يَعْلَمُونَ
ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآَخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ
Mereka mengetahui yang zahir dari kehidupan dunia sedangkan tentang (kehidupan) akhirat mereka lalai.
(Ar-Rum: Ayat 7)
Penguasaan kaum kafir terhadap pengetahuan keduniaan sememangnya mengatasi penguasaan kaum muslimin. Hal ini memang sudah menjadi sunnah sepanjang zaman. Allah SWT berikan dunia ini untuk dikuasai oleh kaum kafir. Namun bukan bermakna orang Islam tidak akan berkuasa di bumi . Bahkan, bumi ini akan dikuasai oleh hamba Allah yang beriman.
Hanya, orang kafir sangat mahir mengenai dunia kerana dunialah tempat mereka menaruh kecintaan. Satu perkara yang dicintai selalunya akan mendapat perhatian yang lebih daripada orang yang mencintainya. Apabila perhatian dilebihkan, maka kemahiran mengenainya pun akan bertambah.
Hasan Al-Basri menyebutkan bahawa saking pandainya orang kafir dalam ilmu dunia, akan sampai satu peringkat di mana bila dia menimbangkan dirham, dia dapat tahu beratnya. Hal tersebut dibayangkan oleh Hasan Al-basri pada zamannya dan sebenarnya kemahiran kaum kafir telah mengatasi daripada gambaran itu. Orang yang hidup zaman ini dapat menyaksikan bagaimana pencapaian moden yang diterokai oleh kaum kafir dalam ilmu pelbagai bidang. Kaum muslimin terpaksa pula mempelajari daripada mereka. Ilmu ketenteraan, ekonomi, politik, teknologi dan sebagainya berada di tangan kaum kafir.
Namun, ilmu dunia itu hanya zahir sahaja. Ilmum akhirat itulah yang batin. Ilmu kahirat membawa kita bahagia kelak. Itulah yang tidak diperolehi oleh kaum kafir.
No comments:
Post a Comment