" Aku lebih suka menjadi pendosa yang suka bertaubat dari seorang abid tidak bertaubat", ujarku kepada seseorang ketika kami sedang bercakap tentang keadaan kami yang mungkin banyak bersalut dosa.
Seorang yang suka bertaubat, dia sedang melakar jalan ke arah husnul khatimah. Sebaliknya seorang yang malas bertaubat, dia sedang terhoyong hayang ke penghujung suul khatimah.
Lebih baik dosa kita bertumbun setinggi gunung lalu kita runtuhkan ia dengan istighfar dan taubat berbanding pahala kita setinggi awan lalu kita terpaksa gunakannyanya buat membayar kelancangan lidah dan tangan kita di akhirat kelak. Beratnya lidah memohon taubat akan membuatkan kita membawa dosa sedikit yang kita miliki ke akhirat kelak dan akhirnya terpaksa menggantikannya dengan bayaran paha kita.
Justeru...ayuhlah kita memperbanyakkan istighfar kepada Allah. Beristighfarlah walau terasa diri tidak berdosa. Yang sedar dirnya banyak dosa, beritighfarlah sebanyaknya. Yang banyak berbuat bakti kepada Allah, beristighfarlah dari kelalaian yang mungkin menyertainya.
Lafaz Istighfar:
استغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم وأتوب إليه
No comments:
Post a Comment