Hari ini, bersama ibuku, isteri dan anakku, kami ke Tanjong Dawai. Bertolak kira-kira jam 10 pagi, kami tiba di Tanjong Dawai sekitar jam 12.30 tengahari. Ketika berdiri di jetinya sambil melihat bot penambang yang pergi dan datang ke Pantai Merdeka di semberang sana, aku teringin membawa keluargaku naik bot itu ke semberang. Lalu kami pergi ke semberang. Tambang untuk seorang adalah RM2.00 untuk satu hala. Tiada apa yang menarik di Pantai Merdeka. Hanya pantainya yang agak bersih berbanding pantai di Tanjong Dawai. Sebilangan pelawat bermandi manda. Ada Ekspo Sejahtera di sana di mana terdapat pelbagai barangan dijual.
Tidak lama kami di sana. Sejam kemudian, kami berlepas meninggalkan Pantai Merdeka dengan bot penambang ke Tanjong Dawai semula. Ibuku membeli belah di pasar kering Tanjong Dawai. Setelah itu, kami bertolak balik melalui jalan Yan. Aku berpandukan garmin di handphoneku baik semasa datang maupun pulang. Program garmin dalam handphoneku amat berguna sekali. Aku tidak tersesat dan menemui lokasi yang aku tuju dengan cepat.
Kami singgah di air terjun Titi Hayun. Aku mengambil peluang mandi manda. Tetapi, tiba-tiba hujan lenbat turun. Justeru, kami pun pulang lebih awal. Hanya sebentar di sana. Aku mengambil jalan pulang mengikut jalan Kota Sarang Semut dan terus menyusur keluar ke jalan Kuala Kedah. Perut sudah lapar benar. Setelah solat asar di sebuah masjid tepian parit air, kami meneruskan perjalanan dan singgah makan di sebuah restoran Radix Chiken House di tepi jalan Aman, Alor Setar.
Di sini aku menggunakan wifi yang disediakan untuk posting blog mengenai perjalanan singkat seharian ini.
No comments:
Post a Comment