Kononnya, Zaid Ibrahim akan menubuhkan sebuah parti baru jika dia dipecat daripada PKR. Saya katakan kononnya kerana perkara itu hanya heboh di kalangan pengamal penulis blog dan wartawan kangkung yang hanya menulis berita hele kebele. Kebanyakan tulisan mereka tidak boleh dipercayai. Memang aku tak percaya kepada kebanyakan wartawan, khususnya dari akhbar kerajaan dan yang bekerja untuk media kerajaan. Wartawan kangkung yang hele kebele inilah yang menulis dan melaporkan dalam berita akhbar maupun tv bahawa ust. Azizan menteri besar Kedah tidak turun ke padang bagi membantu rakyat Kedah.
Kalaulah betul Zaid Ibrahim tubuh parti baru, akulah orang pertama yang menyatakan tidak akan menyertai partinya. Pemimpin gah dan masyhur lagikan mati sekerat jalan partinya, inikan pula parti yang akan ditubuhkan oleh Zaid Ibrahim. Beliau bukanlah seorang pemimpin yang hebat dan berjasa. Pengikutnya tidak ada sebab untuk mendokongnya kalau bukan kerana kepentingan tertentu.
Dari satu sudut, orang kata Zaid Ibrahim orang berduit. Sebab itu, menakjubkan juga bagaimana dia yang baru setahun jagung dalam PKR mampu menarik sekian ramai sokongan sehingga menjadi saingan kepada Azmin Ali yang sudah bersama PKR sejak hari pertama ia ditubuhkan lagi iaitu kira-kira 12 tahun yang lalu. Dari sumber akar umbi yang aku dengar, Zaid Ibrahim menggunakan duitnya untuk membeli undi. Tapi, apa yang aku dengar juga Azmin pun apa kurangnya. Khabarnya dia juga main duit.
Aku terfikir, apakah mungkin PKR akan berbeza dengan UMNO dan konsisten dengan agenda reformasinya?
No comments:
Post a Comment