Kaum wanita secara tradisinya adalah golongan "busy body" yang paling utama. Kerana sikap "busy body"mereka, mereka paling berahi mengumpat. Kalau perempuan duduk beramai-ramai di satu tempat, assumption utama kita terhadap mereka ialah bahawa mereka sedang mengumpat.
Ketika berita Zulaikha menggooda Yusuf As-Siddiq nabiyyullah cuba disembunyikan seketatnya oleh Al-Aziz,ia dapat juga digapai oleh kelab-kelab wanita yang berserakan dalamnegeri Mesir. Lalu,mereka mencela Zulaikha dan menyifatkan Zulaikha sebagai seorang yang nanar dan tiada harga diri. Allah berfirman:
وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَةُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَن نَّفْسِهِ قَدْ شَغَفَهَا حُبّاً إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلاَلٍ مُّبِينٍ
" Dan wanita-wanita di kota berkata: "Isteri Al Aziz menggoda hambanya untuk menundukkan dirinya (kepadanya), Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu adalah sangat mendalam. Sesungguhnya kami memandangnya dalam kesesatan yang nyata."
Demikianlah kegiatan kelab wanita di zaman dahulu, maka demikianlah pula zaman kini. Penyiaran berita melalui wasilah wanita lebih cepat daripada siaran media elektronik masa kini.
No comments:
Post a Comment