Dr. Asri bersama kira-kira 30 orang sahabatnya daripada Institut Al-Qayyim turun berdakwah di lapangan sempena malam tahun baru dengan menyebarkan risalah. Sudah tentu, usaha sebegini amat besar ertinya terutama bat dirinya sendiri dan juga keberkesanan menyampaikan mesej terutama kepada muda mudi. Beliau kini sudah menjadi tokoh yang dikenali di peringkat nasional, namun boleh tirin menyebarkan risalah, merupakan satu tindakan yang patut dicontohi.
Saya mengimpikan pemimpin-pemimpin besar kita, ulama tersohor dalam negara dan para mufti yang sering mendebatkan masalah hukum hakam, agar turun menyampaikan risalah kepada masyarakat. Setiap orang yang menerima lembaran risalah boleh jadi lebih bersemangat untuk "islah" berbanding mereka yang mendengar ceramah dan kuliah. Kalaulah anak-anak muda kita diladeni dengan santun secara menyampaikan risalah ini, mereka mungkin akan berubah.
Wahai para ulama, penceramah dan mufti-mufti. Buangkan segala keegoan dan rasa bongkak dengan ilmu. Turunlah bertemu seorang demi seorang pemuda yang sedang merintih sakit di kaki lima dan tembok jalanan.
No comments:
Post a Comment