Ada kalangan sufi yang mendakwa bahawa sesiapa yang beramal untuk dapatkan pahala dan syurga adalah syirik. Sesungguhnya dakwaan ini adalah satu kemelampauan dalam mentafsirkan konsep agama khususnya ikhlas. Apabila Ikhlas dihuraikan dari dimensi falsafah, maka demikianlah jadinya. Sepatutnya ikhlas itu hendaklah dijelaskan mengikut kacamata al-Quran dan hadis dan bukan mengkit kaedah falsafah. Hal-hal berkaitan ibadah dan akidah hendaklah dipasakkan di atas landasan nas dan bukannya teori falsafah.
Kalau kita disuruh beribadat tidak mengharapkan pahala dan syurga, maka apalah maknanya sekian banyak gesaan Allah SWT dalam Al-Quran agar kita memburu ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT dan syurga yang disediakannya. Nabi SAW juga mengajarkan sebilangan doa agar kita memohon syurga daripada Allah SWT dan meminta disishkan dari siksaan neraka.
Nas-nas Al-Quran dan Hadis membayangkan kepada kita jalan fikir orang yang beramal mengikut kaedah Islam. Burunnya adalah pahala. Allah tidak menyuruh kita melampau dalam kesufian sehingga berbuat amal selain mengharapkan cinta Allah SWT itu ditolak.
Ksimpulannya, apabila sufi diwarnai teori falsafah kebatinan, maka demikianlah yang diungkapkan oleh para pengamalnya. KIta juga lihat hal yang sama terjadi dalam hal-hal berkaitan ilmu akidah. Apabila falsah menjadi sandaran, maka lahirlah ilmu kalam yang bukan membuat orang makin mengenali Allah, sebaliknya makin kebingungan dalam mengenali Allah SWT.
No comments:
Post a Comment