Dakwaan Dr. Mahathir bahawa undi Pakatan Rakyat bermakna undi Soros adalah dakwaan orang yang sudah putus harapan dan hilang arah jalan. Kemelut ekonomi 98 sering menjadi kambing hitam baginya untuk melibatkan Soros. Padahal, di sebalik kemalangan ekonomi yang melanda negara pada tahun tersebut juga adalah angkara keborosannya menjalankan projek serba mega dalam negara. Politik menyalahkan orang lain untuk menyelamatkan diri ini boleh dipakai untuk bertahan dalam satu tempoh singkat, tetapi tidak selama-lamanya.
Soros yang menjadi kisah lama dulu muncul kembali dalam areha lipur lara pemimpin yang berputus cara untuk menguasai minda rakyat. Mungkin pada sangkaan mereka, rakyat akan percaya dengan fatwa Dr. Mahathir tersebut.
Namun, perlu diingat bahawa Dr. Mahathir bukan mufti untuk menghukumkan Pembangkang sama dengan Soros!
No comments:
Post a Comment