Selepas solat Fardhu Insya malam itu, sang imam meminta masa 5 minit untuk bercerita. Ceritanya berkenaan seorang imam dan seorang Sultan di zaman dahulu kala dan dalam negeri antah berantah. Dia bercerita...
"Ada seorang imam dalam sebuah negeri dan dia sangat tidak puas hati dengan Sultan negeri itu. Pada hari Jumuat, dia sentiasa mencari masjid yang mana imam itu solat Jumuat dan di situ dia akan membaca khutbah. Sementelahan dia adalah imam besar maka dapatlah dia berkhutbah dalam mana-mana masjid yang dia mahu. Dalam khutbahnya, dia mengutuk dan menyakiti Sultan. Sultan itu sabar dan demikianlah pada beberapa Jumuat berikutnya. Maka, pada satu kali, selepas selesai solat Jumuat yang khutbahnya dibacakan imam besar tadi (tentu isinya penuh dengan cemuhan terhadap Sultan) maka Sultan telah bertemu dengan imam itu. Sultan pun bertanya kepada imam itu.
"Tuan imam...antara kamu dengan Musa, siapa lebih mulia?
Dengan rasa resah imam mengatakan: "Musa-lah.".
Sang Sultan melanjutkan lagi: "Antara saya dan Firaun siapa lebih Zalim?"
Dengan serba salah, sang imam menjawab : "Firaunlah!"
Sultan pun menempelak sang imam : Semulia-mulia Musa, dia bercakap dengan lemah lembut kepada raja sezalim-zalim Firaun, di manakah tuan imam berbanding Musa?",
Demikianlah ceritanya. Lalu sang imam pun mengingatkan kepada ahli jemaah masjid agar menjaga kehormatan membar pada setiap kali khutbah Jumuat. Jangalah terbit daripadanya kutukan dan bahasa yang menyakiti Sultan.
"Aku tidak mahu berkhutbah minggu ini sebab Sultan tak ada..." seseorang berkata kemudiannya.
Masing-masing tersenyum mengenangkan cerita sang imam.
No comments:
Post a Comment