Dr. Asri memberi pandangannya agar DS Anwar Ibrahim bersara daripada politik untuk menjadikan pembangkang mendapat nafas baru. Dengan membadingkan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang telah bersara daripada politik, maka pemimpin-pemimpin politik pembangkang yang seangkatan dengannya juga perlu mengambil langkah yang sama. Itu pandangan Dr. Asri. Apakah pandangan tersebut benar?
Ia tergantung kepada apakah politik menurut kefahaman Dr. Asri. Jika dia memahami politik itu sebagai dakwah, maka dakwah sememangnya tidak pernah mengenal persaraan. Hanya matilah yang mempersarakan pejuang dakwah dalam politik.
Saidina Uthman bin Affan, walau didesak meletakkan jawatan politiknya sebagai khalifah, dia bertegas untuk tidak melepaskannya. Kerana politik menurut Saidina Uthman adalah dakwah.
Patutkan seorang pendakwah menyisih diri dan berhenti daripada berdakwah? Kalau anda mentafsirkan kerja-kerja politik sebagai dakwah, maka sebenarnya tidak ada istilah persaraan daripada politik. Kalau persaraan politik itu perlu dibuat oleh DS Anwar Ibrahim, maka demikianlah juga DS Najib dan DS Muhyiddin Mat Yasin juga perlu bersara daripada politik. Mengapa tidak disuruh mereka bersara daripada politik juga.
Apakah penglibatan politik pemimpin UMNO-BN itu satu dakwah? Itu sendiri jawablah!
Apakah penglibatan politik pemimpin UMNO-BN itu satu dakwah? Itu sendiri jawablah!
No comments:
Post a Comment