Dr. Asri menasihatkan agar pemimpin pembangkang yang ditegurnyan tidak melenting. Ini berikutan cadangan agar DS Anwar Ibrahim bersara daripada politik kerana menurutnya pakatan pembangkang memerlukan suntikan baru dan Ds Anwar Ibrahim telah hilang keseimbangan. Sekali pandang, nasihat Dr Asri itu kelihatan muluk dan murni.
Nasihat agar jangan melenting itu memang patut. Ini kerana nasihat adalah komponen penting dalam agama. Orang yang hebat tidak akan marah jika dia dinasihat mahupun dikritik.
Namun, aku teringat bagaimana sikap Dr. Asri sewaktu dia ditahan oleh JAIS atas tuduhan menyampaikan kuliah tanpa tauliah. Dia pun melenting dan banyak tulisannya menyerang individu dan institusi agama dalam Selangor. Aku bukan orang yang mempertahankan tauliah. Sememangnya aku setuju sekali orang seperti Dr Asri tidak perlu lagi diikat dengan tauliah. Namun, responsnya terhadap penangkapannya menggambarkan bagaimana wataknya juga suka melenting.
Melenting itu ada pada siapa sahaja. Pada pakatan pembangkang maupun kerajaan. Ada juga pada Dr. Asri selaku pendakwah.
No comments:
Post a Comment