Akhlak sangat penting. Akhlak lebih penting dari ilmu. Seorang yang punya ilmu tetapi tidak berakhlak, dia adalah seorang yang hina. Di dunia dia akan terhina dan di akhirat lebih-lebih lagi akan terhina.Tetapi, seorang yang berakhlak mulia sedangkan ilmu tiada, dia akan dimuliakan juga. Di akhirat,kemuliaan akhlaknya akan menjadi sebab dia dimasukkan ke syurga. Allah akan memafkan perlakuan seseorang yang didasari kejahilannya.
Disebutkan dalam sebuah hadis, seorang pelacur dimasukkan ke syurga hanya kerana akhlaknya yang baik dengan seekor anjing. Dia memberi minum kepada anjing tersebut.
Sesungguhnya akhlak menjemput rahmat Allah SWT. Para ahli sihir firaun,sekalipun mereka itu kafir dan menghabiskan khidmat bakti mereka kepada Firaun unuk satu tempoh, kerana mereka punya akhlak yang mulia, mereka disentuh keimanan. Tidakkan anda lihat bagaimana mereka tampilkan akhlak mulia mereka tatkala berdepan dengan nab Musa. Mereka sudi menawarkan kepada Musa untuk memulakan lemparan sebelu mereka. Bila nabi Musa menolak,barulah mereka memulakan lemparan.
No comments:
Post a Comment