Pada hari Jumuat baru-baru ini, aku diminta pandangan mengenai rancangan untuk menentukan saf kanak-kanak di belakang saf-saf dewasa. Ini kerana kanak-kanak yang datang solat Jumuat itu dikatakan tidak serius ketika berada dalam masjid. Aku secara pantas menolak cadangan tersebut dan menyifatkannya sebagai diskriminasi terhadap kanak-kanak. Seharusnya masjid yang hendak kita tampilkan kepada masyarakat adalah masjid yang mesra kanak-kanak. Biarlah kanak-kanak merasa mereka dihargai. Dengan itu mereka gemar berkunjung ke masjid berbanding tempat lain. Kebetulan pula aku telah berkira-kira sejak di rumah lagi untuk menyentuh hal sikap diskriminasi terhadap kanak-kanak di masjid dalam khutbah yang akan kubaca.
Alhamdulillah, pada hari tersebut persoalan untuk menentukan saf khusus untuk kanak-kanak itu tidak mendapat perhatian. Susunan saf kanak-kanak di belakang saf dewasa itu adalah kefahaman orang dahulu dan ia tidak bersandarkan hujah yang kuat. Dalam agama, setiap orang punya hak yang sama untuk "istibaqul khair". Maka sangat tidak patut kita menafikan peluang kanak-kanak untuk meraih ganjaran pahala besar memburu saf pertama.
No comments:
Post a Comment