Syarikat Rejoice Travel memaklumkan kepadaku melalui panggilan talifon bahawa penerbanganku pulang ke kampung pada hujung tahun, sempena cuti panjang persekolahan memerlukan bayaran additional RM 37 untuk satu sektor. Perjalananku akan melibatkan 3 sektor iaitu Sandakan-Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-KL dan KL-Alor Setar. Oleh itu jumlahnya RM37x3 =111. Bersamaku adalah isteri dan anak seorang. Maka jumlah semua adalah RM111.00 x 3=RM333.00
Menurut syarikat travel berkenaan, bayaran tambahan tersebut adalah untuk aiport tax.
Apa yang menjadi kehairananku, harga tiket yang beli atas namaku oleh syarikat travel tersebut sidah cukup mahal. Lebih daripada RM2000.00. Tiket seperti harga itu pernah digunakan oleh temanku untuk ke Mesir dengan syarikat penerbangan Arab. Mengapa tiket mahal tetapi tempat duduk yang diberikan adalah kelas ekonomi?
Siapa yang sebenarnya mempermainkan kakitangan awam yang mendapat tiket percuma? Syarikat Mas atau Syarikat Travel?
Kalau Syarikat MAS yang mengenakan bayaran tambahan tersebut dengan alasan kenaikan harga minyak dunia, itu adalah sikap tidak pandai bersyukur sebuah syarikat gergasi yang banyak dimanjakan kerajaan. Sudahlah semua tambang yang ditanggung kerajaan buat kakitangan awam diberikan kepada MAS, ia masih tidak merasa cukup. Wang tambahan masih lagi diminta kepada penumpang. Ini benar-benar melampau.
Seandainya syarikat travel yang main silap mata, mereka perlu diajar. Tambang-tambang tersebut sebenarnya tidak perlu diberikan kepada syarikat penerbangan yang pelbagai. Kementerian boleh mewujudkan satu unit khas menguruskan tiket dari permohonan, kelulusan dan pembeliannya. Namun, memikirkan untuk memberi kehidupan kepada syarikat travel, ia diberikan kepada mereka.
Tetapi, jangan pula tidak pandai bersyukur.
No comments:
Post a Comment