Dalam kesempatan singkat semasa sarapan pagi, bersama teman-teman sekerja. kami saling mengemukan soalan-soalan yang hanya menuntut jawapan ya atau tidak.
"Betulkah Hang Jebat itu penderhaka?" Cikgu Delano melontarkan pertanyaan. Pertanyaan dihalakan kepada cikgu Azmi.
Amat sukar cikgu Azmi mahu menjawab ya atau tidak. Ia mahu juga menjawab dengan penjelasan. Namun akhirnya ia mengatakan tidak. Hang Jebat bukan penderhaka. Sungguhpun dulu dia dikenali sebagai penderhaka.
"Kini ada stadium yang dinamakan stadium Hang Jebat...", Cikgu Delano menyebutkan.
" Saya ada soalan, " aku mencelah." Apakah Mat Indera itu Komunis? jawapan ya atau tidak", aku memandang cikgu Azemi.
" Aku tidak berani kata dia komunis", cikgu Azemi menjawab tidak mengikut format.
"Ustaz pula jawab soalan saya, Apakah Tengku Abdul Rahman itu bapa Kemerdekaan?", Cikgu Azemi pula melontarkan pertanyaan. Jawapannya ya atau tidak.
Tidak!", aku menjawab.
" Kenapa? ", Cikgu Azemi tidak puas hati.
" Kamu tahu bapa ayam?, soalku.
" Bapa ayam ada dua macam. Satu bapa kepada anak ayam dan satu lagi lelaki yang jahat yang memperdaya wanita untuk dijadikan pelacur...", penjelasan cikgu Azemi berjela tentang bapa ayam.
" Kalau bapa ayam, sebelum ada bapa ayam ada ke ayam-ayam? soal ku.
" Bapa ayamlah yang mula", tuntas cikgu Azemi.
"Hah, kalau macam tu macam mana Tengku Abd Rahman jadi bapa kemerdekaan kalau perjuangan kemerdekaan bukan dia yang cetuskan, kita tahu perjuangan kemerdekaan ada sejak zaman Dol Said, Datuk Bahaman, Tok Janggut dan lain-lain", aku mengemukakan mantik.
" Semua tu ulama kan?",
"Semua tu ulama, ulamalah pencetus perjuangan kemerdekaan!", aku menegaskan.
CIKGU ANWAR
1 week ago
No comments:
Post a Comment