CARI BAHAN

Monday, January 10, 2011

Perkawinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud

Tan Sri Abdul Taib Mahmud, 74 tahun,  berkahwin dengan seorang wanita Lubnan Ragad Waleed Alkurdi, 29 tahun. Sejak kematian isterinya, Puan Sri Laila Taib, tahun lalu akibat kanser, beliau menduda. Maka perkahwinannya yang baru adalah wajar. Cuma, persoalannya kenapa wanita Lubnan? Sebagai seorang ketua  menteri sebuah negeri, beliau telah memberi isyarat yang tidak menyenangkan terhadap nilai dan harga wanita tempatan. Sementelahan pula, beliau adalah orang yang paling kaya di Sarawak. Adalah dibimbangi jika beliau telah meninggal, sebahagian hartanya mengalir ke luar negara. 

Akhirnya aku mengingatkan bahawa kebahagiaan pada mata belum tentu kebahagian pada hati.

No comments: