Utusan Malaysia seperti hairan apabila menjadikan kata-kata Dr. Wan Azizah, presiden PKR bahawa Anwar Ibrahim adalah "anugerah Tuhan" sebagai tajuk utama beritanya pada hari Ahad, kelmarin. Kalau bukan anugerah Tuhan, anugerah siapa? Betullah kata-kata Dr. Wan Azizah itu. Bukan semua orang boleh jadi pemimpin. Apabila muncul seorang pemimpin, dia adalah anugerah Tuhan.Pemimpin yang membawa kebaikan kepada rakyat, kita sebut sebagai anugerah. Sebaliknya, pemimpin yang mendatangkan bencana kepada rakyat, kita sebutkan sebagai bala dari Tuhan.
Kalau kita lihat, keberadaan Anwar dalam persada politik negara, telah mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat. Baik semasa beliau dalam kerajaan atau kini di pihak pembakang. Sejarah tidak boleh memperdaya kita untuk satuy kenyataan bahawa sumbangan Anwar semasa dalam kerajaan amat besar. Setelah dia tersingkir dan kini memimpin pakatan pembangkang, rakyat dapat merasai nikmatnya. Kerajaan bongkak UMNO-BN terpaksa merendahkan tahap ketakburannya dan berhempas pulas memenangi hati rakyat.
Siapa yang untung kalau kerajaan UMNO-BN terancam? Tentu rakyat. Siapa yang rugi kalau kerajaan UMNO-BN jadi kuat dan bongkak? Tentu juga rakyat! Adakah sesiapa yang mahu menafikan fakta bahawa kelemahan UMNO-BN pada hari ini adalah hasil perjuangan Anwar dalam politik?
No comments:
Post a Comment