Pilihanraya kecil Parlimen Batu sapi menyaksikan BN menang besar. Walau bagaimanapun, terdapat dua saluran mengundi bertempat di SMK Agama memperlihatkan kemenangan kepada Hj. Ansari Abdullah, calon PKR. Umumnya para pengundi yang membuang undi di sana adalah pemastautin Taman Mawar dan tentunya dari kalangan yang terpelajar. Sebahagiannya adalah berketurunan Cina. Dengan itu, rumusan mudah yang boleh dibuat ialah, rakyat yang berpelajaran menolak BN. Namun, rakyat yang tinggal di kawasan miskin dan rendah pengetahuan memberikan sokongan padau kepada BN. Ini boleh dilihat pola kemenangan calun BN di pusat-pusat mengundi seperti SMK Segaliud, Sk Kg. Bahagia. Sk. Karamunting, Sk. Bandar dan Perpustakaan Awam. Masyarakat yang membuang undi di sana rata-rata adalah penghuni perkampungan persisiran laut yang hidup serba daif dan bercampur baur dengan kaum pendatang.
Meninjau suasana semasa kempen, hari mengun di sehinggalah malam pengumuman keputusan, aku melihat BN mempunyai pendokong yang ramai. Tidak tahu atas dasar apa mereka menyokong BN. Namun, di Batu Sapi, terdapat limpahan sokongan golongan muda. Sokongan kepada BN semacam diwarisi daripada ibu bapa mereka. Kempompong tersebut belum dapat dipecahkan. Keadaan seperti di Semenanjung, di mana ibu bapa kuat BN tetapi anak pula kuat pembangkang tidak berlaku secara massa di Batu Sapi.
Setelah selesai pilihanraya yang menyaksikan kemenangan BN ini, aku mengeluh kepada beberapa teman yang kuat bekerja memenangkan calun Pakatan Rakyat.
"Sesungguh yang kita hadapi ini adalah kaum nabi Nuh...bersabarlah seperi sabarnya nabi Nuh...",
No comments:
Post a Comment