Ketara amat sifat penjilat beberapa perubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengemukakan cadangan agar pengkritik raja-raja Melayu dihukum gantung (dibunuh). Entah dari dimensi fikiran mana cadangan itu boleh mereka keluarkan. Ia benar-benar bertentangan dengan citra merdeka manusia bermaruah. Seolah-olah, mereka cuba berundur ke belakang ribuan tahun di zaman feudalisme totok yang memberikan para raja kuasa dewa.
Orang yang punya harga diri tidak akan mencadangkan cadangan yang bodoh sebegitu. Satu hal yang mereka perlu ingat dengan baik, ketaatan kepada raja-raja tidak bermakna mereka pantang dikritik. Apalah nilainya raja-raja berbanding para khalifah dalam tamaddun Islam yang sering berdepan dengan kritikan dan mereka berlapang dada menerimanya.
No comments:
Post a Comment