Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan menarik diri daripada pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR. Dia hanya mengumumkan perletakan jawatannya itu dalam blognya. PKR mengatakan mereka menunggu surat resmi daripada Zaid Ibrahim. Zaid Ibrahim mengatakan pengumuman dalam blog memadai. Dengan sinis dia mengatakan bahawa makluman dalam blog itu sudah cukup bagus. Kalau dia tak maklumkan langsung perletakan jawatannya, apa PKR boleh buat? Begitu harga PKR di mata Zaid Ibrahim.
Manusia yang suka meletakkan jawatan tidak menerusi cara rasmi ini memang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya, peraturan berorganisasi perlu diketahui dan diamalkan. Janganlah buat sikap arrogant kepala batu. Kalau masa dilantik dahulu bersurat, maka masa melepaskan jawatan hendaklah bersurat. Kalau masa dilantik dulu tak bersurat pun, elok juga masa melepaskan jawatan dinyatakan dengan surat. Itulah tanda adab sopan dalam hidup berorganisasi.
Ahli jemaah Islam perlu menjauhi sikap seperti Zaid Ibrahim dalam soal perletakan jawatan ini.
No comments:
Post a Comment