Lumrah terjadi dalam masyarakat, kalau orang baik dalam masyarakat seperti ulama, ustaz, tok imam, pak haji dan juga anak-anak mereka terpalit dengan sesuatu perbuatan keji, perhatian masyarakat terhadap kejahatan itu akan sangat berlebihan. Cemuhan dan kejian ke atas mereka pun amat hebat berbanding jika perbuatan keji yang sama di lakukan oleh orang lain terutama jika dari kalangan yang sudah dikenal jahat. Kalau memang orang itu sudah dikenali jahat, perbuatan kejinya tidak menarik perhatian cemuhan orang pun. Malah, kekadang orang tidak peduli lantaran sudah lali dengan perbuatan kejinya.
Kejahatan pada orang baik amat ketara dilihat. Namun, kejahatan yang lebih dahsyat sekalipun pada orang jahat dipandang tak bena sahaja, malah kekadang tidak terlihat oleh masyarakat.
Demikian halnya dengan situasi negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat (PR) dewasa ini. Media Massa arus perdana yang dikuasai oleh kerajaan persekutuan sering dendangkan kebobrokan yang kononnya dibuat oleh pemerintah kerajaan Pakatan Rakyat. Negeri Selangor diperlihatkan sebagai teruk amat dengan isu air, perumahan, tanah, pasir dan sebagainya. Demikian juga kerajaan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Semua negeri yang diperintah PR itu diceritakan dalam media massa sebagai kerajaan yang penuh dengan masalah.
Sementara 9 negeri lagi dalam Persekutuan Malaysia ini diperlihatkan sebagai tidak bermasalah dan jika ditimbulkan masalah-masalah, dinyatakan pula bahawa kerajaan negeri tersebut dapat menyelesaikannya dengan jayanya.
Bila malaikat buat salah, memang ia akan jadi bahan orang mengata. Tetapi bila syaitan buat onar, orang sudah tidak kuat dan tidak ghairah mengata lagi.Kita pun tahu siapa yang dikatakan syaitan yang dikenali dalam negara kita. Betapa banyak kejahatan dan kebobrokan yang syaitan itu lakukan, tetapi media massa sentiasa pendamkan. Cemuhan dan kejian tidak ditimpakan ke atas angkara murka sang syaitan. Memang begitulah lumrahnya kejahatan orang jahat.
Namun sebaliknya pula yang berlaku ke atas malaikat yang tidak dikenali. Kerana namanya malaikat, khilaf yang sedikit akan berdengung gemanya seluruh buana. Cerita tentang kejahatannya yang sejengkal akan dilebarkan jadi sehasta. Kalau dapat, ditarik lagi menjadi sedepa, sebatu dan sesaujana mata. Sungguh teruk malaikat yang kamu puja itu. Sangat jahat dia. Demikian yang media massa arus perdana cuba tanamkan dalam minda jelata. Sehinggalah malaikat dilihat sebagai jahat.
Syaitan dilihat baik dan malaikat dirasakan jahat. Inilah keterbalikkan yang akan berlaku di akhir zaman dan ia sedang berlaku kini.
Kerajaan PR itu, kalau difahami dari ungkapan bersejarah Dr. Mahathir Muhammad, adalah umpama malaikat. Namun sayangnya ia malaikat yang tidak dikenali atau belum dikenali. Sebagaimana lumrah hidup orang baik dan orang jahat dalam dunia, kerajaan yang mengambil watak sebaik malaikat akan dihujani dengan kejian dan tohmahan. Memang tanda orang baik akan dikeji dan dikutuk kalau buat salah. Walaupun kesalahan itu amat sedikit. Kejian dan kutukan selalunya melebihi kadar kesalahan jika ia berlaku pada orang baik. Malah, dalam banyak hal, orang baik selalu difitnah keranah menfitnah orang baik itu menyeronokan bagi kaki fitnah. Fitnah orang jahat tidak ada guna.
Maka, apa nak dihairankan kalau media memaparkan bahawa negeri Selangor sejak diperintah malaikat, amat banyak masalahnya. Banyak penyelewengan para malaikat dan urus tadbir. Dari masalah pasir yang kini telah hilang ketajamannya, ia beralih kepada masalah-masalah berderetan yang tidak pernah habis. Negeri Selangor, satu-satunya negeri yang berani melaksanakan projek air percuma buat rakyatnya digambarkan kehabisan air sehingga perlunya menyedut air dari negeri Pahang yang mewah airnya tetapi rakyat tidak mendapat air secara percuma.Tidak cukup dengan masalah air, negeri Selangor berdepan dengan masalah penempatan, perumahan kos rendah dan macam-macam lagi. Sehinggakan, orang-orang dunggu yang mendengar khabar berita dari media penyebar adu domba akan berfikir bahawa Selangorlah negeri yang rakyatnya paling menderita dalam Malaysia. Mereka menderita kerana diperintah oleh malaikat yang turun darim langit padahal rakyat tidak mengenali mereka.
Negeri-negeri lain yang diperintah para malaikat, semuanya begitu. Sarat dengan pelbagai masalah. Negeri Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah malaikat, nampaknya tidak juga pernah selesai masalahnya. Kalaulah syaitan yang perintah, sudah tentu belum pun lima tahun, semua masalah akan sirna. Bagaikan syaitan sahaja bijak memerintah di bumi.

Pulau Pinang diperintah oleh malaikat yang bertopeng. Ironinya malaikat yang anti Islam, chauvinis dan anti Melayu. Demikian yang digambarkan tentang malaikat yangs satu ini. Padahal, semasa Pulau Pinang diperintah oleh syaitan dulu, keadaannya baik sekali. Duit rakyat, tanah rakyat, perniagaan rakyat semuanya selamat. Mungkin kerana syaitan tidak suka Islam, maka khabarnya peruntukan untuk pentadbiran Islam di Pulau Pinang hanya sekadar cukup makan sahaja. Ia berbeza dengan apa yang disalurkan oleh kerajaan malaikat yang majhul sekarang.
Kalau mahu dituruti segala umpat keji dan cemuhan orang terhadap orang-orang baik, kita akan jadi bengong dibuatnya. Lebih-lebih lagi jika kata-kata nista itu terbit dari kelompok syaitan dalam masyarakat. Memang syaitan akan selalu mencari keburukan malaikat. Kalau tidak ada keburukan pada malaikat sekalipun, syaitan akan mencipta keburukan supaya kebaikan malaikat di mata khalayak akan terhakis.
Menarah rerumput di padang ternak tentu lebih menyeronokkan dari menarah pasir di gurun. Mencuci najis di ladang babi hanya membuang masa berbanding mencuci tahu cicak di lantai masjid. Setitik noda hitam di kain putih amat ketara berbanding celupan najis d kain hitam. Menuduh orang baik adalah nikmat bagi penfitnah sedangkan menuduh orang jahat hanya menghabiskan air liur sahaja.

Falsafahnya, orang baik selalu dikeji dan orang jahat sering tidak dipeduli.
Jika kerajaan PR empat negeri selalu dihunjam dengan pelbagai tuduhan, itu bermakna ia kerajaan yang baik. Jika dituduh menzalimi rakyat, ia sebenarnya lebih adil kepada rakyat. Jika dituduh tiada air, ia sebenarnya mengalirkan air kepada rakyat. Rakyat digambarkan tiada rumah, menunjukan rakyat banyak yang dapat rumah. Mafhumnya adalah mukhalafah.
Mungkin terlalu taksub jika kita mengatakan bahawa semua yang didendangkan media massa adalah auta. Sebuah kerajaan manapun akan punya masalah dan kekurangannya. Kesempurnaan kerajaan hanya ada pada kerajaan langit atau kerajaan syurga loka. Namun, banyaknya keburukan sebuah kerajaan negeri di warwarkan sebagai serabut bermasaah, padahal ia berkungsi selajur tanah yang sama dengan beberapa negeri lain, menunjukkan kerajaan negeri itu lebih baik dari kerajaan negeri yang tidak digambarkan keserabutannya.
Kalau tidak baik, manakan diteliti orang. Sehingga lubang cacing pun dicarigali untuk mencari tahu luas sempitnya. Petanda apa di sebalik semua ini wahai orang-orang yang berfikir?

No comments:
Post a Comment