Selepas selesai khutbah hari raya baru-baru ini, masjid kampungku mengadakan bacaan Yasin. Saat khutbah menghampiri penamat, buku surah Yasin mula diedarkan. Secara tersirat, setiap orang dipaksa untuk terlibat dengan acara bacaan yasin tersebut. Seingatku, amalan membaca surah Yasin selepas selesai solat sunat hari raya dan khutbahnya ini telahj diamalkan beberapa tahun. Ia mula dirintis oleh imam masjid yang ada sekarang. Kononnya, untuk memmpermudahkan hadiah pahala bacaan Yasin pada hari raya, bacaan surah Yasin itu pun dilakukan. Jika ada sesiapa yang berhalangan dan tidak dapat menziarahi kubur untuk membacakan surah Yasin di sana, memadailah dengan bacaan surah Yasin beramai-ramai di masjid selepas khutbah Hari raya itu.
Demikianlah alasan dan rasional kenapa amalan bacaan Yasin selepas khutbah hari raya dipopularkan.
Aku masih ingat, kalau masa aku kanak-kanak dulu, soalan paling popular ditanyakan satu sama lain selepas selesai acara solat hari raya ialah "sudahkan ke kubur?". Boleh dikatakan, meziarahi kubur adalah agenda pertama pada hari raya selepas acara solat hari raya.
Sejak aku dewasa dan mengerti duduk perkara dalam agama, aku tidak lagi suka menziarahi kubur pada pagi raya. Aku tidak menemui hujah yang mensunatkan ziarah kubur di pagi raya. Lagi pun, pada pagi raya menziarahi kubur beramai-ramai menghilangkan hikmah menziarahi kubur itu.
Lalu, amalan baca surah Yasin selepas selesai acara solat hari raya ini, aku cukup tidak setuju. Pada hari raya baru-baru ini, aku bangkit meninggalkan majlis dan pulang. Ketika ditanyakan abangku kemudiannya, aku katakan bahawa amalan tersebut tidak disunnahkan. Sekarang, zaman orang sudah mendapat ilmu dan maklumat dan tidak lagi harus tunduk kepada taqlid membuta tuli. Mereka cuba merekayasa amalan agama mengikut logik akal mereka. Kelak, amalan tersebut akan mengakar dan menyusahkan masyarakat. Amalan yang agama tidak surah, pada akhirnya akan mempersulitkan keadaan miski pada hari ini akal melihatnya baik.
Orang kampungku memang addicted dengan surah Yasin. Pantang ada majlis, bacaan surah Yasinlah menjadi pilihan. Tokoh agama kampung yang datang hanya meneruskan dan bukan mengajar masyarakat berfikir. Aku tidak suka meneruskan amalan yang tidak punya hujah. Minta maaf. Sekalipun ial pernah diamalkan oleh tuan-tuan guru pondok. Banyak sudah amalan mereka yang aku lempar dari kamus hidupku setelah mendapati ia bukan datang dari ajaran sunnah Rasulullah.
Aku pernah berkata kepada sahabatku di kampung, lebih baik duduk melepak di atas "pelengak" bersembang kosong daripada duduk di masjid melakukan amalan yang diciptakan sedangkan nabi tidak ajar. Lebih baik balik rumah basuh kereta daripada duduk baca yasin di masjid selepas selesai solat hari raya!
No comments:
Post a Comment