CARI BAHAN

Sunday, January 09, 2011

Jin baik menumpang tubuh anak Adam

Seorang sahabat jemaah masjid menceritakan kepadaku mengenai anak perempuan seorang sahabatnya yang tubuhnya ditumpangi jin. Jin tersebut Islam dan selalu menyuruh orang yang ditumpanginya dan orang lain agar melakukan kebaikan seperti solat, menutup aurat dan sebagainya. Sungguhpun begitu, kehadiran jin tersebut membuatkan orang yang ditumpanginya itu tidak selesa. Sementalahan dia baru mendirikan rumahtangga baru-baru ini. Dia sudah berubat merata tempat di Semenanjung hatta bertemu Dr. Haron Din. Namun, Dr. Harun Din tidak berjaya memujuk jin itu keluar. Malah, dengan sinis jin itu menyuruh Dr. Haron Din belajar lagi. Di Sabah, bapanya telah menjemput ramai ustaz dan ahli yang pandai soal jin untuk mengeluarkan jin tersebut, namun mereka dipermainkan jin tersebut dengan perlecehan.

Jin itu mendakwa bahawa bukan hasratnya untuk tinggal dalam tubuh hamba Allah itu. Dia ingin keluar, tetapi tidak tahu jalan keluar. Jin itu berkata, hanya da seorang yang dapat menunjukkan jalan keluar. Siapa dia, tidak pula dinyatakan. Jin itu juga mendakwa dia kenal TG Nik Aziz Nik Mat dan bercita-cita untuk bertemunya. 

Sahabat jemaah masjid itu memintaku untuk cuba merawat wanita tersebut, namun, dengan serba kedaifan diri, aku mengakui bahawa aku bukan ahlinya. Cuma aku tegaskan bahawa kita jangan terpesona dengan watak baik jin penumpang itu kerana jika benar jin itu beriman dan seorang yang soleh, sudah tentu dia tidak akan masuk mengganggu hidup anak Adam.

No comments: