Ust Mohd Nor Deris, begitu membenci TG Nik Aziz Nik Mat. Aku baru melihat video youtube yang memarkan kata-kata penghinaan ekstrimnya terhadap TG Nik Aziz.
Sewaktu di Universiti Malaya aku mengenali ustaz ini. Boleh dikatakan dia adalah salah seorang pensyarah yang mengajar kami para pelajar kuliah Syariah universiti Malaya. Ketika dalam satu sesi kuliah, secara tiba-tiba dia mengutuk TG Nik Abd Aziz Nikmat. Katanya, TG Nik Abd Aziz Nik Mat bukanlah ulama yang warak tetapi ulama yang nyanyuk. Ketika itu, baru kami tahu bahawa Ust Mohd Nor Deris itu daripada parti Islah, iaitu satu parti serpihan daripada PAS.
Tahun tersebut ialah tahun sekitar 1995/96. Kami para pelajar, mulai saat itu mula tidak menyukai ustaz tersebut. Mulutnya celupar sekali.
Kini, sudah lebih sepuluh tahun, ustaz tersebut terus memikul beban dendam kesumatnya kepada TG Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kehormatan dan kemuliaan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak terjejas juga, Dia masih lagi sebagai MB Kelantan. Sedangkan ustaz tersebut bergentayangan tanpa sanjungan, tidak dikenali dan tidak memberi sumbangan kepada dunia ilmu maupun politik.

No comments:
Post a Comment