Minyak petrol RON97 naik 5 sen hari ini. Kini harganya menjadi RM2.15 seliter. Kenaikan ini tidak pun diumumkan oleh mana-mana menteri. Hanya berita yang memaklumkannya. Ramai rakyat yang tidak tahu. Sekarang, kerajaan main cara baru. Kenaikan harga minyak dibuat secara senyap.
Mungkin kerana sibu di Galas dan Batu Sapi, kerajaan tidak sempat untuk memaklumkan kenaikan tersebut. Mungkin juga mereka bimbang ia akan mempengaruhi pengundi kalau diwar-warkan.
Selama mereka berkuasa, rakyat tidak akan selamat. Kemungkinan kenaikan harga akan terus menghantui. Kenaikan harga barang akan terus menjadi bayang-bayang negeri yang memburu ketenteraman rakyat.
No comments:
Post a Comment