CARI BAHAN

Sunday, October 07, 2012

Walijah

Kenapa dalam perjuangan ada pengkhianat?
Mengapa pula ada para pejuang yang surut setelah bertahun berjuang?
Bukanlah si Polan itu dulunya seorang pejuang Islam? 
Mengapa kini bertukar menjadi pejuang kebangsaan?
Berjuang pula jalur yang tidak berlainan dengan jalur para mustaqdimin dalam perjuangan Islam!

Kerana Islam diperjuangkan bukan semata-mata mentazkiah diri, bahkan juga mentazkiah bumi Allah dari kefasadan, maka para pejuang Islam berusaha meraih kekuasaan. Dalam usaha meraih kekuasaan, tentu banyak cabarannya kerana kekuasaan itu salah satu cabang perhiasaan dunia yang banyak memperdaya orang. Cabaran itu sama ada dari tentangan para penguasa yang sedang bermewah dengan kekuasaan mereka atau para pendamba kuasa yang menyimpan cinta-cita dalam sanubari mereka.

Sebab itu meraih kekuasan perlukan jihad. Jihad merebut kekuasaan dari pemboros kekuasan dan jihad melawan nafsu diri yang mendambakan kekuasaan untuk tujuan yang sama seperti pemboros kekuasaan itu juga.Dalam jihad meraih kekuasaan itulah akan berdepan dengan ujian Allah  SWT. Allah menguji dengan ujian dari dalam dan ujian dari luar.

Ujian luar sering menyatuka para pejuang Islam dalam bulatan perjuangan Genggaman tangan kian erat berpadu dan semangat kian kuat berkobar bila ancaman luar makin kuat. Laksana kera di dahan kayu yang memeluk erat batang kayu di kalau ribut kencang tetapi akan jatuh di kala angin sepoi nyaman bertiup.

Allah menguji para pejuang kerana dalam perjuangan ada walijah. Ada juga orang yang bersaudara dengan walijah dalam cita-citanya.

Perjuangan Islam perlu dijauhkan dari walijah!

No comments: