Zulkifli Nordin kata Anwar Ibrahim sudah berada di zon maut dan memintanya bertaubat. Bertaubat daripada apa? Dia pun tak jelaskan. Sepertinya dia mahu mengatakan benarlah dakwaan Saiful Bukhari Azlan bahawa Anwar meliwatnya. Zulkifli Nordin cuba menyuburkan prasangka tentang itu. Namun, apa yang menarik untuk aku tuliskan adalah tentang zon maut. Menurutnya Anwar sudah tua dan berada dalam zon kematian.
Mati bagi seorang ahli politik bukanlah dicabut nyawa. Matui bagi seorang ahli politik adalah apabila tersingkir dari gelanggang politik. Orang yang paling hampir terseningkir dari gelanggang politik adalah Zulkifli Nordin. Bila pilihanraya umum ke-13 telah dibuat, ketika itu aku merasa cukup pasti bahawa Zulkifli Nordin akan tersingkir dan tidak lagi bergentayangan di parlimen. Dia akan terus padam dari peta politik dan tidak ada jalan lagi untuk dia bangkit. Tanpa parti politik yang manampungnya. Zulkifli Nordin tidak ada harga dalam politik.
Dewasa ini, UMNO-BN sedang memperkudakannya. Apakah kelak UMNO akan menerimanya untuk masuk UMNO. Siapa sanggup terima orang yang sarat dengan liabiliti sepertinya. Dia kata Anwar sebagai liabiliti kepada PKR dan rakyat Malaysia. Sebenarnya, dialah yang menjadi liabiliti buat rakyat Malaysia. Dia budak nakal yang suka buat kecoh.
Zulkifli Nordin sudah berada dalam zon maut politik. Seharusnya dia bertaubat dan mancari dahan tempat berteduh. Namun aku pasti tiada dahan yang sanggup menampungnya kerana bebannya sarat. Ketika itu, matilah Zulkifli Nordin. Negara tak rugi sekuman pun dengan matinya seorang Zulkifli Nordin.
No comments:
Post a Comment