8:07 AM, 12/09/11, From: CELCOM, RM0.Plggn dihargai, mulai 15/9/2011, semua pembelian reload & pek permulaan prabayar akan dikenakan 6% cukai perkhidmatan yang berkenaan. Info: www.celcom.com.my
Dalam TV semalam, heboh pak menteri bercakap mengenai ketidakwajaran dikenakan cukai tersebut. Tetapi, kenapa pagi ini mesej seumpama ini sampai ke inbox saya? Apakah menteri yang bertanggungjawab itu tidak ada kuasa menghalang pengenaan cukai tersebut? Ada menteri yang mempertikaikan cukai tersebut dan mengatakan bahawa sebelum cukai dikenakan, servis hendaklah terbaik. Pelanggan banyak mengadu mengenai lemahnya servis yang disediakan. Apakah sekadar itu pak menteri? Hanya mengeluh seperti rakyat mengeluh?
Kalau begitu, turun di sini, biar orang di bawah pula naik ke tempat atas jadi menteri. Apa guna jabatan kalau tidak mampu gunakannya untuk kepentingan rakyat?
Saya sudah katakan, kalau hendak bermain dengan rakyat demi keuntungan puak kapitalisme, rakyat akan membuat hukuman. Kerajaan di pihak mana? Menjaga puak kapital atau rakyat? Siapa yang memulih kerajaan? Puak kapital atau rakyat. Jangan jadi lupa asal usul setelah berada di atas. Yang di atas, boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja.
Kalau puak kapital telekomunikasi rasa hebat sangat, kerajaan bukalah peluang untuk pelbagai syarikat telekomunikasi yang bersepah serata dunia ini bersaing dengan syarikat haprak dan tamak dari Malaysia. Baru tau langit tinggi rendah.
Itulah cara rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
No comments:
Post a Comment