Apa yang aku dengar ini banyak diperkatakan orang. Namun, sejauh mana benarnya, wallahu a'lam.
Guru-guru yang memohon tukar untuk balik ke Semenanjung, kerana kecewa tidak berjaya setelah berkali-kali, akhirnya mengambil jalan bawah meja. Mereka bertemu pagawai yang bertanggungjawab menguruskan perpindahan (tidak pastilah sama ada kerani atau pegawai atasan), lalu membuat sejumlah bayaran. Mengikut maklumat yang aku dengar, kadar bayaran yang diminta oleh pegawai yang menguruskan perpindahan itu ialah RM3,000.00.
Aku katakan cara ini rasuah. Seorang yang ditukarkan ke sekolah baru setelah melaksanakan urusan itu, akan mendpaat bayaran gaji bulanan yang haram. Haram untuk seterusnya kerana mendapatkan jawatannya melalui jalkan rasuah.
Adalah orang cuba menghalalkannya. Dikatakan bayaran tersebut adalah wang pengurusan. Aku menafikan kemunasabahan ia sebagai wang pengurusan. Wang pengurusan hanya berlaku jika bayaran itu bukan kepada orang yang bertanggungjawab dalam soal perpindahan. Misalnya seorang yang kita minta tolong untuk kirimkan borang perpindahan kita. Sebagai menghargainya, diberikanlah wang pengurusan. Kalau diberikan kepada pegawai yang menguruskan, ia bukan wang pengurusan. Pegawai itu telah dibayar gaji untuk kerjanya.
Ada yang mendakwa bahawa jawatan di tempat baru memang hak miliknya. Dia bayar untuk dapatkan hak miliknya. Ia bukan rasuah. Rasyah ialah kalau bayaran yang dibuat untuk rampas hak orang lain. Namun, persoalannya, siapakah yang mengatakan kedudukan dan jawatan di tempat baru itu hak miliknya. Semua yang memohon pindah akan mendakwa kekosongan itu adalah hak miliknya.
Sanggupkah anda manakn gaji haram sepanjang anda bertugas sebagai guru. Amat malang sekali kalau yang melakukan kerja ini adalah guru agama. Ustaz dan ustazah!
No comments:
Post a Comment