CARI BAHAN

Saturday, January 01, 2011

Sambutan tahun baru

Semalam, ramai orang berkumpul di lokasi terpilih untuk meraikan peralihan tahun 2010 kepada 2011. Di Sandakan, mereka mengerumuni konsert "GEMPAK" yang diadakan di Dataran MPS. Sekitar jam 11.30 malam, aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan tiba di bandar Sandakan dalam misi penyebaran risalah kesedaran. Ternyata ramai juga warga Sandakan yang konsen tentang tahun baru masehi, melebihi apa yang mereka berikan kepada tahun baru hijri. Paling ramai adalah muda mudi dan terdapat juga ibu bapa yang membawa anak-anak mereka. Malah, ada yang mendukung anak, ibu mengusung perut yang membuncit dan ada yang mengheret tangan anak-anak kiri dan kanan untuk menyaksikan pesta menyambut tahun baru.

Hujan turun. Mulanya renyai dan menjelang jam 12.00 malam, hujan menjadi lebat sekali. Ramai yang basah kuyup dibasahi hujan. Tugas kami menyebar risalah menjadi agak sukar dan risalah yang dibawa basah dek air hujan. Sungguhpun begitu, ia tetap diedarkan kepada pengunjung yang bertuduh di kaki lima bangunan.

Manusia, kalau mahu, betapa lebat hujan pun akan dilakukan juga. Demikian, bunga api ditembak ke udara jam 12 malam. Pengunjung melaungkan sorakan menyambut detik yang dinantikan itu. Pemandu kenderaan pula seperti meyatakan sokongan dengan membunyikan hon kereta masing-masing. 

Wahai Rasulullah...andainya kamu melihat kecenderungan ummatmu ini...

No comments: