CARI BAHAN

Sunday, January 02, 2011

Perpindahan

"Berbagai cara telah kulakukan supaya dapat berpindah mengajar di Semenanjung...tapi gagal...", keluh seorang teman yang sudah berkhidmat beberapa tahun di Sabah. Sejak dia berkahwin dan kini punya anak dalam usia 3 tahun lebih, dia tidak pernah ketinggalan setiap tahun untuk memohon pulang ke Semenanjung. Sebilangan rakan seangkatannya telah berjaya mendapat perpindahan. Namun, dia masih dalam usaha yang tak membuahkan hasil.

Kenapa tak guna pengaruh menteri? 
Ada agen yang boleh menguruskan dengan sejumlah bayaran.
Selalulah ke Putrajaya, berhubung dengan pegawai di sana.
Alang-alang, buat sahaja hal di Sabah supaya ditukarkan.
Sakit, ancaman keselamatan...
Ah...kalaulah kita bijak IT, boleh memecah masuk ke dalam sistem online, masukkan nama sendiri sebagai orang yang dipindahkan...seseorang mengangankan.

Pendeknya, usaha manusiawi habis dibuat dan diangankan. Namun, kuasa Allah mengatasi segala. Dia yang menentukan di mana kita dan yakinlah bahawa itu adalah yang terbaik buat kita. Kita merencana kehidupan kita tanpa menyandarkannya kepada Allah. jadilah kita resah gelisah yang tidak berkesudahan.


No comments: