CARI BAHAN

Sunday, January 09, 2011

Setelah tamat perkhidmatan

Dahulu, masa zaman kanak-kanaknya tidak siapa pedulikannya.  Kini, setelah dia tua dan menempuh pelbagai jawatan penting dalam perkhidmatannya kepada negara, diceritakan kehebatan masa lalunya. Dinukilkan bahawa dialah pelajar cemerlang zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah, kolej dan universiti. Lalu, dibariskan pelbagai pencapaiannya dalam kerjayanya. 

Aku mengandaikan, sekiranya sesiapa pun yang berada ditempatnya itu kini, sejarah lalu yang tidak dipandang akan dibongkar dan diabadikan menjadi detik dan episod penting dalam selengkar hayat.

Dia mencapai semua itu kerana dia lahior dalam keluarga yang berada. Dia menjalani proses tumbesaran dengan tenang dan terurus. Itu adalah untung nasibnya yang dikurniakan Allah dalam dunia. Lalu, anak yang lahir dalam keluarga miskin, porak peranda atau dari kelas marahaen, jangan dihinakan.



*Ketika melihat siaran kenangan sempena tamatnya perkhidmatan Pemegang Mohor Diraja.

No comments: