Aku tidak pernah tahu adanya persatuan para profesor yang dinamakan Majlis Profesor Negara. Sehinggalah apabila mereka membuat sidang media dan melalui ketuanya Prof. Zainal Kling, komen dibuat mengenai siapakah pejuang kemerdekaan dan taraf penjajahan British ke atas negara kita, baru aku tahu mengenai kewujudannya.
Prof. Zainal Kling menyatakan dua perkara penting dalam kenyataan mediannya. Pertama, bahawa Tanah Melayu (Malaya) tidak pernah dijajah. Ia hanya dinaungi oleh British. Selama 400 tahun British hanya menaungi negeri-negeri Melayu. Kedua, para penentang British yang berhaluan kiri bukanlah pejuang kemerdekaan. Malah mereka adalah penderhaka kepada sebuah kerajaan yang legitimate.
Aku suka menyentuh dua perkara dalam isu ini. Pertamanya mengenai persatuan yang dinamakan Majlis Profesor Negara ini. Keduanya ialah mengenai pandangan Prof. Zainal Kling tersebut.
Majlis Profesor Negara ini ditubuhkan, apa keperluannya? Apa kepentingannya sehingga disandarkan nama "negara" pada nama rasminya. Mungkin, secara mudah akan dikatakan untuk membantu negara mencapai kemajuan dengan idea-idea cemerlang para cendikiawan di dalamnya. Namun, setakat hari ini, apakah pandangan dan sumbangan pemikiran luar biasa MPN ini? Kalau setakat berkumpul dalam satu persatuan lalu merasa hebat kerana sudah bergelar profesor, bolehlah...boleh blah. Profesor hanya satu gelaran dan bukan lambang keilmuan yang mutlak. Kalau sudah berhempas pulas menyiapkan satu kajian spesifik tertentu, kemudian dihujahkan depan panelnya, lulus, dapatlah gelaran profesor. Apakah nilainya profesor itu kalau hanya bersandar di sofanya dalam bilik berhawa dingin.
Aku mengenali beberapa profesor. Dari kacamataku yang bukan profesor ini, tiada ilmu yang boleh kuambil daripadanya. Dia hanya duplicate apa yang ada dalam buku. Pandangannya beku dan kaku.
Tapi, apa yang diutarakan oleh Prof Zainal Kling ini satu penemuan yang agak hidup sebenarnya. Melawan pandangan arus perdana yang mengatakan negara kita dijajah, sebenarnya pandangan yang aktif. Ia boleh dinilai dan dikaji.
Mengenai pandangan Prof Zainal Kling yang mendakwa negara kita tidak pernah dijajah ini, banyak persoalan yang boleh diberikan kepadanya. Apa yang selalu dimomokkan ialah apa perlu sambut merdeka kalau tidak pernah dijajah. Orang akan mentertawakan profesor tersebut kerana dengan mudah pandangannya dicari cacatnya. Sementara, terdedah juga kejahilannya mengenai perjalanan sejarah secara detail apabila dia mendakwa negara hanya terjajah selama 2 tahu di bawah Malayan Union. Padahal, malayan Union tidak pernah dilaksanakan, Ia hanya di peringkat cadangan.
Beliau juga menafikan perjuangan kiri sebagai perjuangan kemerdekaan. Maka, dengan itu tertolaklah individu-individu yang kita kenali dalam sejarah melawan British seperti, Burhanuddin, Ahmad Boestamen, Pak Sako dan tokoh-tokoh sbelum mereka seperti Dol Said, Abd Rahman Limbung, Tok Janggut, Mat Saleh, Rentap dan ramai yang lain. Kalau ikut profesor itu, yang namanya berjuang untuk merdeka hanyalah yang berkompromi dengan British untuk merdekakan negara secara aman.
Sangat janggal pendapat profesor ini. Allah mengurniakan akal kecil buat sang profesor!
No comments:
Post a Comment