mereka menuduh PAS kurang ukhuwah kerana beberapa tokoh dan individu dalam PAS Sandakan telah lari meninggalkan PAS...", tambah remaja itu.

"Meninggalkan jama'ah bukan sahaja penyakit PAS, ramai juga orang yang meninggalkan ABIM, JIM, Tariqat dan malahan kumpulan zikir lain...", aku mengingatkan.

"Aku dituduh penolak sifat 20...penjual buku kaki lima di bandar ramai yang kenal aku sebagai penolak sifat 20 sedangkan aku pun tidka kenali mereka...di masjid bandar, mereka kenali aku sebagai penolak sifat 20...", keluhnya lagi.

"Mereka yang  mendokong dogma sifat 20 itu, pun bukan menguasai sifat 20. Cuma tanya mereka tentang tanjizi, kam, berapa aqaidul iman dan minta huraikan sifat-sifat itu satu demi satu, aku berkeyakinan mereka pun kebingungan dalam menerangkannya...hanya kerana membela sifat 20 itu mereka dapat berdiri untuk melempar tuduhan wahabi, mereka berpaut kepadanya..."aku menduga.

"Mereka kata mahu hantar surat menjemput ustaz berdebat...", tambahnya.

"Perdebatan dengan mereka tidak akan menemui titik. Sama juga perdebatan dengan puak rafidhah Syiah yang pernah dibuat para ulama, tidak pernah mencapai persetujuan...", aku keberatan.

Polimik itu adalah klasik dan zaman kini kita hanya meneruskannya. 

Allahu a'lam bissowab!




Wednesday, April 25, 2012

Wanita berkonflik

Masalah yang timbul di kalangan sekelompok wanita itu adalah tuduhan mengadu domba. Sekelompok menuduh seorang sebagai pengadu domba. Aku mengatakan bahawa watak adu domba ini bukan milik mana-mana wanita secara khusus. Umumnya para wanita adalah makhluk yang paling gagal mengawal lidahnya. Sebab itu Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran secara khusus tentang umpat keji dan wanita.

Pergaduhan para wanita itu telah pun pernah berlaku di kalangan isteri-isteri nabi Muhammad SAW. Mereka adalah insan wanita yang cukup tinggi tarbiah. Namun, naluri semula jadi, cemburu, inginkan dominasi dan sifat suka menjatuhkan lawan adalah penyebab mereka sanggup mengabaikan tarbiah yang telah diberikan oleh nabi SAW. Namun, itu adalah kesilapan biasa.  Jika demikian halnya para isteri nabi, maka apalah daya dengan wanita lain yang masih longlai tarbiahnya.

Mereka bukan para iteri nabi dan  kita lelaki-lelaki yang menguruskan mereka juga bukan para nabi. Maka bersabar dan bertawakkallah!




Monday, April 23, 2012

TIBAI

ABU (Asalkan Bukan UMNO) ditubuhkan di pihak pembangkang kerajaan. Ia pertubuhan yang motifnya adalah menanamkan kesedaran di kalangan rakyat agar menolak UMNO dalam pilihanraya akan datang. Ia bukan sebuah parti tetapi sebuah gerakan kesedaran politik yang tidak rasmi. 

Para penyokong UMNO dalam Perkasa rasa pelu satu gerakan yang semacam ABU itu, lalu mereka tubuhkan TIBAI. Kalau ABU itu motifnya tolak UMNO.  TIBAI itu motifnya lebih khusus dari itu iaitu tolak Anwar Ibahim. Apa yang kelakarnya,Tibai ada mursyidul amnya iaitu M. Zahid M.Arip,bekas naib Ketua Pemuda Keadilan. Di samping itu, TIBAI juga mempunyai seramai 28 orang ahli Majlis Syura. Dengar sepintasi lalu istilah yang digunapakai dalam kepimpinannya, macam sebuah gerakan Islam.  Anehnya pula, Majlis Syuranya terdiri dari pelbagai kaum dan agama. Nalla Karupan itu pun salah seorangnya. Namun, sesuai dengan makna TIBAI itu sendiri, iaitu Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim, maka perjuangannya hanya persoalan remeh temeh yang kalau kalau boleh digambarkan, hanya sebagai renggekan kanak-kanak yang nakal.

Entah bilalah budak-budak itu nak matang politik.  Kalau dilihat kepada pelancarannya, ia hanya dipenuhi makhluk yang suka melompat.Musim hujan memang banyak makhluk itu, nanti bila sudah kemarau, makhlu itu akan berlompatanlah pula mencari kolam air mana yang dapat membasahkan badannya.

LGBT & Nasharudin

Berkenaan Wacana yang diadakan di UTM mengenai LGBT itu, ia satu usaha yang baik. Wacana tersebut dianjurkan oleh pertubuhan bernama MUAFAKAT dan menampilkan Prof. Dr Uthman El-Muhammady dari Institut Pemikir dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Ahli Parlimen PAS Bachok, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan wakil dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Abdul Rahim Sinwan sebagai panelis. Seramai kira-kira 100 orang peserta telah hadir.

Tetapi, melihat kepada bagaimana media perdana mempromosikan wacana tersebut dan dihadiri pula oleh para murtad politik PR serta komen-komen mereka selepas program, terlukis satu gambaran mengenai tujuan program tersebut diadakan. Secara tersirat, mereka mengaitkan LGBT dengan pembangkang, khasnya DS Anwar Ibrahim dan juga dengan Datuk Ambiga yang terlibat langsung dalam Bersih 3.0 yang akan diadakan pada hujung minggu depan.

Dalam sibuk orang berjuang menumpaskan UMNO dan kezalimannya, mereka bercakap pula mengenai LGBT. Ia menjadi dahan berpaut pula buat UMNO. Siapa tidak tahu MUAFAKAT yang menjaid penganjurnya? Presidennya yang bernama Ismail Mina itu adalah dianggap ulama rujukan Hasan Ali.

Membantah LGBT memang menjadi citra pejuang Islam. Tetapi ia bukan citra pemimpin UMNO dan para murtad politik PR itu. Mereka hanya oppurtunis yang mencari ruang membuat ramuan memulihkan pengaruh politik.

Apabila Ust Nasharudin Mat Isa  membuat komen pula selepas habis program tersebut mengenai perlunya Bersih 3.0 dipimpin oleh pemimpin PAS atau mana-mana pemimpin politik dan bukannya individu seperti Datuk Ambiga, sudah semakin ketara ke mana halanya Wacana LGBT itu. Ia lebih kepada usaha desperado pihak tertentu untuk mendiskredit  pemimpin yang terlibat dalam menggerakkan Bersih 3.0 dan seterusnya diharapkan himpunan itu gagal.

Mengenai Ust. Nasharudin Mat Isa ini pun satu hal. Jalannya yang ditempuhnya berliku sedikit padahal hujungnya sudah nampak seperti Hasan Ali. Dia banyak berasosiasi dengan golongan yang menjadi tungangan UMNO dan ini tentunya menimbulkan kegelisahan di kalangan ahli parti yang berwala kepada pemimpin Parti. Adalah mudah dan jelas kalau Ust Nasharuddin memendekkan bunga silatnya dan terus terang mengambil jalan seperti Hasan Ali. Kalau tidak mahu, dia perlu berkhulwat dan jangan terlibat dengan para lembu matador yang tidak sedar diri mereka menjadi tunggangan.

Apa yang akan berlaku telah tersurat. Hanya membilang hari.

Sunday, April 22, 2012

Mengenang arwah Pak Mail

Sepetang ini, aku berkemas di belakang rumah. Ada sebuah jaring buaian yang aku simpan sejak 4 tahun yang lalu. Timbul hasratku untuk menggantungkannya agar boleh digunakan untuk baring santai di atasnya. Melihat buaian jaring dari tali tangsi itu, aku terkenangkan Pak Mail dari Tanjong Batu. Dialah yang menghadiahkan aku buaian jaring itu pada satu hari. Dia berkata bahawa jaring itu dia hadiahkan untukku kerana dia suka denganku. Sambil itu dia mengharapkan aku menghadiahkannya pula mana-mana handphone milikku. Pada masa itu aku belum bersedia membuat tukaran hadiah itu. Tetapi, aku katakan kepadanya bahawa aku akan hadiahkannya handphoneku satu masa nanti. Namun, kata-kataku itu tidak dapat terlaksana kerana aku telah ditukarkan keluar dari Tanjong Batu secara tiba-tiba. Aku pula terlupa atau mungkin memandang tidak penting untuk melaksanakan janji manis itu.

Aku mendengar khabar bahawa Pak Mail Tanjong Batu telah meninggal beberapa tahun setelah aku tinggalkan Tanjong Batu. Rami yang menceritakan kepadaku melalui telifon. Kematian Pak Mail berlaku di Pusat Tahanan Sementara setelah ditahan oleh polis. Kata Rami, dia ditangkap oleh polis sewaktu bersabung ayam. Aku harap Rami tersilap. Mungkin Pak Mail sedang menyaksikan sahaja. 

Namun, Pak Mail memang punya pencanggahan denganku. Dia bermanhaj nenek moyang. Dialah yang mengemukakan pandangan aneh untuku bahawa umat Islam hari ini berarak dan berjudi kerana nabi Muhammad SAW sendiri pernah minum arak dan berjudi. Katanya, perkara itu ada dalam kitab kaumnya iaitu kaum Suluk.

Apapun, aku berdoa agar Allah mengampunkan dan merahmatinya. Buaian jaring yang dia berikan kepadaku adalah jariah yang dibuatkannya untukku. Mudahan berpahala dan ada guna pahala itu buatnya.

bantah LGBT atau Anwar?

Dilaporkan, perhimpunan membantah  Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) telah diadakan di Kompleks Sukan UPM, Serdang. Kehadirannya dianggarkan 1000 orang. Mereka menfokuskan bantahan mereka terhadap dua individu yang disifatkan mendokong agenda LGBT iaitu DS Anwar Ibrahim dan Datuk Ambiga. Secara mudah bolehlah dilihat bahawa bantahan tersebut adalah didorong oleh perasaan anti Anwar Ibrahim dan juga anti gerakan Bersih yang sebelum ini diketuai oleh Datuk Ambiga.

Terlalu molek dan merdu untuk mengatakan bahawa kumpulan NGO yang berkumpul itu bencikan LGBT secara khusus. Amalan seks bebas telah pun lama ada di Malaysia sejak tumbuhnya aktiviti pelacuran tetapi mereka tidak pernah pula berdemo menyatakan perasaan jijik mereka. Sekarang, apabila ia dapat dikaitkan dengan ikon pembangkang, mereka dengan lantang menjadi juara mencebir aktiviti kemaksiatan itu.

Menetang kemaksiatan adalah tugas setiap individu muslim.  Tidak kira apa bentuk kemaksiatan dan dari siapa datangnya kemksiatan itu. Mengapa tiada bantahan ketika pemimpin-pemimpin tertentu secara terang-terangan bersalah dalam kesalahan seks? Mengapa pula dimanipulasi isu seks yang melibatkan DS Anwar yang gagal dibuktikan di mahkamah? Apakah setelah jalan mahkanah tidak berkesan, dimainkan pula jalan tikrar kepada mesyarakat agar tertanam dalam minda mereka?

Sejak beberapa episod terakhir ini, perbuatan pejuang moral, Melayu dan Islam di Malaysia ini sarat dengan mileage!

Saturday, April 21, 2012

Aku memang kisah

Kata Dr. Asri Zainal Abidin:" Ada orang bertanya saya, apakah saya menyokong BERSIH? Saya kata saya masih di UK, tapi saya sokong keadilan dan pemberian hak secara yang wajar. Saya tidak kisah siapa pun menang dalam pilihan raya, tetapi menanglah dengan cara yang adil dan saksama".

Saya amat kisah siapa yang akan menang dalam Pilihanraya nanti. Saya risau kalau pemimpin yang korup menang dalam pilihanraya. Pemimpin yang korup akan menggunakan pelbagai cara untuk menang dalam pilihanraya termasuk menipu dalam sistem pilihanraya yang dilaksanakan. Kerana itu saya sokong Bersih 3.0 kerana apa yang dituntut  ialah perjalanan pilihanraya yang adil.

Ada ahli parlimen bankrap isu mahu membawa usul ke parlimen menghalang pemimpin LGBT daripada menjadi perdana menteri kalau partinya memenangi pilihanraya. Cara mereka itu seolah-olah ada pemimpin politik yang LGBT. Setelah gagal di mahkamah, mereka cuba pula melalui saluran usul parlimen untuk menunjukkan bahawa pemimpin tersebut benar-benar LGBT.

Usul itu telah ditolak oleh speaker dewan. Demikian khabarnya. Sebenarnya kalau hendak dikira, usul yang penting adalah agar pemimpin yang korup, menipu duit rakyat, salah guna dan pecah amanah tidak boleh jadi perdana menteri, malah ahli parlimen atau ahli DUN, dan ahli Dewan Negara, itu yang terlebih utama. Tetapi, usul yang dibawa itu adalah jenis busuk kepala dari kepala taik. Sebab itu usul yang lebih utama itu tidak pula dibawa. Usul yang terbit dari ilusi mereka, itulah yang palu gendangnya.

Saya amat kisah siapa yang menang. Kalau boleh, saya mahu yang menang nanti semua pemimpin yang bersih. Kalau dia orang Islam, biar yang pada wajah mereka ada kesan sujud. Bukan orang yang keruh wajahnya dan hitam zulmat yang terpancar pada dahinya. Ketika menyaksikan perdebatan ahli parlimen melaui siaran berita TV, kekadang terdetik dalam hatiku bahawa ahli parlimen ini kusut benar mukanya. Tiada cahaya keimanan. Entah kejahilan apa yang buatkan orang kawasannya masih mengundikannya.

Dalam hal memilih pemimpin ini, aku punya pendirian yang yang berat sebelah. Berat sebelah pemimpin yang baik. Kebaikan tersebut dinilai berdasarkan "track recode". Kerana pemimpin yang pernah dan sedang memegang kuasa umumnya punya track recode yang buruk, maka sukarlah aku berat ke arah mereka. Oleh kerana pemimpin yang berkuasa belum pernah ada track recode, maka tiada masalahlah untuk aku cenderung kepada mereka. Apatah lagi kalau pemimpin itu ada track recode yang baik.

Paling bersih?

Kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, daftar pemilih yang digunapakai oleh SPR dalam pilihanraya ke-13 nanti adalah "Yang Paling Bersih Di Dunia". Wah, sungguh hebat kedengarannya. Memang di Malaysia ini menjadi semacam gila-gila untuk mencapai tahap "paling". Ada bangunan yang dibuat dulu kerana mengejar gelaran paling tinggi. Kalau tidak di dunia pun, di Asia Tenggara pun jadilah. Banyak lagi yang "paling" terdapat di Malaysia. Paling panjang, paling besar, paling luas dan bermacam -macam lagi. Semuanya mahu masuk "book of records". Namun, yang paling kedengaran lawak jenaka adalah kenyataan bahawa daftar pemilih kita"Paling Bersih di Dunia".

Umum mengetahui bahawa daftar pemilih kita tidak cukup bersih. Tidaklah berani untuk kukatakan paling kotor. Namun, untuk mempercayai bahawa paling bersih, aku sukar sekali. Itu cuma dakwaan orang yang sedang tertekan. Ungkapan gila atau separuh gila akan keluar dari mana-mana orang yang sedang dalam tekanan paras hampagas.

Kalau paling bersih mengapa tidak dibuktikan? Terlalu banyak alasan dikemukakan berhubung penama-penama misteri yang berdimosil pada alamat yang sama sedangkan orangnya tiada. Rakyat bawahan memang tidak ada keupayaan untuk membuktikan hal ini. Namun, tidak semua rakyat tidak berupaya. Kalangan rakyat, sudah ada yang melangkah ke alam cerdik dan mumayyiz beribu takah berbanding pengerusi SPR tersebut. 

Zaman sudah berubah. Maka, rakyat perlu dilayani sebagai kelompok yang cerdik. Bukan lagi sebagaimana tahun 50-an sehingga 90-an.

Raja tidak lebih mulia dari para nabi.

Raja dan Rakyat, Berpisah Tiada...

Demikian bunyi slogan muluk yang diperkenalkan untuk tatapan rakyat sejak kebelakangan ini. Kewujudan raja-raja Melayu dalam institusi pemerintahan di Malaysia cuba ditampilkan sebagai institusi yang merakyat. Seorang raja yang selama ini hidup dalam medan aristokratnya digambarkan oleh media sebagai berjiwa rakyat. Bahasa mulus dilakar untuk menggambarkan betapa dekatnya antara raja dengan rakyat.

Di Malaysia ini amat ramai rajanya. Setiap berganti seorang raja untuk menjawat jawatan YDPA, maka akan lahirlah kata-kata muluk menggambarkan hubungan erat antara raja dan rakyat dan menggambarkan betapa cinta kasihnya rakyat kepada raja dan demikianlah sebaliknya.

Namun, apakah benar raja dan rakyat berpisah tiada? Rakyat marhain makan nasi berlauk garam sedangkan raja bersantapan diraja. Pakaian raja tetap kuning sejak dulu sedangkan rakyat nelayan dan petani berpakaian cabuk luntur warna. Kereta, rumah, sukan kegemaran, rakan-rakan pergaulan dan gaya hidup antara rakyat dengan raja masih jauh terjurang. Bagaimana boleh diungkapkan raja dan rakyat berpisah tiada?

Seorang raja...seharusnya hadir solat berjemaah di masjid bersama rakyat. Juga seharusnya turun ke pasar berjalan-jalan. Tidak perlu protokol yang dicipta hanya untuk menjarakkan antara raja dan rakyat. Raja tidak lebih mulia dari nabi. Sedangkan  nabi makan makanan rakyat dan berjalan di pasar-pasar, maka mengapa tidak para raja?

Allah berfirman:

وما أرسلنا قبلك من المرسلين إلا إنهم ليأكلون الطعام ويمشون في الأسواق

“ Kami tidak utuskan para Rasul melainkan mereka adalah jenis manusia yang makan makanan dan berjalan di pasar-pasar”.
(Surah Al-Furqan: Ayat 20)

MAIZAH

Orang beriman hendaklah ada maizah berbanding orang yang tidak beriman. Kalau sudah beriman, seorang yang berjuang pula yhendaklah ada maizah berbanding dengan orang beriman yang tidak berjuang.Maizah ini tererlah dalam rutin hidup hariannya.

Pada hari akhirat nanti, Allah SWT akan menyeru orang yang berdosa agar duduk dalam kelompok mereka agar dapat dilihat maizah mereka. Firman Allah SWT:


وامتازوا اليوم أيها المجرمون
" "Ayuhlah, pada hari ini  tinggal dalam maizah kamu wahai para pendosa!",

Kalau orang mujrim pun ada maizahnya di akhiratnya, maka demikian di dunia. Semasa di dunia, maizah mereka tidak zama dengan hamba Allah yang taat dan soleh. Manusia dikenal dengan maizahnya. Melihat maizahnya, kita mengetahui siapa dia. Apakah dia mukmin yang taat atau sebaliknya. Apakah pula dia mukmin yang berjuang atau yang qa'id!

Kalau rutin harian penuh dengan jadual persendirian, dari main futsal, main badminton sehingga acara memacing hujung minggu, sementara masa untuk kerja Islam tiada hatta ke masjid untuk solat berjemaah cuma, maka sudah tentu itu menjadi maizah bahawa dia bukan pejuang agama Allah SWT. Seorang pejuang agama Allah hendaklah ada jadual yang berbeza daripada orang lain.  Dalam rutinnya ada usrah, tamrin, kulian, tafaqquh, mesyuarat dan sebagainya.

Semua itu menjadi maizahnya!

Friday, April 20, 2012

Ceramah PKR dan kedatangan Najib.

Malam ini ada ceramah PKR yang akan diadakan di rumah seorang penduduk Taman Fajar.  Ketika awal pagi tadi, sewaktu aku keluar kerja, ada banyak bendera PKR sepanjang jalan keluar dari Taman Fajar. Namun, ketika pulang dari kerja menjelang tengahari, bendera PKR telah hilang dan yang berjejeran di sepanjang jalan pula adalah bendera BN. Khabarnya DS Najib Tun Abd Razak dan bininya Rosmah akan tiba di Sandakan petang ini kerana ada program tertentu. Mungkin kerana itu, petugas BN membersihkan bendera PKR dari pandangan mata.

Sewaktu pulang dari rutin mengambil isteri, jalan pulang ke Taman Fajar tidak berapa lancar. Kereta berbaris panjang. Semuanya gara-gara polis trafik yang membuat sekatan untuk menyambut ketibaab DS Najib.

Ceramah PKR malam ini khabarnya diteruskan. Dua penceramah PKR dibawa dari Selangor. Mereka merupakan pimpinan PKR peringkat Selangor. Waktu solat jumuat tadi, Oting ada memberitahuku. Tetapi aku terlupa namanya. Apapun, malam ini aku ada usrah. Maka, aku tidak akan menghadirinya. Biarpun tiada usrah, aku mungkin tidak akan hadir.

 Tahun lepas, sewaktu aku melintas di depan rumah yang akan diadakan ceramah PKR itu, waktu itu dia buat kenduri kahwin anaknya, aku melihat ada acara tarian lambak dibuat di depan rumahnya. Aku tidak suka budaya tari menari sempena acara perkahwinan. Pada anggapanku, ia bukan cara Islam. Pengalaman itu membuatkan aku tidak begitu suka berkunjung ke rumahnya sekalipun hanya untuk mendengar ceramah.

Khabarnya, tuan rumah itu sedang melobi untuk dicalonkan sebagai calon PKR dalam pilihanraya akan datang. PKR memang ketandusan pemimpin yang berwibawa. Kebanyakan pemimpinnya adalah opurtunis dan kesetiaan mereka sangat rendah kepada parti. Mencari pemimpin yang berkualiti juga amat sukar dalam PKR.

Seorang pemimpin PAS dari Keningau baru-baru ini menggambarkan senario tersebut dalam ucapannya dengan mengambil kawasan Keningau sebagai contoh. Menurutnya, calon yang mahu betanding asat tiket PKR di sana dan ingin melawan calon BN adalah seorang yang randah moralnya. Sementara calon BN tersebut seorang yang biasa berkhutbah di atas membar pada hari jumuat. Maka, bagaimana hendak menang?

Saya mengenali serba sedikit peribadi tokoh PKR di Taman Fajar ini. Tuan rumah tersebut bukan seorang yang suka ke masjid sekalipun rumahnya hanya sepelaungan dari masjid. Oting pula rajin ke masjid tetapi kelemahannya ialah dia bukan seorang orator. Ahli politik haruslah petah berbicara kerana itulah modal untuk menarik sokongan orang. Kalau malas ke masjid, bagaimana pemimpin sedemikian mahu menjaga agama?

Pemimpin yang diperlukan di Sabah ini adalah pemimpin yang berjiwa agama. Di mana akan datang pemimpin yang sedemikian?

Menimbun kebencian

Sekumpulan samseng Melayu, khabarnya diketuai samseng Jalan Kebun telah menyerang mahasiswa yang sedang berdemo di Dataran Merdeka dengan cara berkhemah di sana. Samseng tersebut telah datang dan menyerang para mahasiswa terbabit dan meroboh khemah serta merampas banner yang di letakkan di sana. Lagak samseng seperti itu adalah dari pemuda haprak yang tidak sedar diri bahawa kekuatan tenaga mereka hanya sekelumit yang dimainkan oleh rasa syok sendiri.

Kalau rasa sangat kuat, bawa kekuatan tersebut pergi berperang di Palastin. Kalau rasa di Palastin  itu perjuangannya Mulia dan tidak sesuai dengan diri yang haprak, lawanlah dengan gangster penagih dadah Honduras yang berdarah dingin. Baru tahu tinggi rendahnya langit.

Apapun yang dilakukan oleh samseng-samseng tersebut, mereka perlu tahu bahawa zaman sekarang bukan lagi zaman Hang Tuah yang bila marah mengisar hulu keris.  Kehebatan bersilat tidak menjadi jawapan kepada penyelesaian masalah di zaman ini. Zaman ini, siapa yang berjuang dengan akal, dia akan mendepani dokongan rakyat terbanyak.

Sebenarnya, semua yang dilakukan itu tidak menambahkan sokongan rakyat kepada penguasa. Rakyat sedang memerhati. Mereka menimbun kembencian di hati rakyat!

Mujujrlah orang bodoh mendokong kezaliman penguasa sementara orang cerdik berada di pihak rakyat!

Thursday, April 19, 2012

Kesedaran baru...

"Baru ku sedar, pemimpin UMNO di Sabah ini bukan membela Melayu, sekarang kontraktor Melayu sukar nak hidup, projek pun susah, pemberian beberapa projek kepada kontraktor Melayu sebelum ini hanya gula-gula, padahal banyak peniaga Cina Sarawak yang dikayakan di Sabah...", keluh seorang sahabat sejawatan tatkala kami meluangkan masa bersarapan pagi tadi.

Aku diam sahaja kerana mahu mendengar ulasan-ulasan politiknya yang agak berbeza nadanya berbanding sebelumnya. Dia sangat menyanjung kemasukan UMNO ke Sabah yang disifatkannya membela hak-hak orang Melayu. Namun, komennya pagi ini menunjukkan bahawa dia seperti hilang kepercayaan kepada para pemimpin UMNO tersebut.

Dia bercakap mengenai MaxLand, sebuah syarikat kroni CM. Aku kurang memahami persoalan Maxland. Secara ringkasnya, dia mengatakan bahawa jutaan ringgit telah diserap ke dalam akaun CM dengan cara yang halus dan seni melalui peguam CM. Aku pernah membaca isu peguam CM tersebut tetapi kurang memberi perhatian. AKu kurang berminat kerana majoriti rakyat Sabah masih berada pada tahap tidur mati. Apapun yang dilakukan CM dapat ditutup dengan imbuhan sedikit menjelang pilihanraya.

"Sekarang aku sudah sedar bahawa selama ini Melayu Sabah hanya digula-gulakan!", keluh sahabat itu. Nampak amat kecewa sekali.

"Sebenarnya adalah gula-gula yang banyak ditaburkan seluruh negara....", aku menyampuk.

"Bayaran RM500 dan RM 100 kepada rakyat hanyalah gula-gula. Tajudin Ramli mendapat lebih RM500 juta...", lanjutku. Isu Tajuddin Ramli mendapat RM500 juta itu telah banyak dibahaskan oleh blogger hebat. Rakyat yang rajin membaca sudah masak dengan isu-isu sebegitu. Sudah tidak terdaya mencari jawapan lagi. 

Apa yang dimahukan hanyalah kesimpulan. Kesimpulan itu hanya ada pada hak mengundi dalam pilihanraya yang adil dan bebas!

Wednesday, April 18, 2012

Melayu herot otak.

Rupanya ada juga melayu berotak herot. Umpamanya pengerusi Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA), Datuk Zainuddin Abd Rahman. Dia bimbang jika AP dihapuskan dan menjadikannya sebagai hak istimewa orang Melayu yang dijamin oleh perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.Padahal, selama ini AP itu bukan menjaga hak orang Melayu terbanyak. Ia menjadi jambatan menghisap darah bagi segelintir lintah Melayu yang bejat. Bayangkan, kereta yang dijual di luar negara dengan harga yang murah, di Malaysia ia melambung tinggi.

Para pengusaha Melayu yang lemah akal perniagaan itu hanya mengaharapkan persaingan di padang yang mereka kawal. Mereka menindas rakyat dan mengatakan pula apa yang mereka lakukan itu memberi pekerjaan kepada lebih daripada  70 ribu pekerja di sektor automobil. Padahal, mereka meraih untung berlipatganda sedangkan rakyat dibebani hutang kerana hendak memiliki kereta yang lebih baik.

Mereka sangat herot otak!

MAHATHIR PELUPA

Mahathir kata Anwar lupa bahawa diala yang bertanggungjawab terhadap penubuhan PTPTN?  PTPTN ditubuhkan sewaktu Anwar masih lagi Timbalan Perdana Menteri. Maka Anwarlah yang terlibat. Tetapi, rupanya Mahathir pun jenis pelupa amat. Mungkin dia terkena karma cemuhannya terhadap bangsa Melayu yang dilebelkannya sebagai haprak dan pelupa. Pada masa PTPTN dibentangkan di parlimen pada tahun 1997, Menteri Pendidikan pada masa itu adalah Ds Najib Tun Abd Razak.

Kelupaan Mahathir amat ketara kerana dia menyangka Anwar yang terlibat menubuhkannya. Seharusnya dia juga perlu sedar bahawa dialah Perdana Menteri dewasa itu.Jadi, dialah orang yang paling bertanggungjawab mencipta beban buat para pelajar akibat tekanan hutang PTPTN.

Tuesday, April 17, 2012

Ulama berpolitik

" Ustaz...apakah Nik Aziz itu ulama", pagi itu tiba-tiba seorang teman sejawat bertanyaku. Entah dia benar-benar tidak tahu bahawa Nik Aziz itu ulama itu sengaja mencetuskan perbincangan politik, aku tidak tahu. Namun, aku pasti Nik Aziz yang dia maksudkan itu tidak lain adalah TG Nik Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan sekaligus Mursyidul Am PAS.

"Soalan itu amat tidak wajar kamu lontarkan...", aku memberi respons.

Apakah patut ada orang meragui keulamaan Nik Aziz. Kalau ragu-ragu mengenai keulamaan aku, itu dikira bolehlah. Demikian aku mengoceh teman sejawat itu.

Media kerajaan selama beberapa waktu membuat penternakan fikrah bahawa Nik Aziz bukan seorang ulama tetapi seorang ahli politik. Kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang dunggu dipetik untuk menegaskan bahawa Nik Aziz hanyalah seorang ahli politik. Ulama menurut pemimpin dunggu tersebut adalah seorang yang tidak berpolitik. Paling ulama kalau menurutnya adalah orang seperti para sawahibus samahah muftayat yang hidup mereka lebih kepada menjaga keperluan bahimiah sendiri.

Apabila orang alim berpolitik, itu adalah salah. Begitu peninggalan penjajah dalam pemikiran kaum bangsaku. Seharusnya diketahi bahawa para ulama wajib berpolitik kerana politik itulah membawa kepada imamah di bumi. Nabi SAW sendiri berpolitik, maka apakah namanya ulama kalau cuci tangan dari ragam politik?


Monday, April 16, 2012

Mereka membina dulah

Apa salahnya dengan tuntutan sekumpulan mahasiswa yang berdemo menuntut agar pendidikan percuma diberikan kepada rakyat dan PTPTN dimansuhkan. Para pemimpin UMNO mengemukakan pelbagai alasan mengapa PTPTN perlu diteruskan. Dengan penuh bimbang, mereka menyatakan pelbagai kesan buruk yang akan timbul jika PTPTN dimansuhkan. Paling lucu ialah apabila ada suara muluk yang memyatakan bahawa bayaran yuran di universiti adalah untuk komitmen para pelajar belajar bersungguh-sungguh. Mengandaikan bahawa pendidikan percuma akan membuatkan para pelajar hilang komitmen pelajar, dinyatakan bahawa pendidikan percuma tidak baik untuk dilaksanakn.

Alasan sebegitu samalah dengan alasan kenapa harga gula dinaikkan dalam pasaran sebelum ini. Ia disandarkan kepada alasan bodoh iaitu agar rakyat kurang makan gula dan dengan itu penyakit diabetis dapat dielakkan.

Kenapa buat membina tenaga manusia kita perlu berkira. Padahal, berapa bilion wang rakyat disalahgunakan untuk kepentingan individu yang telah sedia kaya raya? Inilah sikap yang kita katakan cubaan pihak yang tamak membina dulah di kalangan orang kaya. Tentu ini tidak boleh dibiarkan berlanjutan walau setahun lagi.

Sunday, April 15, 2012

Cerita pelik

Seorang remaja bertemuku dan bertanya soalan. apakah pendirianku mengenai cerita mengenai Rasulullah SAW keluar dari kubur dan bertemu ulama tertentu. Ada cerita dari habib yang didengarnya bahawa tangan Rasulullah keluar dari kubur dan bersalam dengan ulama tertentu. Aku kurang ingat nama ulama tersebut. Seingatku, dia menyebut imam Rafi'i. Cerita sebegini telah diulas dan dijelas oleh Dr. Asri sebagai cerita karut. Ketika ditanya kepada ustaznya di sekolah, ustaz tersebut juga menyimpulkannya sebagai cerita karut.  Namun, ada kawan-kawannya dan ada juga ustaz yang meriwayatkan cerita tersebut dengan membenarkannya.

Aku berkesimpulan mudah sahaja. Dalam Islam tiada cerita ajaib sebegitu. Logik mudahku untuk memperkuatkan ketidakpercayaanku terhadap cerita sebegitu adalah, kalau itu boleh berlaku kepada Imam Rafi'i, mengapa tida ada riwayat sahih para ahli hadis bahawa ia telah berlaku kepada sahabat dan salafus Soleh. Hebat mana Imam Rafi'i kalau mahu dibandingkan dengan Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Banding sahaja dengan 4 ulama besar  mazhab terutama, tentu sekali dia tidak lebih baik. Justeru, atas dasar apa cerita pelik sebegitu hendak diandalkan?

Cerita sebegini hanya datang melalui riwayat para ahli sufi dan tariqat....

Lelaki Suluk orang PEKIDA

Rupanya PEKIDA itu pertubuhan yang menjadi kebanggaan "taiko" Melayu. Bukan sahaja di Semenanjung Malaysia ia dianut oleh ahlinya, tetapi juga sampai ke Sabah. Agak tergaman apabila ketika kunjungan sambil lalu aku bersama TPJ Pas Sabah bersama Ust. Zaidi ke rumah En Jumadul di Tanjong Batu, beliau menyatakan bahawa dirinya adalah ahli PEKIDA. Malah, KK Kulaling juga ahli PEKIDA. Ternyata pengaruh PEKIDA sampai hingga ke perairan sisir Sabah-Filipina.

Kenapa mereka minat kepada PEKIDA? Aku kira ia adalah kecenderungan kebangsaan dalam diri manusia yang membuak-buak, itulah penyebab penglibatan dalam PEKIDA. Sentimen kebangsaan itu memang mudah diobor dalam diri. Tetapi, mengapa seorang lelaki Suluk masuk PEKIDA? 

Aku tensenyum sembari menggeleng kepala memikirkan penggabungan dirinya dalam PEKIDA.

Friday, April 13, 2012

Islam Mahjub

"Tariqat itu menyebabkan Islam pendokongnya berhenti pada syeikh...tidak sampai kepada nabi Muhammad SAW, " aku membuat kesimpulan itu ketika membahaskan persoalan toriqat untuk seorang anak muda yang dipagut dilema antara tariqat dan gerakan Islam massa.

Sememangnya, demikianlah yang berlaku. Seorang pengikut sesebuah tariqat akan nampaknya haibahnya syeikhnya sangat besar sehingga tenggelam haibah Rasulullah SAW sendiri. Dalam khayalnya, figur syeikh lebih banyak bermain berbanding figur Rasulullah dan pencentus Islam di persada dunia itu sendiri.Apatah lagi figur para sahabat dan salafus soleh serta mujahid sepanjang zaman.

Dalam tariqat amat banyak bid'ah. Rekayasa dalam cara berdoa, berzikir dan teori-teori agama. Saya menyebutkan secara umum. Pendetailannya boleh dicermati pada setiap tariqat yang tumbuh dan berkembang. Ada yang sangat melampau dan ada yang sangat kecil kecerobohannya. Namun, amat sukar menemui keaslian Islam dalam sebuah nama besar tariqat.

Sebab itu, apa perlunya bertariqat. Galilah sahaja khazanah Islam itu dari Al-Quran dan Hadis. Kalau tidak mampu memahami dengan baik dua sumber tersebut, bukan telah lahir sepanjang ulama terbilang yang telah mengarangkan kita-kitab yang pelbagai. Sungguhpun mereka sangat hebat, merujuki kitab mereka hendaklah menggunakan daya akal dan fikir, bukan sebagai muqallid yang meraba-raba.

Hargai anugerah akal kurniaan Allah SWT.


Monday, April 09, 2012

Cerita sesuka hatimu.

Kalau mereka berhikayat, biarkan aku juga berhikayat. Hikayat mereka bernama hikayat Perjuangan Kemerdekaan. Dalam hikayat tersebut, ada pejuang sejati dinafikan. Ada pembela penjajah dianggap pejuang. Kerana hikayat itu hak diri sendiri agaknya, maka mereka berhikayat. Kalau begitu, mempercayai sesuatu hikayat itu juga adalah hak sendiri. Seseorang tidak boleh dipaksa menerima satu hikayat dan tidak boleh pembuat hikayat juga tidak boleh dimarahi.

Maka, biar aku berhikayat mengenai diriku. 

Dulu, moyangku yang entah ke berapa di atasku, adalah bangsawan muqarrabin dalam daulah Uthmaniah di Turki. Kira-kira, dari segi kelayakkan menjadi khalifah ummat Islam, adalah juga pada moyangku tersebut. Kemudian, salah seorang leluhurku yang berketurunan moyang bangsa Turki itu telah berhijrah meninggalkan Turki. Alkisah, perkara itu berlaku selepas jatuhnya kerajaan Turki Othmaniah ke tangan Mohd Kemal At-Tarturk. Dia berkelana ke negeri Hadramaut dan disama bersemenda dengan puteri seorang ulama Hadhramaut dari keturunan Alawiyyin. Kerana minat dalam pengembaraan, salahs eorang anak lelakinya telah naik kapal sehingga sampai ke sebuah negara Islam di Asia Tenggara. Kerajaan itu dulunya dinamakan orang negara Champa. Pada zaman komunis telah menguasai Vietnam , kerajaan Champa telah lupus dari muka bumi diserang oleh kerajaan komunis tersebut. Maka, raja terakhir Champa itu namanya Che Man bersama ramai rakyat Champa telah lari berhijrah meninggalkan tanah air yang telah diperkosa. Dari keturunan Che Man itu, lahirlah pula moyang datukku yang bernama Che Mat. Datukku telah menetap di kampung yang menjadi kampung asalku di Kedah dan dari salasilah itu aku dilahirkan. 

Cerita auta! Kata seorang pendengar setiaku. Aku tersenyum lalu berkata bahawa ceritaku, hikayatku dan lipurku adalah milikku. Mereka yang lain bebas merangkai cerita sejarah, maka apa salahnya aku menceritakan cerita sejarahku. Aku menambahkah bahawa ceritaku adalah hakikat. Sama seperti pendakwa cerita sejarah mereka sebagai hakikat.

Apa buktinya? Mereka yang menceritakan sejara itu bukan punya bukti mantap. Sekadar catatan dalam buku sejarah bukan bukti. Mana sanad perawinya untuk diandalkan kepercayaan kita? Maka, aku pun tidak perlu membuktikan sejarahku. Cukup aku sebagai buktinya. Kalau mahu bukti, aku pun boleh membuat bukti.

Aku adalah cucu seorang yang punya kekayaan hartanah besar dulu. Sifat itu adalah sifat orang bangsawan. Aku pun sering ditaklifkan jadi pemimpin pada peringkat yang sesuai dengan keberadaanku. Itu pun boleh jadi bukti kebenaran sejarahku.

Anda menang sudah gila. Ceritamu memang auta dan diada-adakan. Tuduh pendengar setiaku itu. Kataku, aku punya suka kerana itu ceritaku. Adakah aku boleh ditangkap kerana cerita sejarahku? Kalau aku perlu ditangkap, pencalit sejarah pengorbanan polis-polis penjajah yang terbunuh oleh serangan komunis itu juga perlu ditangkap. Para pelakar sejarah tokoh pejuang kemerdekaan yang lewat itu juga perlu ditangkap kerana tahap ceritanya tidak juga jauh daripada ceritaku. Bezanya, mereka banyak duit dan ada kuasa untuk membukukannya menjadi silibus sejarah di sekolah.

Aku meilik ceritaku. Cerita kita semua tidak perlu senarai rawi. Ceritaku bukan hadis. Siapa nak percaya silakan. Siapa tidak mahu percaya pergilah cari cerita lain. Alang-alang bercerita, biar kita cerita semahunya. 

Biar caca marba sejarah lalu dan orang hari ini menapis kebenarannya dengan akal sendiri!

Kembali kepada Islam

Aku meluangkan masa mendengar sesi tasykil oleh seorang anggota Tabligh di masjid selepas maghrib tadi. Dia menceritakan tentang dakwah para nabi-nabi untuk menyelamatkan akidah manusia dan mebawa manusia mengungkapkan kalimah La Ilaha Illallah. Menurutnya, setiap orang daripada kita mempunya tanggungjawab untuk keluar fi sabilillah demi mengajak manusia kembali kepada Islam.

Aku amat bersetuju dengan seruan-seruannya itu. Sememangnya kita perlu mebawa manusia kembali kepada Islam. Siapapun dia, dia perlu kembali kepada Islam. Baik pemerintah maupun kalangan yang paling rendah dalam susun lapis masyarakat, mereka perlu kembali kepada Islam. Cuma, pemahaman tentang kembali kepada Islam itu yang perlu diperjelaskan.

Terdapat ramai orang UMNO atau yang mendokong perjuangan UMNO berada dalam tabligh. Mereka merasa telah menjalani kehidupan nabi apabila dapat keluar 3 hari atau empat bulan mengikut jamaah tabligh. Namun, kebersamaan mereka bersama jamaah Tabligh selama itu tidak menukar "ta'abbud" nya kepada parti yang banyak menebar sekularisme itu. Sementara, teramai sekali adalah mereka yang tidak mempunyai kepedulian terhadap hal ehwal politik negara dan pemilihan pemimpin. Inilah masalah dalam Jama'ah Tabligh. Permasalahan inilah yang membuatkan aku berpersepsi bahawa Jama'ah Tabligh bukanlah taifah yang dimaksudkan dalam Al-Quran dan Hadis. 

Nabi SAW bersabda mengenai Taifah tersebut dengan ketanya:


لَنْ يَزَالَ قَوْمٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِينَ عَلَى النَّاسِ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ

“ Akan sentiasa satu kaum dari ummatku yang akan sentiasa menang di atas manusia sehingga datang ketentuan Allah padahal mereka kekal menang”.
(Hadis Sohihain)

Kembali kepada Islam bukan segampang kembali kepada masjid. Sementara kita tidak boleh menafikan bahawa kembali ke masjid, dalam ertikata melazimi solat berjemaah, merupakan ciri penting kembali kepada Islam, ia tidak cukup. Kembali kepada Islam hendaklah difahami dengan penegasan perlunya kembali tunduk di bawah pemerintahan Islam. Islam bukan datang untuk manusia menjalani hidup sebagai abid tetapi Islam datang untuk menjadi penganutnya memerintah manusia lain dan membawa orang lain mematuhi perintah Allah SWT.

Inilah kerja gerakan Islam!

Apakah gerakan Islam pilihan anda?
 

Kerana hak diri tergugat...

Seorang guru marah kerana KWSP hanya membenarkan dia mengeluarkan sejumlah kira-kira 40 peratus carumannya selepas 7 tahun berkhidmat. Kemarahan itu membawanya menjadi marah kepada kerajaan, sementelahan terdapat berita mengatakan kerajaan menggunakan dana KWSP untuk tujuan-tujuan seperti bail out syarikat kroni yang bermasalah.

Sewaktu kerajaan berura-ura mahu melaksanakan SPBA, sebilangan kakitangan kerajaan begitu terpesona dengan tawaran anjakan gaji baru yang memberangsangkan. Namun, kemudiannya disedarkan mengenai kerugian SPBA apabila Ceupacs mendedahkan ketempanngannya. Heboh juga para kakitangan awam membahaskannya. Ketika itu, tidak sedikit kakitangan awam yang melemparkan kemarahan terhadap kerajaan yang memerintah.

Kemarahan dan kegembiraan yang dibolakbalikkan oleh permainan penguasa tidak menimbulkan apa-apa simpati buatku untuk mereka. Ia hanya kerana kepentingan peribadi. Telah berapa lama rakyat terbanyak yang menjadi mangsa kerakusan penguasa. Ketika minyak naik dan memberi inpak besar kepada harga barang dan kos sara hidup rakyat, mereka yang mengeluh kerana soal-soal peribadi tersebut masih membisu.

Ledakan protes mereka hanya terbit saat kepentingan peribadi digugat atau kemahuan peribadi tidak dipuaskan. Kita tidak menginginkan masyarakat kelas cerdik yang hanya mencermin diri sendiri. Kita mahu rakyat kelas cerdik yang ada hati nurani yang sentiasa memikirkan nasib rakyat terbanyak. Nasib kaum buruh, petani, nelayan dan orang-orang kampung yang hidup miskin.

Biarkan orang kaya dengan masalahnya. Orang miskin yang pelu dibela. Kita tidak harus menjadi responsif hanya pada isu-isu yang berkaitan diri sendiri!

Sunday, April 08, 2012

Hikmah kehidupan.

Liku-liku perjalanan yang terpaksa kita lalui pada masa lalu itu merupakan jalan kita menemui hikmah hari ini. Demikian aku simpulkan setelah menceritakan bagaimana asam garam percintaanku. Pada masa rasa dipagut cinta, liku-liku perjalanan itu ditempuh dengan keluh kesah. Kegagalan menggapai impian cinta membuatkan kita sering kecewa. Namun, setelah melepasi semuanya, percayalah bahawa kita akan dapat melihat hikmahnya.

Kataku, banyak perkara yang tidak terbayang di masa lalu, hari ini kita lakukan. Saat berdiri dan kembali merenung masa silam, barulah kita nampak hikmah Allah SWT.

Sebab itu, yakinlah bahawa Allah punya sebab tersendiri mengapa kita dipaksakan menurut satu jalan kehidupan!

Friday, April 06, 2012

Tawalla Yauma Zahfi

Begitu berat kesalahan lari dari medan perang sehingga  sehingga nabi sebutkan ia sebagai salah satu tujuh dosa yang meruntuhkan. Pada zaman nabi, sewaktu Islam sedang dibangunkan, perbuatan lari dari medan perang adalah satu pengkhianatan kepada Islam dan juga sahabat seperjuangan. Perbuatan khianat kepada rakan seerjuangan dengan meninggalkannya saat-saat kritikal adalah sangat besar dan buruk sekali makarnya. Dalam sejarah selain Islam sekalipun, individu yang menyisih daripada gerakan yang digerakkan bersama saat kritikal mendapat hukuman yang berat.


Istikharah selepas Musyawarah.

Apabila sesuatu telah diputuskan dalam mesyuarat, apa perlunya lagi istikharah. Keputusan musyawarah itu adalah lebih tinggi darjatnya daripada hasil istikharah. Beristikharah sesudah musyawarah itu akan menjadi pintu daripada pintu tipudaya syaitan untuk meragukan kita daripada keputusan yang dicapai secara syura.

Istikharah sesudah musyawarah adalah maksiat!

Aku melontarkan hukuman itu ketika seorang sahabat seperjuangan menyatakan keraguannya untuk ikut serta dalam satu program jama'ah. Katanya, dia akan beritikharah pada malamnya. Padahal sehari sebelumnya telah diputuskan dalam mesyuarat bersama rakan-rakan jama'ah agar dia ikut serta dan dia pun bersetuju dengan keputusan musyuarah itu. Maka, istikharah setelah musyawarah adalah maksiat kerana ia merupakan satu upaya membuat keputusan lain bertentangan dengan syura.


Thursday, April 05, 2012

Menyebar kekacauan pemikiran

Satu seminar akan diadakan oleh pihak Hizbut Tahrir hujung minggu ini di Sandakan. Tajuknya "Negara Islam". Seorang sahabat membawa poster mengenai program tersebut untuk ditampalkan di masjid kejiranan Taman Fajar. 

"Anta Hizbut Tahrir ke?", aku sengaja melontarkan pertanyaan tersebut kepadanya. Aku tahu dia adalah penyokong PAS.

"Eh, tidaklah, ada anak murid kat sekolah minta tolong...", balasnya.

"Tak perlulah ditampal...perlulah kita menjadi pembantu kepada penyebar kekacauan pemikiran dalam gerakan Islam?", aku mengingatkan.

Sesungguhnya aku sudah nampak niat serong Hizbut Tahrir ini. Sekarang, apabila PAS tidak lagi menjadi jaguh juru bicara istilah Negara Islam, HIzbut Tahrir tampil dengan cubaan menjadi jaguhnya. Pengguguran PAS daripada menggunakan terma Negara Islam bukan bermakna PAS tidak lagi memperjuangkannya. Istilah Negara Berkebajikan yang digunakan sebagai ganti menjadi serangan puak Hizbut Tahrir dengan menyifatkan PAS sudah tidak memperjuangkan Negara Islam!


Sebab itu, apabila seminar tentang negara Islam mahu dibuat, sudah dapat dibayangkan, ke manakah peluru serangan itu secara "tumbuk rusuk" mahu dihalakan.  Membawa pemikiran ummat untuk menjadi nostalgik, adalah manhaj ketara dalam Hizbut Tahrir! Anjakan perjuangan perlu dilakukan sebagai strategi kemenangan. Musuh akan tersenyum lebar apabila kita berjuang tanpa kebijakan strategi.

Telah nyata bahawa menggunakan istilah negara Islam tidak menguntungkan banyak untuk perjuangan Islam. Bukan Islam di Malaysia telah berjaya ditakut-takutkan oleh UMNO selama bertahun-tahun terhadap istilah Negara Islam. Ia banyak memberi kecederaan kepada perjuangan Islam. Sementelahan, ia bukan istilah wajib yang datang bersama Islam. Pada zaman Rasulullah SAW pun istilah itu tiada. Apa yang penting isi kandungan negara Islam itu. Apa guna bergendang dengan nama Negara Islam seperti mana yang diumumkan oleh Dr. Mahathir untuk Malaysianya, tetapi apakah itu menjadikan Malaysia negara Islam?

Jangan jadi penyebar kekacauan pemikiran dalam gerakan Islam!


Wednesday, April 04, 2012

Ulama sebagai rujukan

Raja Nazrin dari Perak semalam menggesa agar ulama dijadikan rujukan. Aku beritahu isteriku bahawa ulama yang hendak dijadikan rujukan itu hendaklah ulama yang terlibat dalam politik. Pemimpin UMNO tidak mahu mengakui keulamaan para ulama yang terjun ke dalam politik. Aku percaya, apabila dikatakan ulama sebagai rujukan, tentu bukan orang seperti TG. Nik Aziz, TG. Hj. Hadi dan TG Harun Din. Mereka adalah ulama politik. Sudah tentu yang tergambar dalam kepala mereka dalah para mufti.

Menurut hematku, para mufti itu bukan ulama. Mereka adalah kakitangan kerajaan. Sebahagian para mufti itu pula tidak cukup mahir dalam ilmu Islam secara keseluruhan. Sebab itu, institusi Fatwa di Malaysia berada pada tahap yang sangat lesu.

Seorang ulama wajib berpolitik kerana itulah jalan nabi Muhammad SAW. Ulama bukan hanya membahaskan hukum yang berkaitan Fardhu Ain. Bukan juga pakar dalam hukum dan mengajar sejumlah pelajar. Ulama adalah alim dan mujahid.

Oleh itu, bila dikatakan ulama sebagai rujukan, jangan disalahfahami. Ulama yang hendak dirujuk adalah para ulama yang praktis, bukan teoris!