" Ust septutnya jadi pengacara TV..."tiba-tiba seorang murid mencelah sewaktu aku sedang bercerita mengenai dapatan-dapatan dan pengajaran dari tajuk pelajaran hari ini iaitu " Piagam Madinah". Daripada tajuk Piagam Madinah pengajaranku melilau menyentuh soal pentingnya cinta rasul dan sia-sianya meminati golongan penyanyi. Barangkali kerana aku banyak sangat bercakap dan fasih ala "Rosham Noor", maka terpacul kata-kata itu dari mulutnya. Hehe...
" Ustaz telah memilih menjadi ustaz dan bekerja sebagai guru di sekolah di antara beberapa perkara yang ustaz boleh lakukan. Ustaz boleh berlakon, bersyair, bersajak, menyanyi dan mengacara...tapi ustaz memilih untuk menjadi guru mengajar kamu...kenapa?", aku menimbulkan tandatanya buat mereka.
"Besar pahala ustaz...", seorang murid memberi pandangan.
"Ya...ketika ustaz telah terbujur dalam kubur, tiba-tiba datang pahala entah dari mana buat ustaz...rupa-rupanya ia dari murid ustz yang berbuat kebaikan. Ustaz berkongsi pahala kebaikannya. Demikian pahala kebaikan yang dibuata pula oleh murid-murid kepada murid usataz yang menyampaikan ilmu ajaran ustaz sehinggalah hari kiamat...bukankah itu lebih menguntungkan?", murid-muridku mendengar dengan rasa kagum keuntungan pahala seorang guru.
" Sementara para penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu dosa, akan mendapat siraman siksaan dalam kubur setiap kali lagu durhakanya dipasang dicorong rodio, kasihan!", keluhku seterusnya.
No comments:
Post a Comment