Dr. Mahathir pernah bersajak dahulu, sewaktu beliau masih lagi perdana menteri. Dalam sajaknya, dia menyebut Melayu haprak. Aku ingin menyebutkan sejenis Melayu yang benar-benar haprak. Itulah pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO. Mereka bimbang jika mereka datang ke satu-satu majlis, tidak ramai orang yang datang mendengar ucapan mereka. Lalu, mereka umpan orang ramai dengan habuan. Habuan tersebut mungkin dalam bentuk makanan, pengangkutan bas percuma, duit poket dan juga baju T. Kalau kakitangan awam, mereka dipaksa datang melalui arahan majikan.
Demikianlah yang berlaku sepanjang kempen PRK Batu Sapi. Rakan-rakan guru yang bernasib malang menceritakan bahawa mereka diarahkan untuk pergi ke majlis anjuran UMNO-BN yang mengatasnamakan kerajaan. Jika tidak pergi, surat tunjuk sebab akan menyusul. Kehadiran mereka pula akan diambil tandatangan. Sewaktu kedatangan Timbalan Perdana Menteri, warga guru dikerah pergi mendengar ucapannya. Ucapannya sudah tentu berbaur kempen pilihanraya Kecil Batu Sapi. Kalau kehadirannya atas kapasiti Menteri Pelajaran, mengapa dipilih saat kempen sedang hangat berlangsung?
Ada pesara tentera yang memaklumkan. Zahid Hamidi turun ke Sandakan, mereka dipaksa pergi mendengar ceramahnya. Program dinamakan sebagai program kerajaan.
Mereka ketandusan khalayak yang sudi mendengar ucapan mereka. Mereka haprak pengikut. Lalu diumpan dan dipaksa orang ramai agar meramaikan majlis mereka. Kelihatan hebat, tetapi kosong.
No comments:
Post a Comment