CARI BAHAN

Sunday, December 16, 2018

Bila ustaz dihalang bersiaran di TV

Apabila seorang ustaz masuk TV, orang ramai anggap perkataannya ada otoriti. Boleh jadi ada tanggapan otoritinya menyamai otoriti sang mufti. Kekadang, ada budak baru belajar, masuk TV cakap agama, banyaklah salah silapnya. Orang ramai yang dengar  rancangannya pegang apa yang dikatakannya. Apa yang ustaz lain cakap, tak masuk TV tidaklah sehebat ustaz TV.

Ustaz TV inilah dipanggil sebagai ustaz selebriti. semenjak dua menjak ini, isu ustaz selebriti menghangatkan persada media sosial negara. Ini berikutan beberapa kenyataan yang mengelirukan yang dituturkan. Maka, timbullah tempelakkan terhadap mereka dan mereka pun dipanggil ustaz mee segera.

Tular pula sehari dua ini senarai beberapa orang ustaz yang dilarang masuk TV. Nampak macam ada tangan-tangan politik. Ustaz yang dilarang itu dikenali penyokong kuat parti pembangkang dan kuat menyerang kerajaan baru sewaktu belum berkerajaan dna juga sesudah berkerajaan. Apabila ada larangan ke atas mereka untuk bersiaran di TV, ia dilihat sebagai tindakbalas kerajaan ke atas mereka atas nama dendam politik.

Kisah ustaz kena gam ini biasalah. Bukan sahaja zaman kini. Zaman kerajaan lama dulu pun begitu. Kena gam di TV tidak seteruk kena gam daripada masuk ke negeri tertentu. Ada negeri gam ustaz tertentu kerana syak wasangka aliran. Kes semacam itu lagi berat. Jadi, kalau digam daripada TV, itu bukan menghairankan. TV itu kerajaan punya dan kerajaan ada hak untuk membataskannya.Tapi negera ini milik bersama  dan melarang orang masuk mengajar dalam wilayah tertentu adalah keterlaluan.

Biarlah...bumi Allah tidka sempit. kalau penceramah di halang dengan cara tertentu, itu cabaran. Ustaz kalau hadapi cabaran, kena gembira dan bersyukur. Itulah cara Allah menapis agar pendakwah itu benar-benar atas jalan nabi. Sesiapa banyak bala bencananya, makin dekatlah dia dengan manhaj nubuwwah.

Tuesday, December 11, 2018

Isu "even angels make mistakes". Panjangkan akalmu!

Ada baiknya kalau kita ambil pendekatan diam sebelum memberi pendapat. Ramai orang gopoh dan cepat melatah. Sebelum faham betul-betul sesuatu perkara, macam-macam tafsiran dan pendapat sudah keluar. Itulah, kata orang kalau diam nampak cerdik. Tapi kalau bising dan banyak cakap, kebodohan akan terlahir dan dilihat orang. 

Isu "even angel make mistakes" yang dituturkan oleh Tun M mendapat banyak ulasan. Bani Melayu tulin yang hanya membaca terjemahan cepat melompat dan melatah. Sampai ke peringkat mengatakan ungkapan tersebut telah menyalahi akidah bahkan meroskkannya. Apa boleh buat. English pun cukup makan sahaja. Apatah lagi untuk memahami pepatah Bani Asfar itu. 

Banyak juga komen rasional yang mengambil pendekatan rasional. Namun, ada kalangan ustaz yang cepat latahnya. Angel dalam Bahasa Inggeris cepat ditafsirkan "malaikat" dalam bahasa Arab. Maka meluncurlah cemuhan dan sindiran tajam kepada penuturnya. 

Memang tak sama orang berilmu dengan yang tidak. Ilmu bukan sahaja pasal hukum hakam agama tetapi juga hikmah kata bicara syair bangsa-bangsa. Sebab itu Ibn Abbas jadi "bahrun" dalam ilmu tafsir. Dia menguasai sudut bahasa Arab dan memiliki khazanah syairnya. Lalu, mereka yang buta bahasa, dengan cepat menghukum secara semberono,

Mujur aku berdiam dan memerhati sebelum faham duduk perkara. Semoga Allah berikan aku akal yang panjang.

 Seorang membuat ulasan isu berkenaan:

Bila Mahathir kata,
"Even angels make mistakes",

Pihak media terjemahkan bulat²,
"Sedangkan malaikat pun buat silap".


Yang lain pun percaya, terus keluarkan bermacam pendapat membidas.

Abang ni bukanlah peminat Mahathir tapi abang nak jelaskan dari sudut tatabahasa.

"Even angels make mistakes" tu adalah English idiom. Bermaksud, "Kadangkala orang yang kita anggap paling sempurna pun melakukan kesalahan".

English idioms atau terms tak boleh diterjemahkan bulat² atau secara terus.

Contohnya, korang support kelab Man United.
Man U dikenali sebagai The Red Devils. So, adakah korang disamakan atau dimaksudkan sebagai penyokong kelab syaitan-syaitan merah?

Contoh lain, korang bercinta, kadang² ada juga korang luahkan kepada pasangan korang, "Oh you are my angel, baby". So, adakah pasangan korang itu adalah malaikat atau korang bercinta dengan seorang malaikat?

Kalau kawan-kawan tanya keadaan abang masa abang tak sihat, abang akan jawab, "Under the weather". Bukanlah maksudnya abang berada di bawah cuaca. Tetapi maksudnya abang sedang sakit, tak sihat.

Contoh paling mudah, bila orang tanya, "Kau yakin boleh buat semua tu?"

Jawapan di dalam bentuk English idiom adalah "It's a piece of cake". Bermaksud, ianya mudah.

Sebab itu pentingnya english education.

Satu lagi contoh,

Hardware = barang keras

Software = barang lembut

Joystick = batang gembira

Plug and Play = cucuk dan main

Port = lubang

Server= pelayan

Client= pelanggan

Jika dibuat ayat,

"That server gives a plug and play service to the client using either hardware or software joystick. The joystick goes into the port of the client".

Jika diterjemahkan bulat² ke dalam bahasa Melayu,

"Pelayan itu memberi pelanggannya layanan cucuk dan main dengan menggunakan batang gembira jenis keras atau lembut. Batang gembira itu akan dimasukkan ke dalam lubang pelanggan".

Logik tak?

Tidak salah untuk membidas tetapi biarlah dengan cakupan ilmu yang betul dan tepat. Kerana jika kita membidas mengikut orang tanpa faham apa yang kita bidas, kita akan ternampak lebih dangkal dan jahil.

Credit to my English Teacher : Sir Keyser Söze

Monday, December 10, 2018

Tabban liman khanal awam

Mendedahkan kebobrokan dalam institusi kerajaan  yang telah berlaku pada masa lalu bukanlah satu tindakan yang menjerumuskan masa depan institusi tersebut. Ia malah memberikan keyakinan baru kepada rakyat bahawa jenayah masa lalu itu tidak lagi akan berulang. Berterus terang dengan rakyat adalah lebih baik daripada menyembunyikannya. 

Para pemimpin UMNO selalu menunjukkan sifat prihatin mereka dalam perkara menyembunyikan kejahatan. Alasan mereka takut rakyat bimbang. Dalam kes TH, Ketua Pemuda UMNO menyifatkan pendedahan Datuk Mujahid sebagai tindakan yang boleh menjahanamkan TH. Apa akan jadi kalau pendeposit hilang kepercayaan kepada TH dan keluarkan duit mereka?

Ini merupakan helah untuk menakut-nakutkan kerajaan agar kejahatan masa lalu terhadap TH disenyapkan. Kehendak majoriti rakyat adalah membongkar segala kebejatan pengendali TH masa lalu biar telanjang habis. Wang amanah rakyat jangan dibuat main-main. Kehormatan maruah tiada bagi ornag mengkhianati amanah awam. 

Dalam sebuah peperangan, dalam perjalanan nabi pulang, seorang lelaki sahabat nabi yang menarik tali unta nabi terkena panah sesat. Dia mati. Sahabat lain memujinya dan memanggilnya Syuhada'. Namun, nabi nafikan kemuliaan itu untuknya. Kerana perbuatannya mencuri sedirham harta ghanimah, dia tidak layak disanjung sebagai syahid. Kalau tidak, apalah salahnya nabi pejamkan mata. Lagipun dia telah mati. Apalah guna yang sudah mati diungkit lagi.  Tentu dia juga ada jasa. 

Namun, khianat harta awam tidak bisa dimaafkan!

Rujuk permasalahan:

 https://www.malaysiakini.com/news/455562

Sunday, December 09, 2018

AGENDA MERUNTUHKAN KERAJAAN?

Agenda menjatuhkan kerajaan? Dakwaan bahawa perhimpunan Anti-Icerd adalah agenda menjatuhkan kerajaan dan upaya menggugat kerajaan dari dalam adalah berlebih-lebihan. Ia menjadi bertambah berlebih-lebihan apabila dikaitkan dengan krisis Malaysia-Singapura dewasa ini dan ditafsirkan sebagai upaya luaran menggugat kerajaan Malaysia.

Ia khayalan berlebih-lebihan seorang pemimpin kerajaan PH. Ayat menumbangkan kerajaan dengan perhimpunan adalah ayat kerajaan UMNO-BN dahulu dan tidka harus didendangkan lagi oleh kerajaan baru. Kerajaan baru hendaklah meraikan perhimpunan rakyat dan tidak melihatnya sebagai upaya  menumbangkan kerajaan . Selama ini, demonstrasi tidak pernah menumbangkan kerajaan. Lalu, mengapa masih ada ornag beranggapan demikian?

Kita mengharapkan pemikiran penuh toleransi dalam Malaysia baru ini. Bukan pemikiran yang penuh prasangka, resah gelisah dan tidka keruan.

DALAM ILMU TUHAN

Seratus tahun lagi, apakah Melayu masih dipagar kota istemewanya?
Seratus tahun lagi, masihkah Melayu mengaku Tuan tanah bertuah ini?

Dunia berpusar kejam
siapa bangkit dengan tangguh
Tanah sekangkang kera dalam genggamannya
dunia seisinya dalam tadbirnya

Melayu jangan lagi leka
dengan lagu dondang sayang
kau umpama bulan dipagari bintang.

Terik urat Marri dan Wadajain
bertakbir dan melaung kata
"Hidup Melayu"
belum bisa terangkat bangsa ini
jika rencana pembangunan bangsa hidup segan mati tak mahu

Dalam ilmu Tuhanlah
nasib bangsa bernama Melayu ini
apakah tanah pusaka orang tua ini
akan terus kekal bertuankan Melayu?

Melayu bangga dengan darahnya
Bangga keturunan bukan benteng kukuh
Melayu tempik Perkara 153 Perlembagaan
Perlembagaan pun conteng-conteng manusia
di tangan mereka getah pemadam atau liquid peper.

Melayu dulu tiada harga
waktu agamanya menyembah berhala
jadi mulia setelah masuk Islam
Islamlah yang angkat maruahnya

Melayu selamat
jika Cina dan India
menganut agama Islam
Islam tidak menyemai aniaya...

Saturday, December 08, 2018

Perubahan Ucapan Politik

Pak Subky Latif menulis dalam Harakahdaily bahawa kenyataan PM menerusi JPM bahawa Konvensyen ICERD tidak akan diratifikasi adalah kenyataan politik dan boleh berubah. Kerana ia boleh berubah, maka himpunan membantahnya apada 8 hb Dis adalah wajar. 

Kenyataan politik boleh berubah. Demikianlah iktikad politik Pak Subky Latif. Nampaknya, iktikad politiknya sama dengan iktikadku juga. Aku menaruh keyakinan bahawa kenyaan seorang ahli politik pada hari ini terdedah dengan perubahan pada masa depan. Kita telah saksikan banyak perubahan dalam kenyataan para ahli politik. 

Pertamanya, ahli politik UMNO memang handal dana merubah kenyataan mereka, bahkan merubah perangai mereka. Dulu cakap besar bukan main. Tak takut dengan kekalahan, Tapi bila kalah, lembut gigi daripada lidah. Perangai jahat pun dan jadi soleh. dari gemar pakai kot, sudah berubah dengan jubah dan kopiah.

Para pemimpin PH pun samalah juga. Merubah kata setelah dinyatakan sudah jadi biasa. Masa belum berkuasa, cakap ikut sedap mulut. Bila sudah berkuasa, kalut cari alasan. Ini biasalah. Banyak pula buat kenyataan melulu. Bila banyak orang kritik, tarikh balik. Masih okeylah kalau tarik balik. Kalau buat "dono" macam stail pemimpin BN dulu, naya juga. Ada baiknya mereka berubah-ubah sentiasa. Tapi itu tidka baik untuk kredebiliti pemimpin.

Pemimpin Pas pun tidak kurang juga. Masa ber"Pakatan Rakyat " dulu lain cakapnya. Masa sudah pecah hancur Pakatan itu, lain pula ayatnya. Ayat-ayat orang politik katakan.  Satu yang dulu boleh, kini jadi tak boleh. Percayalah esok akan ada masanya jadi boleh pula. Lidah politik boleh berubah.

Kembali kepada iktikad politik Pak Subky tadi, hendaklah faham kita bahawa bicara orang politik jangan dipegang sangat. jauh sekali untuk ditaksubi. Ingatlah, manusia berubah mengikut angkubah. Manusia politiklah yang paling banyak berubah dan merekalah paling suka merubah kata. Ingat itu. Biar sedar jangan keliru.



Response kepada:


MAKJUN KUAT

UMNO kini, penggemar makjun kuat. Saat ia menjadi lemah dengan seribu satu masalah, ditambah dengan kehilangan kuasa yang perit, pantang ada khabar orang pasal ada makjun untuk kembali kuat, ia pasti mencubanya. Sebelum ini, keyakinan UMNO  bahawa makjun kuatnya adalah adalah semangat kebangsaan Melayu telah dicuba dan diolahnya. Tapi, ramuan itu kurang menjadi. mungkin silap makan atau silap campurannya.


Pengamat politik menyebut, keterlibatan UMNO dalam himpunan bantah ICERD adalah peluangnya untuk dilihat relevan. Apakah selepas himpunan ini UMNO akan kembali pulih atau sekurang-kurangnya bangkit kembali? Kita akan saksikan nanti.

Orang yang sakit, bawalah ubat apapun, dia akan mengambil resiko untuk mencubanya. Begitulah UMNO. Para penyamun yang sbeelum ini mengaut secara salah harta rakyat, waktu inilah menampilkan diri sebagai perwira dan pembela nusa dan agama. Kalau tidka begitu caranya, bagaimana lagi? Nama mereka telah banyak ditajrihkan kerana kebejatan mereka. Hendak kembali dilihat mulia, bukan senang . 

Menunjukkan diri sebagai pencinta bangsa, pembela agama adalah makjun kuat buat mereka. 

Response kepada:


Hilang Kemanisan

Perjuangan kalau tidak berdepan dengan mehnah dan tribulasi, akan hilang manisnya. Jika ia tiada tekanan dan hambatan, tiada kemanisannya. Sebab itu ayat-ayat orang yang berjuang biasanya berbunyi begini:

Kami tak takut dengan ugutan!
Jangan cabar kami!
Kami akan rempuh halangan!
Jangan halang kami!

Bagaimana jika tiada ugutan? Tiada cabar mencabar?Kemahuan tidak dihalang?

Sudah tentu kemanisan perjuangan itu hilang. Umpamanya seorang lelaki yang menikah dengan seorang perempuan. Tak payah bayar mahar pun. Seronakkah kahwin dengan mudah sahaja? Bukan berhempas pulas dapatkan cinta perempuan. Tapi perempuan itu yang datang menyerah diri. Dikatakan pula perempuan tak laku. Orang tuduh wanita tuna susilalah yang kamu nikahi itu jika demikian caranya.

Orang bijak selalu "checkmate". 

Thursday, December 06, 2018

MENGANGKAT LANUN JADI PERWIRA

Patutkah zaman-zaman Daeng itu melanun dilupakan? banyak darta dagang dari kapal pelayaran dirompak Daeng. Masa Daeng ditahan penjajah Inggeris, Daeang mahu didendangkan sebagai perwira. Patutkah?

Kalau si Daeang itu tidak tertangkap, sampai bila-bilalah dia melanun.

Orang selalu lupa masa lalu dan mengimpikan masa indah di hari depan. Selalu juga arang beralasan, taubat Umar Al-Khattab  pun Allah terima. Inikan pula taubat Daeng!

Taubat Umar itu bukan pasal dia merompak dan melanun. Pasal dia syirik pada zaman jahiliyyah. BUkan juga pasal bunuh anak perempuan macam masyhur dalam cerita. Cerita itu  pun  tidak saheh.

Tapi salah Daeang ini kerana mermpak dan melanun. Mana boleh padam begitu sahaja sebelum dia pulangkan harta rompakan dan lanunannya.

Sudah kena tangkap, tiba-tiba mahu diangkat dia jadi perwira. Ini pelik. bahkan pelik bin ajaib bin gharib. Tidak pernah dibuat orang berakal waras.

Anda Faham?

Orang-orang yang menulis di laman media sosial bukan orang-orang yang dikenalpasti kepintaran otaknya. Malah di kalangan mereka, ada yang mereng dan tidka  senta. Bukan susah menyembunyikan kemerengan otak itu. Bahkan, dia boleh menampilkan watak pendeta dan bijaksananya. Padahal bukan ada apa-apa pun. Ngaji pu  tak lulus. Lpeas tu kata apalah guna PHD. Itu bukan lambang ilmu yang tinggi.

Orang memang macam tu. Kalau tidak dapat capai sesuatu, dikatakan apa yang gagal dicapainya itu sebagai tidka berguna. Ingat bagaimana kisah serigala yang cuba melompat nak ambil segugus anggur di hujung dahan. Dah tak dapat, dia kata anggur masam!

Macam itulah puak yang memperkecilakn pencapaian akedmik orang lain. Membesarkan pula cara pengajiannya. Pengajian dengan disiplin moden itu dianggapnya palsu dan menipu sahaja. Siapa yang menipu dalam pengajian sebenarnya?

Lihat....bagaimana budak-budak lembut ubun-ubun mengamuk di media sosial. Mereka mencemuh ornag-orang yang diakui bijak pandai oleh institusi yang diiktiraf. Lantas, mereka mendakwa cerdik atas dasar akuan institusi yang tidak diiktiraf!

Monday, November 26, 2018

Inovasi dalam kehidupan

Mansuia secara fitrahnya sukakan inovasi. Fitrah ini, bagaimanapun hendaklah dikawal.. Kecenderungan kepada inovasi hendaklah hanya dalam lapangan hidup duiawi mereka. Tidak boleh berinovasi dalam soal-soal yang telah digariskan oleh agama. Jika tidak, akan lahir centang pranang dalam agama. 

Islam mengharuskan inovasi dalam kehidupan duniawi. Tiada masalah. Buat bangunan, kenderaan, bangunkan teknologi yang canggih manggih, susun tatacara kehidupan agar lebih rukun dan damai dan macam-macam pembaharuan yang manusia boleh buat. Tapi jangan ubah agama. Jangan tambah dan kurangkan komponen agama yang telah dibawa para nabi. Jika tidak, manusia  akan tersesat jalan dan tak menuju akhirat yang selamat.

Islam menentang pembaharuan dalam aspek agama terutamanya dalam soal ritual ibadah dan keyakinan akidah. Dua hal ini adalah prerogatif wahyu yang didatangkan melalui ajaran para nabi. Kerana itu ISlam menentang Bid'ah. Agama sebelum Islam jadi tersasar kerana camputangan golongan mubtadi' dalama agama masing-masing. Kerana mahu namanya tertera sebagai pemuka dan pencetus, agama asal jadi terseleweng.

PBB itu mengancam negara?

ICERD itu mencabar undang-undang negara. Memang. Selain ICERD banyak lagi konvensyen PBB yang mengancam negara. 




Sebenarnya PBB itu sendiri mengancam kedaulatan negara. Untuk jadi negara berdaulat yang seutuhnya, ada baiknya Malaysia keluar PBB. Macam Libya zaman Muammar Ghadaffi dulu. Dia pernah kempen negara-negara Islam keluar darip PBB. Tapi satu negara pun tidak sambut ajakannya.

Malaysia jadi negara tanpa berhalaf dengan mana-mana negara. Malaysia negara Melayu dan Islam.Kalau boleh putar kembali sejarah ke belakang dan batalkan pemberian negara secara Jus Soli yang pernah negara silap berikan. Rampas tanah-tanah yang telah terlepas dari tangan anak bangsa seperti yang pernah dibuat di Afrika Selatan pasca Apartheid!

Kalau masih duduk dalam PBB tapi dalam masa yang sama kita menyatakan anti kepada banyak konvensyennya, apa ertinya? 


Ada siapa berani anjurkan demo minta Malaysia keluar PBB?


Monday, November 12, 2018

Menegak Sunnah dalam kehiduapan.

Tidak semua orang mampu menanggapi ilmu Sunnah. Banyak orang beralasan amalan pendahulu sebagai andal meneruskan amalan yang bertentangan dengan Sunnah baginda Rasulullah. Ukuran kebenaran sesuatu amalan bukan pada ramainya orang mengamalkannya. Inilah yang perlu difahami bagi orang yang menolak Sunnah sebagai teras kehidupannya dan mempertahankan bid'ah dalam agama.

"Tak kan nenek moyang kita yang alim dan terbilang sebagai Tok guru buat silap.", Inilah hujjah yang seringkali kita dengar.

Benarkan cara pegangan sedemikian.

Thursday, October 18, 2018

ROMBONGAN MENONTON WAYANG

Kelmarin pergi ke panggung wayang Bukit Mertajam. Inilah kali pertama dalam hidupku masuk panggung wayang. Sekolah anjurkan program bawa murid-murid pergi menonton wayang cerita Paskal, Sebuah cerita Melayu yang sedang ditayangkan di pangung wayang. Khabar dalam berita, lebih 20 juta berjaya dipungut oleh filem tersebut setakat ini.

Murid-murid tahun 4 dan 5 dipilih untuk menyertai rombongan ini. Bayaran dikena RM20 seorang. Sekitar 120 murid dan guru menyertai rombongan tersebut.

Cerita Paskal mengisahkan keberanian dan pengorbanan sekumpulan komando terlatih berkhidmat demi negara. Lt. Col Arman bion Anuwar yang mengetua pasukan itu telah berjaya dalam misinya. Pertama misi di Laut Aden, menyelamatkan kapal tangki milik negara Malaysia daripada rompakan lanun-lanun Somalia.

Kemudian....kemudian aku pun malas mencatatnya. Tonton sendiri...

Friday, October 12, 2018

Membumikan Quran

Kita banyak hafal Quran. Tapi kita sedikit dalam mangambil faedah daripadanya. Ayat-ayat yang kita baca, jarang sekali kita boleh jadikan istidlal untuk sesuatu tindak tanduk. Sama ada tindak tanduk kita maupun orang lain.Nampaknya kita tidak dapat berta'amul dengan al-quran sebagaimana sepatutnnya. Dalam situasi yang kerap terjadi, kita tidak dapat manfaatkan Quran dan dapat pula manfaatkan intisari sesebuah hadis. Jika hadis itu Saheh, tidaklah berapa terkilan. Malangnya, hadis yang dilebihkan perhatiannya berbanding Al-Quran itu adalah Daif , bahkan mauduk.

Perkara ini ada disebutkan oleh Syeikh Muhamamd Al-Ghazali dalam bukunya " Sunnah Nabawiyyah, antara Ahli Feqah dan Ahli hadis". Keghairahan menjadikan hadis sebagai rujukan, membuatkan sebilangan ulama tidka dapat mengambil manfaat terbaik dan terbesar daripada ayat-ayat Al-Quran.

Cuba anda perhatikan. Antara kemelampauan mencitai ilmu hadis dengan kemelampauan anti ilmu hadis. Mereka yang didakwa umum sebagai anti hadis, seringkali memetik isi kandungan Al-Quran dan menjadikannya hujjah dan paku bicara mereka. Mereka yang tergolong kalangan ahli hadis pula tenggelam dalam perbahasan mengenai konten hadis sehingga Al-Quran hanya sekali sekala meniti di bibir mereka. Ada ketika, mereka kalah kepada golongan anti hadis.

Saya terfikir hal ini. Orang kata Kasim Ahmad itu anti hadis. Ya, memang begitulah. Sudah seperti kepercayaan ramai bahawa dia anti hadis. Penganut fahamannya, ( Samada seluruhnya atau bab-bab tertentu sahaja) adalah antaranya,  Tun Dr. Mahathir. Tun Dr. Mahathir boleh dikatakan tidak pernah memetik kalam hadis nabi. Tapi dia sering pula memetik ayat Quran. Ada ketika, petikannya itu lebih jitu berbanding cara kita memetik. 

Beliau selalu memetik ayat yang bermaksud "Allah tidak mengubah nasib seuatu kaum selama mana kaum itu tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri". Dia baca aayat itu dan dia faham atas kapasitinya sebagai pemimpin bangsanya. Dia mengkritik bangsanya dalam sajaknya, tulisannya dan ucapannya. Ayat tersebut menjadi dalil pentingnya. Dia benar-benar ulas dan manfaatkan ayat itu. Lebih daripada kita yang banyak baca Quran, hafal dan mengerti maksudnya. Ayat yang sedikit daripada Quran, huraiannya boleh jadi merentas tema pelbagai. Boleh jadi dalil dalam tulisan yang jika dibukukan, jadi berjilid-jilid.

Saya bukan nak puji Dr. Mahathir pun. Tapi, saya tidak boleh benci dia. Bahkan, siapa pun saya tak mahu benci, lebih-lebih lagi kerana khilaf politik sebagai dasarnya. Cuma saya harap kita ambil pelajaran dan iktibar daripada kesungguhan orang yang dilihat jahil agama mengambil iktibar daripada Quran. Ayat sedikit yang dia dengar, jadi buah mulutnya. Ayat banyak yang kita ingat, apakah ia jadi buah mulut kita? Kalau jadi buah mulut, untuk tujuan apa pula? Jika sekadar menjadi hujjah menyucikan diri, itu bukan tujuan Al-Quran. Jika jadi hujjah melariskan barang niaga, Quran jauh sekali daripada maksud itu.



TAHAN DIRI, KEPUNGLAH PAHALA SENDIRI.

Jika anda marah seseorang, elakkan mencelanya di FB. Anda Marahlah dalam kereta waktu memandu seorang diri. Celalah dia waktu anda dalam bilik tidur seorang diri. Celalah, umpat dan sumpahlah semahumu. Jika ia dosa, ruang legar dosanya tidak seberapa. Berbanding anda marah dia dalam FB. Anda cela dan cemuhnya dalam FB. Gelanggang tempatnya mengamuk besar sekali. Ufuk timur dan barat pun bukan batasnya.

Kalau anda sabar dan tidak mengeluarkan cemuhan, itulah yang paling mulia. Namun, kebanyakan kita tak mampu. Gejolak dalam jiwa jarang dapat dibendung. Ia tetap mahu melimpah dan membuak.


Lalu, jangan buatkan limpahannya menjadi banjir. Malang kalau jadi tsunami. Berfikir berkali-kali sebelum mengangkat diri menjadi syattan atau lammam. Amat besar kerugiannya. Amat tragis penyesalannya di kemudian hari. Hari diperhitungkan pahala sendiri buat membayar harga murah huruf-huruf atau liur yang ditumpahkan.

Banyak benar aksi yang memagut amarah kita. Tidak cukup jemari tangan untuk menaip. Kalau bisa dengan jemari kaki sekali. Itupun tak cukup lagi.Yang bersiponggang dalam hati lebih meriah daripada yang mampu dicercakan.

Selama mana ia bersenandung di dalam sana, ia tidak mengguris amal anda. Seringkali, yang kita rasa berpahala, ianya hanyalah kumbahan dosa. Apatah lagi yang memang kitapun melihatnya sebagai ceracak dosa. Ia akan menjadi beban-beban gunung sengsara di hari muka.

Oktoberfest 2018

Saya percaya para menteri yang beragama Islam itu semuanya tak suka Oktoberfest iaitu Pesta Arak yang dirancangkan. Para netizen yang menentang Oktoberfest itu, Alhamdulillah, telah menunjukkan semangat yang baik. Kemaksiatan perlu ditentang. Tentang dengan perkataan atau setidaknya dengan hati. Bab tentang dengan tangan itu, biarlah pihak berkuasa yang buat. Itu memang tugas mereka yang diberikan kuasa.

Namun, semangat yang baik itu dirosakkan dengan tanggapan negatif kepada semangat dan kemahuan orang lain. Saya membaca banyak komen , posting dan printscreen yang dikongsikan. Menuduh seseorang menyokong Oktoberfest adalah satu tuduhan tanpa asas. Hanya berdasarkan kenyataan yang dipetik daripada mana-mana portal oleh individu tertentu, kesimpulan terus dibuat. Umpamanya, yang dipetik, Khalid Samad, Menteri Wilayah berkata Oktoberfest tidak dapat dihalang. Jika benar dia mengucapkan demikian, ucapan penuh perlu diserta. Perkataan tidak dapat dihalang pula tak sama dengan tak boleh halang. 

Dendam politik membuatkan orang berani sekali menabur fitnah dan tidak takut dosa. Sekaligus melihat orang lain tidak sayangkan agama dan hanya diri sendiri yang hebat dalam membela agama. Ini sikap buruk yang tidak perlu disimpan. Setiap orang Islam perlu bersangka baik dengan muslim yang lain. Hatta, sekalipun kata-katanya membawa konotasi negatif, sebelum dapat penjalasan tentang kata-katanya, adab seornag muslim hendaklah mentakwilnya jadi positif.

Pesanan para ulama dalam pengajaran kisah hadis ifki yang menimpa Aisyah , tidak masuk bersemadi dalam fikiran para netizen muslim mujahid pembela agama ini. Apabila keluar ayat membela agama, keluar bersamanya cemuhan dna perlecehan ke atas orang lain. Ibarat orang yang menyiram pokok yang layu, bersama siraman disimbah minyak buat nyalaan api. Atau dengan ibarat lain, menyiram air bercampur minyak tanah. Apalah faedahnya.

Jika seseorang dapat menjaga apa yang ada antara misai dan janggutnya serta apa yang ada di celah kangkangnya, Nabi sebut dalam hadis, jaminan baginya syurga. Malangnya, dua anggota itu susah amat dijaga. Terutama yang ada antara dua janggut itu. Janggut atas dan janggut bawah.

Ada pula yang dunggu tumpang share printscreen berunsur fitnah adu domba. Perlu diingat, dosanya sama. Si pembuat dan si penyebar sama sahaja. Inilah yang aku maksudkan dalam catatan aku sebelim ini tentang sampah-sampah yang dibuang. Jangan jadi tukang kutip. Sayangnya hari ini orang dok kutip. Yang dok kutip itu pula, rakan-rakan yang kenal selama ini sebagai pembela agama, pejuang dan pencinta Islam. 

Entahlah....kemelut fitnah ini membingungkan. Seperti lelayang putus tali, bagi mereka, membujur lalu melintang patah. Keadaan sudah tidak terkawal. Kerana itu, aku katakan kepada diriku, buatlah apa yang kamu mahu buat. Aku berlepas diri. Setelah tahun-tahun panjang ditarbiah, bahan tarbiah itu tidak dapat mendidik pekerti, teruskanlah apa yang anda rasa baik. 

Aku tidak sekali-kali bekongsi kecelakaan ini.

Aku benci Oktoberfest. Aku bantah dan aku menyimpan kepercayaan bahawa para menteri juga benci. Cuma kudrat, siasat dan cara mereka tidak semestinya seperti yang aku mahu. Namun mengatakan mereka sokong dan suka, anjur serta bantu, aku tidak sanggup melemparkan tuduhan liar sedemikian.

Aku mahu menjaga lidahku daripada menjilat bangkai-bangkai busuk dengan mengunjing saudara seagama. Ya Allah...peliharalah aku...

Wednesday, October 10, 2018

Learning Curve

Kata Dr.Wan Azizah sewaktu ditanya tentang prestasi kabinet menteri kerajaan PH:


“Beri kami sedikit masa kerana kami masih dalam ‘learning curve’ (keluk pembelajaran),” 

Learning Curve bermaksud:

 The rate of a person's progress in gaining experience or new skills.

Wiki menyatakan:

 The term learning curve is used in two main ways: where the same task is repeated in a series of trials, or where a body of knowledge is learned over time. The first person to describe the learning curve was Hermann Ebbinghaus in 1885, in the field of the psychology of learning, although the name wasn't used until 1903. In 1936, Theodore Paul Wright described the effect of learning on production costs in the aircraft industry. This form, in which unit cost is plotted against total production, is sometimes called an experience curve

Kerana belum berpengalaman jadi kerajaan, graf para menteri mempelajari sesuatu perkara berkaitan pemerintahan tidka kelihatan lancar. Ada sahaja salahnya. Salah dalam kenyataan banyak berlaku. Lihat sahaja kesalahan ucapan beberapa menteri sejak awal memegang tampuk pemerintahan. 

Hal-hal seperti ini biasa. Asalnya jangan salah dalam songlap duit rakyat, kesalahan dalam keluk pembelajaran ini boleh dimaafkan.  

Lagipun, ia hanya sebuah kenyataan verbal. Belum lagi dilaksanakan. Sedangkan ulama terkemuka dalam ilmunya pun salah dalam bidangnya. Apatah lagi kalau pak menteri yang bari belajar memerintah.

It's okey...

Wednesday, October 03, 2018

Jangan Mudah Mengeluarkan Orang Dari Iman

Perangai buruk sebilangan orang Islam adalah cenderung menghukumkan seseorang keluarkan dari kota Islam dan Iman. Berdasarkan perkataan orang itu, difahamkan cacatnya pada akidah, lalu dijatuh hukum keluar dari Islam. Berdasarkan perbuatan seseorang itu, dihukumkan terkeluar dari Islam. Sedangkan orang itu tidak ditanya tentang perkataannya. Tidak disoal dan diselidiki tentang perbuatannya.

Kerja orang beriman adalah memasukkan sekian banyak manusia ke dalam Islam dan iman. Bukan mengeluarkannya. Ironinya, satu ornag yang tidak pernah memasukkan satu jiwa pun ke dalam Islam dan Iman, ghairah mengeluarkan fulan bin fulan daripada kota Islam dan pagar iman. 

Lizimul Qaul Laitsa bil Qaul. Satu yang anda faham daripada kata-kata seseorang, tidak boleh jadi alasan anda menghukumnya. Anda perlu tanya si penutur itu maksud kata-katanya Jika dia mengaku maksudnya sebagaimana yang anda faham, maka jadilah Lazimul Qaul huwal Qaul. Jika tidak, ia akan tegak atas prinsip asal iaitu lazimul Qaul laitsa bil Qaul.

Kaedah ini bukan sahaja untuk perkataan. Ia termasuk perbuatan. Perbuatan seseorang itu juga perlu ditanya kepadanya. Jika jelas seperti yang anda faham, maka itulah perbuatannya.

Bukan semudah makan kacang untuk kafirkan orang atau nifaqkan orang. Alangkah besarnya musibah bagi para algojo agama yang gelojoh. Sangkanya sebagai pembela agama tetapi agama sendiri runtuh ranah kerana kebuasan lidah sendiri. Dalam dunia moden ini, dunia jemari ligat menyusun bait kata dan mengetuk kewboard, agama sendiri runtuh kerana kelancangan di hujung jari.

Kala anda mendengar bicara seseorang, anda mungkin cepat melatah dan mungkin arah. Akal anda faham kata-katanya itu tetapi tidak semestinya yang anda faham itu, itulah yang dimaksudkannya. Sekalipun anda lihat seorang Islam masuk ke kuil, anda belum boleh hukumkan dia murtad atau terjejas akidah. Jika adan lihat dia tabur bunga depan patung hindu sekalipun, belum cukup hak anda menghukumkannya kafir. Anda perlu pastikan dengan bertanya dia. Apakah dia masih percaya Allah dan rasulnya. Jika jelas dia mengaku bahawa dia bukan beriman lagi dengan Allah dan rasulnya, tetapi sudah percaya patung dewa dewi itu bolehlah anda hukumkan kekafirannya. Itulah setelah dipastikan dia tidak lupa, jahil atau terpaksa!

Hubaya-hubaya....jaga agamamu juga dan jangan hanya perihati akidah pegangan orang. Lembu Seberang laut nampak tapi Dinasour depan mata tidak dapat dilihat.

Tuesday, October 02, 2018

MUT'IM BIN ADI YANG BERJASA

Budi baik dan jasa orang kafir hendaklah dihargai. Soal kekafirannya adalah soal lain. Jika ada kebaikannya, maka kebaikannya itu perlu dibalas baik. Inilah akhlak mulia ajaran Islam yang diajarkan nabi SAW. Sikap ini boleh dilihat bagaimana luahan nabi SAW terhadap kebaikan seorang kafir Makkah yang bernama Mut'im bin  'Adi. Selama nabi berdakwah di Kota makkah, dia tidak memusuhi nabi SAW, bahkan dia membela nabi serta orang Islam.

Ahli sejarah meriwayatkan bahawa di kalangan enam ornag perwakilan Kota Makkah yang menyokong pembatalan pemulauan ke atas Bani Hasyim , salah satunya adalah Mut'im bin 'Adi. 

Ketika nabi mendapat musibah dalam dakwahnya di Taif, baginda mahu kembali semula ke Makkah. Namun, pemuka Quraisy seperti Abu Jahal dan yang seangkatan dengannya menghalang nabi SAW kembali semula ke Makkah.  Akan tetapi, Mut'im bin "adi, atas kebertanggungjawapannya sebagai orang berpengaruh di Kota Makkah, telah membawa nabi masuk semula dan mempertahankan hak nabi untuk kembali ke Kota Makkah. Dia membela nabi daripada diapa-apakan oleh pemuka -pemuka Makkah yang membencinya.

Kerena kenangan indah dna budi baik Mut'im itu, nabi SAW menyebutkan dalam peristiwa tawanan perang Badar:


 
" Kalau seandainya Mut'im bin Adi masih hidup dan dia datang minta aku bebaskan tawanan perang Badar itu, nescaya aku bebaskan mereka".

Inilah akhlak Islam.Akhlak Islam mengajar kita mengenang kebaikan orang sekalipun daripada orang kafir. Jangan kerana seseorang itu kafir atau musyrik, kita menafikan keperluan memuji kebaikannya.

Monday, September 24, 2018

Antara Mahad Tahfiz dan Kilang Arak

Bala apa yang menimpa agama ini? Orang yang diamanahkan menjaga agama berbuat khianat. Seorang pengetua Mahad Tahfiz yang misinya melahirkan generasi hafaz Al-Quran ditangkap atas tuduhan meliwat 9 pelajarnya sejak belasan tahun lalu. Bagaimana boleh terjadi demikian?

Kalau superviser kilang yang buat kerja ini, tidak menghairankan. Ini Pengetua Tahfiz. Benar-benar menconteng arang di muka agama Islam. Kelakuan buruk yang dilakukan oleh "akabiruddin" adalah sangat merbahaya. Bukan sahaja dia yang rosak. Bukan sahaja pusat pendidikannya yang rosak. Wajah agama turut diconteng.

Sebab itu, usul menutup mahad tahfiz sedemikian memang wajar. Orang yang macam ini perlu disenarai hitam terus daripada mengusahakan pusat pendidikan apa pun. Dia tidak boleh lagi dibiarkan hidup bersama manusia ramai. Dia perlu diasingkan! Kalau taubatnya diterima pun, dia tidak patut lagi diberi peluang bersama-sama anak-anak muda yang sedang membagunkan citra masa depan mereka. Kalau nak kerja, kerjalah dengan para monyet dan kera. Jadi penjaga pusat rehabilasi orang utan layak untuknya. Itupun kena pantau. Kalau-kalau silap hari bulan, diliwatnya para orang utan.

Ceh, sungguh merungsingkan wujudnya manusia sedemikian.

Satu hal yang lain, ada orang membuat ayat sarkastik. Pusat tahfiz ditutup kerana bermasalah. Kilang arak dbiarkan beroperasi sungguhpun sudah 9 orang mati gara-garanya. Ia memang tidak wajar. Kilang arak dalam negara adalah maksiat dan perlu ditutup. Namun soal mahad tahfiz bukan bandingan dengan kilang arak. Kilang arak beroperasi, masyarakat tetap memandang kewujudan sebagai sebuah organisasi maksiat dalam negara. Namun kewujudan mahad tahfiz yang menyimpan para pengetua bangsat, ustaz ustazah durjana, bukan sahaja mencemarkan organisasi. Ia mencemarkan kesucian Islam. 

Tindakan dan kawalan terhadap mahad tahfiz yang semacam ini lebih perlu dikeraskan berbanding tindakan ke atas kilang-kilang arak.

Wednesday, September 12, 2018

Oppurtunis daripada arus songsang

"Kerajaan sekarang tengah mencari identiti".

"Dalam mencari identiti ini, muncul puak pejuang leberalisma  dan juga LGBT menyampuk untuk melonjakkan identiti mereka. Mereka oppurtunis dan mahu menunjukkan peranan dan jasa dalam pembinaan kerajaan baru dan Malaysia baru..." , demikian ulas Ust Nazwan di kala kami berbual soal politik Malaysia sepintas lalu sambil makan-makan di kantin sekolah.

Aku bersetuju dengan pandangan itu. 

Kerana puak ini menyampuk untuk melonjakkan identiti mereka, para islamis dan idealis juga mahu hal yang sama. Mesti. Nilai negatif mesti dilawan dengan nilai positif. Kerajaan bukan batu pejal gunung yang mampu menahan serangan nilai songsang. Mereka perlu dibantu dengan tampilnya para pembela jalan lurus.

Sebab itu, fenomena kerajaan dikritik tentang beberapa sikap dan dasarnya adalah satu hal yang baik. Ia adalah timbangtara dan proses neutralisasi setelah munculnya cubaan mencemarkan nilai-nilai dan ketatanegaraan.

KURANG BUKTI BUKAN TANDA TIDAK SALAH

Kurang bukti untuk satu-satu kesalahan adalah satu tanda rahmat Allah SWT. Banyak pelaku jenayah yang tidak dapat didakwa kerana kurang bukti. Tidak didakwa bukan bererti tidak melakukan kesalahan. Banyak orang yang buat salah tetapi tidak dapat dibuktikan. Ada orang , umum tahu dia seorang ahli maksiat, tapi orang tidak ada bukti perlakuan maksiatnya. Kes seperti ini banyak terjadi dalam masyarakat. INi semua adalah tanda rahmat Allah SWT yang luas. Kalau setiap kesalahan dapat dibuktikan dengan lengkap, bayangkan, apa akan jadi. Tidak ada orang yang akan selamat dari hukuman.

Sebab itu kita perlu meyakini satu perkara. Sesiapa yang terlepas daripada hukuman di dunia, di akhirat pasti dia akan diperhitungkan. Namun, mungkin dia diampunkan juga.

Khabarnya, DS Najib, bekas Perdana Menteri Malaysia tidak dapat didakwa untuk kesalahan-kesalahan yaqng dikatakan atasnya. Ini kerana kurang bukti. Ramai tahu apa masalahnya. Masalah 1MDB dikaitkan dengannya tetapi dia masih tidak dapat dibuktikan dalam kes-kes besar melibatkannya.

DS Annuar Musa, bekas pengerusi Mara juga tidak dapat didakwa kerana bukti kurang. Bekas Pengerusi Mara, Bekas Pengerusi YPEIM juga ada buat masalah. Mereka patut dihukum. Hendakl hukum kena dibuktikan bersalah. Di situlah masalahnya. Kurang bukti. Bila kurnag bukti, jangan kata orang itu tak buat salah. Cuma kurang bukti. 

Hukum dunia perlukan bukti. Hukum akhirat pun sama. Manusia yang menuduh di dunia ini lemah dalam mencari bukti. Allah tidka lemah. Di akhirat, anggota tubuh badan sendiri akan jaid saksi. Memang tak larilah si pesalah. Buat salah, kulit, tangan dan anggota lain jadi saksi kesalahannya.

Tapi ini dunia. Dunia ini banyak benda yang kita boleh sembunyikan. Malam semalam berzina, siang boleh pakai jubah dan serban. Orang hormat bagai wali Allah. Masa dulu , masa muda-muda jahat piang. Kini masa tua, jadi baik dan orang tak tahu kisah masa mudanya. Curi duit juta-juta dan bilioan-bilon . Pecah amanah. Lepas itu derma sana sini. Masyhur di mata ramai sumbangan derma itu sampai dikata orang dermawan. Orang tak tahu. nak buktikan pun susah. Selamatla di dunia. Akhirat jangan harap.

Sebab itu kita imani hari akhirat. kalau kita imani hari akhirat, kita rasa lega sikit. Orang jahat itu, biarpun selamat di sini, di sana nanti dia akan dihakimi Tuhan yang Maha bijaksana.

MASA MENDATANG KAN KIAN SULIT

Hari-hari mendatang tidak akan lebih baik daripada masa sekarang. Itulah maksud dari sebuah hadis yang nabi SAW suruh para sahabat agar bersabar. Bersabar dengan penguasa-penguasa yang memerintah kaum muslimin pada masa-masa sesudah ketiadaan baginda. Berlaku kemerosotan iman dan nilai di kalangan manusia. Hal ini lumrah bagi setiap perkara. Material juga akan mengalami hal yang sama, apatah lagi kualiti dan nilai.

Kerana itu, aku sentiasa cuba memahami bahawa kerajaan yang berikutnya tidaklah memberikan nafas lega kepada para rakyat jelata. Akan ada kesengsaraan yang akan menghimpit rakyat lebih daripada sebelumnya. Jika kelmarin rakyat mendapat satu nikmat, nikmat itu hari ini hilang. Itu biasa. Jangan takut hadapi perkara itu. 

Kita kena selalu bersifat pisitif. Rencam dunia dengan pahit maungnya perlu kita hadapi dengan fikiran yang sentiasa positif. Besyukur dengan apa yang ada dan bersabar, Pada syukur itu ada janji tambahan nikmat. Pada sabar itu ada ganjaran pahala besar menanti.

Monday, September 10, 2018

SABAR YANG CANTIK

Sabar yang cantik adalah sabar yang tidak ada dalamnya "syakwa". Dalam Surah Yusuf, sebanyak dua kali diulangkan perkataan itu merujuk kepada sabarnya nabi Allah Yaakob a.s. Pertama dalam ayat 18 dan kedua kalinya dalam ayat 83. Kesabaran nabi Yaakob yang hilang anak tersayangnya Yusuf merupakan kesabaran yang dikatakan cantik. Kenapa Cantik? 

Sabar yang cantik adalah sabar yang tidak cemarkan dengan "syakwa". Syakwa yang menghilangkan kecantikan sabar itu adalah aduan dan rintihan kepada yang lain selain Allah SWT. Jika ia adalah "syakwa "kepada Allah sebagai Alkhaliq, ia tidak mengapa. Nabi Yaakob a.s sendiri membuat syakwa kepada Allah sebagaimana dirakamkan Allah dalam ayat 86, Surah Yusuf:


 قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ 

" Berkata Yaakob a.s, sesungguhnya aku hanya mengadu kedukaan dan kesedihanku hanya kepada Allah dan aku tahun daripada Allah tentang apa yang kalian tidak tahu".

Syakwa juga ada dibuat oleh nabi-nabi lain. Nabi Nuh, misalnya telah buat "syawa kepada Allah. Ketika dakwahnya ditolak kaumnya, dia mengadu kebejatan mereka dan minta agar diturunkan hujan. Nabi Musa juga buat syakwa. Peristiwa di padang ragut Madyan mengingatkan kita rintihan nabi MUsa sewaktu di bawah pohon pinggiran padang ragut. Nabi Muhamamd SAW sendiri buat rayuan dan rintihan kepada Allah sewaktu balik dari Taif. Bila dakwanya ditolak warga Taif.

Maka , Syakwa kepada Allah itu tidak menafikan sabar yang cantik. Adalah salah jika seseorang berkeras tidak mahu mengadu kepada sesiapa sekalipun Allah kerana kononnya hendak sabar. Sabar nabi Ibrahim yang digambarkan tidak mahu mengadu kepada Allah semasa dalam masa lontaran masuk ke api adalah cerita yang tidak berasas. Betentangan dengan nas dan watak nabi Ibrahim yang digambarkan dalam ayat-ayat lain.

Maka, jika sabar itu dipalit dengan "syakwa" kepada selain Allah, hilanglah hebatnya. Kepada rakan taulan dan sahabat handai, maka hilanglah cantiknya. Seorang yang sakit, pergi mengadu kepada doktor untuk dapatkan ubat, dia masih dikira sabar selagi tidak megeluh dan merintih. Cuma sabar cantiknya sudah hilang. Jika mengeluh dan merintih, memang tidaklah dia orang yang sabar.

Jika "syakwa " dibuat kepada orang yang tidka boleh menolong, memang tiadalah pahala sabar. Itu bukan "syakwa ila" tetapi "Syakwa bihi". "Syakwa bihi" dalam apa keadaan pun tidak boleh diterima. ia meluputkan terus sifat sabar pada seseorang.

Hari ini, ramai orang persiakan pahala sabar yang mungkin diperolehinya, Dengan sarana media sosial yang canggih manggih hari ini, seseornag itu membuat "syakwa " di sana. Syakwanya itu entah kepada siapa sahaja. Ramai bergentayangan di media sosial. Mereka sekadar membaca keluhan dan rintihan tersebut dan tidka bisa berbuat apa-apa. Maka alangkah ruginya seorang yang menjadikan laman sosialnya buat meluahkan aduan.




DEWA DEWI KAYANGAN

Merujuk kepada konflik yang berlaku di Johor, Kerajaan Persekutuan tidak puas hati dengan projek Forest City yang melibatkan penjualan hartanah kepada warga asing. Kenyataan Perdana menteri membayangkan hal itu tidak boleh dibenarkan. ia merugikan rakyat negara ini. Namun, masalah yang sedang menunggu di depan adalah dewa dewi kayangan. Itulah istilah yang aku temui dalam komen para netizen terhadap posting atau artikal berkenaan di dunia maya.

Siapakah dewa dewi kayangan tersebut.  Umum mengetahui , hanya negeri Johor sahaja yang galak mempromosikan kebangsaannya. Istilah bangsa yang disandarkan ke negeri tidak berlaki di negeri-negeri lain. Bahkan kepada negara pun tidak dapat dipopularkan untuk diterimapakai. Namun, bangsa Johor acap digunakan merujuk keoada rakyat Johor. Gelaran ini menjadi bermakna kerana  kerabat istana Johor sendiri mempromosikannya.

Dewa dewi kayangan yang dirujuk para netizen itu merujuk kepada pihak istanalah. Dalam projek Forest City, syarikat tempatan bekerjasama dengan Syarikat dari negara Cina. Pegangan saham terbesar dalam syarikat tempatan tersebut ada di tangan raja dewa dewi kayangan. Itulah yang menjadi masalah bagi kerajaan Persekutuan.

Hal ini menuntut satu pergelutana pengaruh dan kekuatan. Siapa yang akan disukai rakyat, akan menentukan duduk bangunnya pihak-pihak terlibat di masa depan.

Thursday, September 06, 2018

SEMAK SEBELUM SEBAR

Kata-kata ini patut jadi motto semua pelakun dalam dunia media sosial. Banyak sangat sampah maklumat yang tersebar. Kekadang ia berbentuk fitnah. Tampa ketelitian dan kecermatan, kita akan terjebak dalam jerangkap dosa. Sebab itu...

SEMAK SEBELUM SEBAR

Jangan seronak copy  paste apa yang orang hantar kepada kita. Kelak, diri sendiri akan menyesal di akhirat.


Ini adalah satu bentuk penyelewengan yang dibuat oleh para pemain wayang media soisal. Banyak lagi contoh lain. Tidak dapat saya senaraikan. Saya tidak ambil sampah-sampah yang bertebaran dalam FB atau Whatsapp. Saya tidak like dan tidak kongsi apa yang orang tulis dan kongsikan. kalau mereka dosa, biar mereka dosa sendiri. Saya tidak mahu terheret sama.

Semoga Allah peliharakan saya sepanjang masa.

Wednesday, September 05, 2018

Angan-angan Melampau Golongan LGBT

Kerajaan Pakatan Harapan diharap dapat membaca angan-angan melampau golongan pejuang LGBT. Mereka selalu mendakwa bahawa mereka penyumbang besar ke arah kemenangan PH. Sebab itu, mereka mengharapkan pulangannya. Mereka mahu apa yang mereka perjuangkan selama ini diberi tempat . Mereka mahu kehendak mereka dilayan. Namun, sepertimana biasa ragam saudara-saudara mereka di negara Barat, mereka melampau dalam angan-angan mereka.

Jika tindakan maupun kenyataan para pemimpin negara Malaysia Baru itu tidak memihak kepada mereka, mereka akan tulis dalam twitter atau media sosial lain, mencela menyindir dan memperlecehkan pemimpin tersebut. Mereka itu seperti budak hinggusan yang menangis jika kemahuan mereka tidak dituruti oleh ibu bapa mereka. Mereka rebahkan atas tanah sambil menendang-nendang kaki.

Buruk saangat perangai puak pejuang LGBT ini.  Mereka juga sangat perasan berbuat jasa. padahal. jika diukur jasa mereka, nil. 

Kerajaan baru diharap tidak melayan sangat kemahuan budak-budak degil dan nakal itu. Kemahuan rakyat terbanyak adalah keutamaan. Jika berlaku kes seperti sebatan psalah lesbiah di Terengganu itu, kerajaan jangan memihak kepada pengkritiknya dari kalangan pejuang LGBT. Puak-puak yang so "called moderate " juga perlu dapatkan maklumat yang secukupnya dulu sebelum bercakap yang condong kepada igauan puak LGBT.  Jangan terlalu idealis. Be realis. 

Ini negara Malaysia. Itu Negeri Terengganu. Negara ini ramai orang Melayu dan Islam. Orang Melayu seperti Siti Kasim atau Marina Mahathir tidak diterima oleh majoriti Melayu. Sejak ratusan tahun, orang Melayu pandang jelik wanita yang berambut perang warna dan tidak menunjukkan ciri wanita timur. Boleh tahan kalau wanita itu tidka nampak muslimah tapi nampak melayunya. Tapi kalau nampak macam kuda genit atau lembu matador...orang Melayu tidak suka bahkan benci.

Kerajaan baru perlu peka kehendak rakyat. Suara kaum pejuang LGBT adalah ibarat bunyi burung tukang menjelang tengah malam. Tidur sahaja dan lena hingga pagi. Esok pagi suara bising itu kan hilang. Percayalah.

Tuesday, September 04, 2018

Kenang-kenangan

Masihkah kau ingat
tatkala Firaun karam di laut
Bani Israil selamat di semberang

Lalu
mereka minta kepada Musa
jadikan untuk kami Tuhan sembahan
sepertimana kaum penyembah berhala itu.

Kamu bangsa yang bodoh
Musa menempelak

Masihkah kau ingat
kisah Zatu Anwat
mereka yang menyinggung hati rasul
membuatkannya ingat kebejatan Bani Israil.

Masihkah kau ingat
hari kelmarin
di kala urat lehermu tegang
lalu kenapa kau kendurkan hari ini?

Sumpahmu itu
masih terngiang-ngiang di telingaku

Para Pejuang Enau Dalam Belukar

Aku pernah menyaksikan gelombang tahun 1998. Ketika itu aku baru keluar Universiti. Ekonomi Malaysia terhimpit. Politik pun bergolak. Anwar Ibrahim dipecat dan dimalukan. Kemudian dipenjarakan. Demonstrasi meletuskan di Ibu Negara. Waktu itu aku ada di KL. Kerja sana sini tak menentu. Pernah kerja sebagai mail dropper. Kemudian kerja mengajar tuisyen Quran di rumah orang. Dalam keadaan itu aku menyaksikan api yang menyala di dada kota. Aku pernah menjengah ke rumah Anwar Ibrahim sejerus dia dipecat dan sebelum ditangkap. Aku pernah berlegar di Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Masjid Negara. Mengambil gambar suasana demonstrasi. 

Aku dengar nama-nama hebat masa itu. Tian Chua yang berani duduk bersila depan lori polis. Aku dengar nama Malik Hussain. Aku Dengar nama Roslan Kasim. Saifuddin Nasutian, Ghaus, Hisyamuddin Rais dan ramai lagi. Termasuk Ezam Mohd Noor.

Aku tak dengar nama Abdullah Sani. Tidak dengar nama Rafizi Ramli. Tak kenal juga orang-orang abru dalam AMK yang hari ini bersuara lantang. Mungkin wkatu itu mereka masih di sekolah menengah. Mungkin juga waktu itu sedang belajar di universiti dekat London atau USA.

Aku bukan ahli PKR. Aku ahli Pas. Tapi aku adalah saksi peristiwa. Aku melihat peristiwa hari itu dan juga hari ini. Aku tidka bisa dibohongi dengan bahasa lembut gusi melebihi lidah.

Kini, aku lihat banyak yang gugur kecundang. Duli berdiri genggam penumbuk ke langit, hari ini terkulai longlai. Ada yang dulu kawan setia, kini musuh pembenci kepada Anwar Ibrahim. Ezzam itu hero reformasi masa itu. Kemudian dia jadi musuh Anwar. macam tu juga Roslan Kasim. Lokman Nor Adam pun sama. Dia jadi pendokong UMNO. Ada yang jadi PSM macam Chegu Bad. Macam-macam ragam. Itulah politik. Satu seni serba mungkin. jangan heran! Terimalah ia sebagai satu hakikat hidup.

Orang yang pernah belajar dari masa lalu tak akan hairan. 

Hari ini dalam PKK nampak macam ada kocak yang merecikkan air. Rafizi Ramli berkencan mahu menjadi timbalan Presiden parti dan mahu menyingkirkan Azmin. Kelihatannya Rafizi ramli agak terdesak dan menggunakan dakwaan yang tidak bersifat setiakawan. Dia mentazkiah dirinya. Mengasiosasikan dirinya dengan kesetiaan dan menafikan buat Azmin.

Ini politik. Esok-esok, kita akan lihat bagaimana coraknya. Hari ini kita baru menyaksikan gelagat. Cerita belum tamat.

Kononnya Humanity



Mereka yang " so called humanity" begitu tersentuh dengan hukuman 6 kali rotan yang dikenakan ke atas pesalah lesbian di Terengganu. Macam-macam alasan diberikan. Memalukan, dipukul depan ornag ramai. Kata mereka. Ada pula yang kata pukul dibahagian tulang yang boleh mencederakan. Sebenarnya, mereka bukan mahu tegakkan humanity. Mereka cuma tudak suka kalau sesuatu syiar agama ditegakkan. Agama Islam maksudku.

hari itu, masa orang Islam buat korban lembu, mereka ungkit pasal menjaga hati kaum beragama hindu. Jaga perpaduan kaum. Mereka kendurkan kritikan dengan menyarankan agar jangan sembelih lembu di khalayak ramai. Mereka bukan nak jaga kebajikan lembu itu atau menjaga hati dan perasaan penganut hindu. Mereka cuma berbulu kalau lihat atau dengar satu syiar Islam ditegakkan di tengah masyarakat. Mereka suka mencabar nilai-nilai yang telah diamalkan dalam Islam.

Hukum rotan  adalah satu bentuk hukuman dalam hudud Islam, Kalau hukuman rotan dalam kes-kes penal code, mereka diam dan tidak bantah. Ia tidak ada kaitan dengan Islam. Biarpun hukuman rotan itu sangat menyeksakan, mengoyakkan kulit dan meninggalkan kesan seumur hidup, mereka tidak terasa hendak membantah. Tapi kalau itu hukuman Islam, mereka suka mengkritik, menyindir dan merendah-rendahkan. 

Ini penyakit apa namanya? 

Kalau bukan "nifaq" apa lagi yang boleh disifatkan? Penyakit ini amat bahaya bila hinggap dalam hati orang Islam. Jika ia hinggap dalam hati orang kafir, dia akan memusuhi Islam. Itu tidka menghairankan kerana begitulah watak orang kafir.

Yang musykil dan merimaskan, bila ia datang daripada orang yang mengaku Islam. Islam tapi tidak senang dengan syiar-syiar Islam. Senang dan bangga pula dengan syiar-syiar kaum penderhaka Allah. Mempertahankan kesongsangan dalam agama dan amalan masyarakat.

Monday, September 03, 2018

Jangan Dicengkam Dendam

Mengenang masa lalu, meratapi dan menjadikannya hambatan dan ungkitan masakini, adalah sunnah kaum Syiah. Lihatlah, mereka mengenang peristiwa kematian Hussain di Karbala, meratapinya dan menjadikan ia sebab mereka berdendam dengan Bani Ummayyah. sekalipun kemudiannya Bani Umayyah dapat ditumbangkan dari tampuk keuasaan, dendam mereka dan kenangan pahit yang mengganggu  mereka itu tidak padam. Demikianlah sifatnya dendam kerana masa lalu. Ia semakin marak dan membuatkan kaum Syiah bukan sahaja membenci Bani Umayyah. Mereka sekaligus membenci semua sahabat nabi kecuali yang dapat dibilang jari.

Kerana itu, mengungkit masa lalu adalah sunnah syiah. Jangan diikuti.

Syiah ini satu gerakan politik. Mereka mengungkit satu peristiwa politik yang menyakitkan. Itulah yang Syiah lakukan sehingga mereka menjadikan peristiwa sejarah yang mereka tidak puas hati itu sebagai kenangan mengusik jiwa. Bukan sahaja mengusik jiwa, mereka malah terbawa-bawa dalam mengatur siasat seterusnya. Siasat penuh dendam dan kebencian. Penuh dengan celaan dan laknat.

Kerana itu, saya nak kaitkan dengan peristiwa politik yang menghambat kita 20 tahu lalu. 20 tahun lalu, DS Anwar Ibrahim dipecat dan dizalimi oleh Tun Dr. Mahathir. Itulah hakikat sejarah yang tidak dinafikan oleh orang yang pernah menyakisikannya. Bahkan oleh semua orang yang mendalaminya dan mengkajinya.

Namun, kedapatan sesetengah orang mengungkit peristiwa tersebut seolah-olah meratapinya. Dendam lama tidak dapat dipadamkan.Kejahatan silam kekal jahat sehingga hari ini. Sepertinya apa yang berlaku 20 tahun dahulu tidak boleh dimaafkan. Sungguhpun yang empunya badan,  yang menanggung sengsara panjang telah mengambil sikap memaafkan, ada pihak yang tidak boleh maafkan.

Sebab itu, tokoh bernama Mahathir itu masih dimusuhi dengan keras oleh sesetengah orang. Ia melambangkan jiwa pendendam dan menolak kemaafan sama sekali. Setiap kali apa yang dilakukan pada hari ini, dinilai salah, Tun Mahathir itu dikaitkan dengan masa lalunya yang hitam.

Sikap kita yang sepatutnya adalah lupakan masa lalu. Inilah cara para ulama ahli sunnah. Jangan jadikan dendam masa lalu menghantui. Ada tokoh wali Allah yang mulanya bejat, tapi akhirnya jadi wali mulia. Jika dikenang masa bejatnya, tidaklah dia jadi wali Allah. Sikap dan pendekatan generasi Islam yang baik di zaman silam hendaklah ditauladani.

Begitulah halnya dengan para algojo politik dalam negara kita yang pernah berdosa puluhan tahun silam. Bukan tidak boleh menghukumnya. Boleh...jika ada salurannya. Namun, sekadar mengungkit dan prosedur pensabitan tidak dijalankan, maka lebih kepada buakan dendam yang tidak pernah berhenti.

Satu masa nanti, mungkin DS Najib akan dimaafkan. Sekarang dia sedang diburu untuk dihukum. jalan-jalan penghukuman sedang dioles. Biarkan.

Khianat kepada negara.

Negara ini sepatutnya kaya makmur. Tapi banyak pihak yang makan khianat harta awam. Ada pihak yang diberi amanah, menjadikan kedudukannya sebagai landasan mengaut keuntungan dan menindas rakyat.

Sekarang timbul isu AES. Demi membatalkan AES, kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM555  juta kepada LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) yang bertindak sebagai pelabur utama dalam operasi ini.

Lalu, timbul pula isu pemasangan kemera AUS yang dibuat secara berniat jahat. Bukan untuk membanteras kemalangan. Pihak yang meluluskan pemasangan itu adalah MIROS (Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia) 

Banyak musang berbulu ayam dalam negara ini. SPRM banyak sekali perkara yang perlu disiasat.

 https://malaysiadateline.com/skandal-aes-miros-wajar-disiasat/

Penubuhan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya atau Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) sebagai sebuah badan berkanun telah dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya Bil.1/2006 pada 15 Mei 2006 yang telah dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Susulan keputusan tersebut, MIROS secara rasminya telah ditubuhkan pada 3 Januari 2007. MIROS bertanggungjawab di dalam merancang dan menjalankan kajian dan penilaian berkaitan bidang-bidang yang melibatkan sektor keselamatan jalan raya dan bertindak sebagai one stop centre bagi pengumpulan dan penyebaran maklumat melalui percetakan dan program latihan. MIROS juga bertanggungjawab untuk menaikkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang maju dalam bidang penyelidikan keselamatan jalan raya di peringkat antarabangsa.​

 ​Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 [Akta 748] telah berkuat kuasa pada 15 Julai 2012 untuk menjadikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagai sebuah pertubuhan bertujuan membantu Kerajaan merangka dasar dan program keselamatan jalan raya ​dan menangani isu keselamatan jalan raya berasaskan hasil kajian dan penyelidikan saintifik.​

 fungsi MIROS adalah:​​ ​​
1. ​​​​M​enjalankan kerja-kerja penyelidikan ke atas keselamatan jalan raya;
2. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang awam terhadap keselamatan jalan raya;​
3. ​​​​Memberi khidmat nasihat;
​​​4. Merancang, menjalankan latihan dan membuat penilaian ke atas program keselamatan jalan raya;
5. Mengkaji semula kaedah ujian yang dijalankan; dan​​
6. ​Mewujudkan jaringan hubungan dan bekerjasama dengan badan-badan lain.

Wednesday, August 29, 2018

JALAN SUSUR YANG MEMAYAHKAN

Masalah yang melanda negara kita dewasa ini adalah seperti sebatang jalan. Jalan itu dulunya elok dan selamat. Kemudian jalan itu didapati sedang bermasalah. Tarnya pecah dan berlubang sana sini. Orang ramai yang menggunakan jalan itu tetap lalu juga jalan itu sebab itulah satu-satunya jalan yang ada. Biapun berlubang sana sini, orang ramai lalu juga dan boleh meneruskan perjalanan sebagaimana biasa. Tambahan pula setelah lubang-lubang atas jalan itu ditampal dengan batu-batu kasar dan tanah merah yang diambil dari kiri-kanan jalan tersebut.

Apa yang orang ramai nampak, jalan berlubang dan rosak. Mereka tidak nampak apa yang sedang berlaku di bawah jalan tersebut. Ada aliran mata air yang kronik di bawahnya. Lama-kelamaan, jalan teersebut dijangkakan akan runtuh jika tidak dibuat "major service". Kalau itu sampai terjadi, akan banyak korban yang jatuh.

Kontraktor lama buat tak ndah soal ini. Kontraktor lama hanya tampal bahagian atas sahaja. Bukan juga buat jalan baru yang kukuh dan selesa. Jauh sekali untuk menyelesaiakn masalah ancaman lapisan bawah yang sedang menunggu masa itu.

Kemudian, kontraktor baru ambil alih. Lepas ambil alih, kontraktor baru buat kajian menyeluruh. Apa yang mengejutkan mereka, bahagian bawah tanah jalan itu dalam keadaan yang sangat bahaya. Ada lohong dimakan air bawah tanah. Lohong itu menuju kepada satu kemungkinan yang hampir pasti. Landasan jalan itu akan runtuh dan jalan akan putus terus. Setelah kajian penyelsaian dibuat, langkah segera diambil. Satu susur terpaksa dibuat. Tapi ia akan menjadikan jalan susur itu panjang dan lebih sukar untuk ornag ramai pengguna jalan.

Ramai mengeluh. Orang ramai mengharapkan , jika sudah tukar kontraktor yang korup itu, mereka akan menikmati keselesaan yang lebih. tapi, ternyata tidak berlaku demikian. Keadaan makin payah untuk mereka. Kerja memperbaiki lohong bawah tanah di jalan sedia ada itu memerlukan masa yang panjang. Kontraktor yang baru ini terpaksa mengejar masa dan orang ramai makin tidak puasa hati. Tidak puas hati sebab ada kereta mereka yang sudah mula rosak kerana terpaksa melalui jalan "grabble" setiap hari. Mereka tidak puas hati sebab jalan susur baru ini tidak selesa. Lebih baik jalan yang berlubang ditampal aspal seperti dulu.

Keadaan makin genting. Kontraktor baru kena siapkan jalan dan selesaikan pemulihan jalan untuk laluan orang ramai itu. Jika tidak, orang ramai akan marah dan kontraktor baru akan dipecat. Silap-silap kontraktor lama dulu pula yang disuruh baiki jalan tersebut. Kalau itu terjadi, entahlah...apa nasib orang ramai.

Sementara jalan yang rosak teruk itu dibaiki, jalan susur itulah yang terpaksa digunakan. Susah macam mana pun, kena sabarlah. Nanti kalau jalan yang dibaiki itu sudah siap, para pengguna jalan akan melintas dengan senyum lebar sampai ke telinga. Akan dipuji melangitlah kontraktor baru yang dilihat cekap itu.

Insya Allah...bersangka baik sahaja.

Tuesday, August 28, 2018

Hijau, merah dan biru

Riak beralun-alun
yang disangka gelombang
membawa ombak kecil kehijauan berpeta kemerahan

Apakah akan merubah pantai
dengan debur yang diharapkan?

Apakah bakal menjadi gelombang
yang bakal menenggelamkan kapal
yang sedang belayar megah di laut kebiruan


Tuesday, August 21, 2018

Ijtihad Baru

Unity Opposition...

Parti Pembangkang bersatu menentang kerajaan PH. PAS, UMNO, MCA dan MIC. IKATAN dan Berjasa termasuk juga. Mungkin sekali dengan NGO.

Ada orang menggeleng kepala. Ada pula yang tersebyun sumbing. Apapun, jangan mencela jalan yang dipilih orang. Bukan satu dosa mengubah strategi. Tidak juga menjadi dosa membuat istilah baru. Lapangan politik itu seluas cakerawala.

Politik adalah perlumbaan menunjuk pandai. Siapa yang benar-benar pandai akan jadi dominan. Siapa yang benak, akan corot dan terhenyak ke penjuru. Smuanya dapat disaksikan bila masa berputar.



Kerja Allah Memang Pelik

Kita tidak tahu, hikmah apa Allah menjatuhkan kerajaan BN dan mengangkat naik kerajaan PH. Kita juga ada sedikit pelik, Allah pilih Tun Dr. Mahathir Muhamamd yang berusia 93 tahun untuk jadi PM. Allah jadikan Pentadbiran negara  Malaysia diketuai seorang yang cukup tua. Kita tidak mengerti kenapa Allah buat begitu sekarang. Satu hari nanti kita akan tahu juga. Allah buat semua ini ada hikmahnya. Ahli politik paling pintar pun tidak dapat menandingi kebijaksanaan Allah dalam mengatur urusan hidup manusia.

Sebab itu saya mengambil sikap meredhai apa yang terjadi. Saya tidak mahu mengeluh dan meggeliat seperti sebilangan orang dalam menanggapi apa-apa tindak tanduk kerajaan PH. Sejak hari pertama PH memerintah, mereka telah membilang kegagalan PH . Sembari menghitung 100 hari pemerintahan, kegagalan PH sentiasa diratibkan. Saya tidak suka cara itu. Mana-mana kerajaan yang naik, jika sikap rakyat tidak berubah,  tidak berlapang dada, demikianlah jadinya. 

Allah SWT tidak selamanya berpihak kepada rakyat. Islam bukan datang untuk membela rakyat semata-mata tetapi juga mempertahankan kerajaan. Sila rujuk hadis-hadis yang berbagai-bagai dalam bab ini. Rakyat disuruh bersabar di samping kerajaan di suruh berlaku adil.

Jika naik kerajaan Islam pimpinan Umar Al-Khattab sekalipun, jika rakyat bertabiat buruk, cuak, gelisah, dan terburu-buru, pemerintahan Umar Al-Khattab juga akan dileteri sebagai gagal.

Rakyat bersabar dan usah cemerutkan hati.

Wednesday, August 15, 2018

MP Kapar

MP Kapar itu terlalu berlebih-lebihan dalam dakwaannya. Dakwaannya bahawa Dr. Mahathir punya niat mengkhianati konsesnsus dalam PH bahawa Anwar Ibrahim bakal PM seterusnya adalah berlebihan. Apakah maksud di sebalik tuduhannya itu? Jika hanya untuk menang dalam pemilihan PKR, maka ia adalah niatnya itu sangatlah rendah kualitinya. Orang yang sebegini berpolitik secara tidak bijak dan merosakkan canai yang telah dibuat oleh para pemimpin.

Orang yang sebegini, diharapkan akan kalah dan tersingkir terbuang daripada parlimen . Bukan orang cerdik.

Tuesday, August 14, 2018

Ke mana akhirnya perjuangan LGBT

Sebenarnya, tidak perlu pun perjuangan hak samarata kaum LGBT itu.Kewujudan puak LGBT dalam masyarakat adalah seperti wujudnya puak-puak penagih air daun ketum di negeri sebelah utara seperti Kedah dan Perlis. Ia juga sama seperti wujudnya anak-anak yang mengalami kecacatan menyebabkan mereka perlu dihantar ke sekolah khas. Ia juga boleh disamakan kelompok orang-orang cacat mental yang dihantar ke Tanjng Rambutan untuk dipulihkan atau diasingkan daripada masayarakat waras.

Puak LGBT ini pun  macam itulah. Mereka ini, secara mudahnya adalah orang-orang cacat dalam masayarakat. Kalau boleh dipulihkan, mereka perlu dipulihkan. Kalau tidak boleh, mereka perlu diasingkan atau dihapuskira. Keperluan menjaga kepentingan umum adalah lebih utama daripada menjaga kepentingan khusus.

Jika demikian halnya, tiada pun keperluan memperjuangkan hak-hak LGBT. Hak mereka sebagai orang cacat terpelihara seperti hak para OKU lain. Bahkan kekadang, kita lihat OKU mendapat hak yang lebihy istimewa berbanding orang yang sihat. Demikianlah puak LGBT.

Sebenarnya, tuntutan hak kaum LGBT yang hari ini sedang dikobarkan oleh orang tertentu hanya bunga-bunga kepada tuntutan yang lebih besar. Satu ketika, setelah tuntutan-tuntutan kecil mereka hari ini diraikan , mereka akan melangkah kepada induk tuntutan mereka. Ianya seperti yang dituntut oleh kelompok LGBT pusat yang ada di Barat.

Percayalah. Kes itulah akhirnya pergi. Kalau musang asalnya, ayam juga yang menjadi ketergiurannya.

Saturday, August 11, 2018

PERJUANGAN LGBT

Katakanlah ia sebuah perjuangan. Sungguhpun kalimah perjuangan itu tidak layak dikepilkan  dengan tuntutan songsang para kaum LGBT. Mereka kata mereka berjuang. Berjuang untuk kebebasan kaum minoriti seperti mereka. Kaum LGBT.

Mufti Pulau Pinang sifatkan perjuangan mereka adalah perjuangan kebebasan ala haiwan. Dalam Bahasa Inggeris seperti yang dicatatkan oleh Malaysiakini, fighting for "freedom for animals". Berjuang untuk kebebasan untuk haiwan.

Tidak tahulah apa maksud sebenar ayat yang disandarkan kepada kenyataan Mufti Pulau Pinang.Namun, saya nak bawakan dua interpretasi.
Pertama, puak LGBT berjuang macam perjuangan puak yang memperjuangan hak para haiwan. Misalnya pualnya berjuang membantah anjing-anjing gila yang berkeliaran dibunuh. Mereka membantah dan menganggap pembunuhan itu menafikan hak mereka untuk hidup. Padahal kewujudan anjing-anjing gila berkeliaran itu merampas hak manusia untuk hidup selamat. Maka, pejuang LGBT macam merekalah. Nak jaga anjing gila liar, tapi manusia tak nak jaga. Ada akalkah manusia yang berjuang begini?

Kedua, maksudnya adalah perjuangan LGBT ini macam perjuangan untuk kebebasan para haiwan. Haiwan mana  ada undang-undang. Mereka memang bebas. Bebas makan hak siapapun. Bebas buat seks dengan lawan jenis.Bebas segalanya. Kebebasan macam itukah yang puak LGBT laungkan. Undang-undang Malaysia tak benarkan aktiviti songsang LGBT. LGBT tak boleh kahwinsama jenis. Tak boleh ikut suka nak promosi kebebasan songsang mereka. Jadikah,, kalau mereka berjuang, mereka berjuang untuk apa? Untuk bebas macam haiwan?

Inilah yang aku faham isu LGBT dan Haiwan yang dikaitkan dengan mufti Pulau Pinang itu. Para pejuang so called kebebasan itu dakwa tuan mufti samakan LGBT dengan haiwan. Pulak? Akal mereka ke mana? Lain yang ditamsilkan, lain pula yang difahami.

Apa boleh buat. Kalau fungsi akal sudah digendalakan, akan menjangkit dalam banyak hal . Lihatlah...

Monday, August 06, 2018

BUKAN HARTA MUDAH ALIH

Lebih 7000 pengundi PAS dalam PRU 14 di DUN Sg Kandis ternyata bukan aset mudah alih. Walaupun arahan terbuka telah dikeluarkan melalui beberapa pemimpin PAS agar calon BN, Datuk Lokman Noor Adam jadi pilihan, para pengundi Pas yang lepas enggan berbuat demikian. Itulah kesimpulan yang dibuat oleh Ust Ahmad Fadli Shaari, Naib Ketua Pemuda Pas Pusat.


Peratusan keluar mengundi yang rendah, bawa 50 peratus memberi gambaran sikap pengundi Dun Sg. kandis. Mungkin Ahli Pas mengambil pendekatan tidak keluar mengundi. Mereka enggan mengundi PH dan berpantang pula untuk mengundi BN. Pengundi PH mungkin ambil mudah dan merasa tidak perlu bersusah payah mengundi. Pertama mungkin beranggapa calon PH itu boleh menang walau tanpa undi mereka. Ini Kerana mojoriti besar yang diperolehi sebelumnya. Kedua, sebahagiannya mungkin beranggapan bahawa PH perlu diajar agar segera menunaikan janji sebagaimana yang diwar-warkan dalam kempen BN.

Calon BN pula, Datok Lukman Noor Adam bukanlah pilihan yang tepat. Banyak faktor lain juga boleh diandaikan. Turunnya Dato' Sri najib turut berkempen lebih kepada mengikis sokongan. Tanpa sokongan jentera dan wang ringgit, para pengundi BN juga hilang semangat. Tidak ramai yang sanggup mengundi ikhlas lillahi ta'ala.

Saturday, August 04, 2018

TIADA YANG DIHARAMKAN DAN "TITIK".

Tidakkah Datuk Marina Mahathir itu berfikiran matang dan cerdik? Ketika perbincangan mengenai perkahwinan kanak-kanak bawah umur dibincangkan pelbagai pihak, dicadangkan syarat-syarat untuknya dikenakan, beliau tegaskan ianya perlu diharamkan secara mutlak. Jika dia buka sedikit fikirannya dan menyelak ragam hukum, tidak ada satu hukum yang dihalalkan atau diharamkan secaraq mutlak. Perkahwinan itu dihalalkan, namun penghalalannya tidak mutlak. Tidak ada istilah halal dan "titik". Ada saatnya , bila syarat tidak terpenuhkan, perkahwinan yang halal jadi haram. Misalnya pada saat bakal suami boleh menimbulkan mudharat kepada isteri. Atau isteri itu berlainan agama dengan suami. Banyak sebab yang menghalang dan menjadi syarat tidak cukup. Demikian juga Islam mengharamkan babi. Ia tidaklah diharamkan dan "titik". Ada waktunya ia dihalalkan. waktu darurat dan terpaksa, daging babi dihalalkan untuk dimakan.

Paling tidak ada pengencualian. Samada keadaan darurat, jahil atau lupa. Itulah sifat hukum hakam agama.

Ini  hukum pakai otak manusia yang naif., mahu diharamkan dan "titik".

Datuk Marina Mahathir salah dan khilaf dalam kaedah berta'kul.

sUMBER aRTIKAL dIRUJUK :

MBN Jadi Sarang lintah UMNO.

MBN (Majlis Belia Negara). Di bawahnya bernaung pertubuhan belia yang pelbagai. Belia 4B, MAYC, ABIM dan lain-lain lagi. Hakikat bahawa MBN diterajui orang politik, samalah dengan hakikat bahawa badan-badan pengelola sukan diterajui ornag politik. Kerana cengkaman orang politik inilah, sukan negara tidak dapat berdaya maju. Samalah halnya dengan pertubuhan belia.

Sewaktu aku dalam ABIM pahang, keakraban pimpinan ABIM Pahang dengan MBN menimbulkan kegusaran dalam hatiku. Aku pernah membicarakan kepada YDB ABIM  pada masa itu bahawa mereka yang bersarang dalam MBN itu adalah ular-ular UMNO belaka. jangan berkawan dekat dengan mereka. Kelak, saat kita leka, mereka akan mematuk. Namun, luahan itu tidak dapat menjarakkan ABIM daripada MBN. Hakikatnya, ABIM perlu berpayung di bawah MBN untuk sama-sama berada dalam arus perdana Gerakan Belia Negara.

Apabila Menteri Belia dan Sukan menyuarakan hasratnya merombak MBN di semua peringkat, aku sangat setuju. Pada lintah politik itu telah lama menghisap darah di MBN. Mereka bukan saja-saja duduk di sana jika tiada pamrih peribadi yang ingin digapai. Eloklah, kerajaan baru sudah mengganti. Zaman mereka bersuka sudah tamat. Tempoh bulan madu juga telah habis. Dengan itu, letak jawatan secara terhormat adalah jalan paling cantik bagi para pengerusi MBN seluruh Malaysia.

Demi masa depan pertubuhan Belia, para parasit yang merosakkan citra belia negara perli minggir. Lagipun, sebagaian mereka itu bukan belia lagi Umur sudah lebih 50 tahun, masih ada hati nak duduk dalam MBN. Cet...

Friday, August 03, 2018

KEBEBASAN AKHBAR

Sebenarnya, apakah yang dimaksudkan dengan "kebebasan akhbar"?

Selepas isu Kementerian Pendidikan arahkan langganan Utusan Malaysia dihentikan di semua premis di bawah seliaannya, pihak Utusan Malaysia mengerang sakit. Para umnowiyyun mencemuh langkah KM itu. Dr. maszlee Malik kena serang lagi. wan Saiful Wan jan disindir teruk. Punca kuasanya yang bertanggungjawab keluarkan surat arahan itu dipersoalkan.

Sebenarnya, telah maklum di sisi malaikat kiraman katibin, bahawa Utusan Malaysia itu lidah UMNO. Masa sebelun 9 Mei hari itu  hinggalah sampai hari ini, bulan Ogos sudah, ia tetap harta UMNO. Ia tetap hantu raya belaan UMNO. Lidahnya masih bertasbih mentaqdiskan UMNO. Justeru, kerajaan musuh  UMNO , tak munasabahlah turut sama buat upacara semah bawah pokok ara beringin bagi makan sama hantu raya itu. 

Utusan' cry for Press Freedom.

Demikian bunyi tajuk berita dalam Bahasa Inggeris. Maknanya lebih kurang macam nilah. Utusan Menangisi hilangnya kebebasan akhbar. PH janji nak bagi kebebasan kepada akhbar. Akhbar tidak lagi akan dikongkong macam zaman tuna hantu raya utusan malaysia berkuasa. Jadi, menurut faham otak benak Utusan malaysia itu, PH sudah mungkiri janjinya. ia adalah satu di antara puluhan kemungkiran janji yang PH lakukan.

Sebenarnya, apa itu "kebebasan akhbar". Apakah berhenti beri makan kepada hantu raya yang tuannya sakit terlantar itu satu sekatan kepada kebebasan akhbar?

Kenapa sukar sangat nak faham terma mudah itu?

PENJARA SEPERTI KUBUR

Dato' Jamal Yunus, Ketua UMNO Sg. Besar masuk kubur selama 27 hari. Selepas  ditangkap di Indonesia dan dihantar ke Malaysia, jamal dipaksa masuk kubur. Lepas keluar dari kubur itu, Jamal kata dia rasa macam masuk kubur. Sebenarnya kubur itu penjara Kajang. Orang yang pernah masuk penjara boleh hadam kenyataan Jamal itu. Betulkah masuk penjara itu sama macam masuk kubur. Kalau difikirkan, kubur bukan pernah ada orang masuk dan tinggal dalamnya. Jamal pun tak pernah. Jadi katanya "macam" masuk kubur itu kurang tepat. Namun, itulah seni bahasa. Bandingkan dengan satu yang mustahil. Dalam Quran pun ada seni macam ini.

Allah kata dalam satu ayat , surah Al-An'am ayat 125, Allah bandingkan orang yang disesatkan Allah itu dadanya sempit. "Macam naik ke langit". Bandingan itu adalah bandingan dengan satu yang mustahil. Tak ada orang pernah naik ke langit. Kalau adapun, nabi Muhammad SAW seorang sahaja.

Jamal sekaligus menghayati kehidupan penjara yang susah itu dan mengungkapkan pujiannya atas Anwar Ibrahim yang menghuni penjara selama hampir 10 tahun dalam episod penganiayaan poilitiknya. Buat melegakan para ahli kubur, Jalaml mencadangkan agar mereka dibenarkan merokok dalam penjara. Cadangan jamal mengundang sinikal para netizen. Tak apa;ah, netizen yang ramai tu mana pernah masuk kubur.

Kubur...haha...mujur dah masuk kubur Jamal berpeluang kembali ke alam dunia.

PERTEMBUNGAN DAN NORMALISASI

Isu aurat yang dikaitkan dengan pramugari MAS yang ditimbulkan oleh MP Pas di Parlimen bukan satu yang janggal. Ia juga tidak harus dilihat satu cetusan yang memalukan. Apabila tidak ada pihak yang sudi mengangkat isu tersebut, maka wajar ada satu pihak yang mengangkatnya. Dalam hal ini., lonjakkan isu tersebut untuk diambil perhatian oleh menteri terbabit adalah boleh diterima dan dihargai.

Dewasa ini, suara golongan yang dipanggil liberalis makin bersiponggang. Suara menuntut kebebasan semakin kencang. Mereka adalah kelompok yang mencabar nilai-nilai yang sedang diamalkan dalam negara sama ada bersifat keagamaan maupun kebangsaan. 

Justeru, bagi menangani kemunculan ini, kemunculan kumpulan ultra agama dan ultra islamis juga diperlukan. Pertembungan antara kelompok liberalis dengan ultra Islamis atau Ultra Melayu akan menjadi pemangkin kepada normalisasi isu berkenaan.

Dr. Maza juga dalam kenyataannya sejak kerajaan PH naik ke persada kuasa, kritis dalam beberapa isu. Itu bagus. Suara agamawan kontroversial sepertinya diperlukan. Hari itu Isu Ramasamy/ Kini Ramasamy sudah lebih berhati-hati. Sudah tidak lagi lancang menyentih soal Dr. Zakir Naik. Kemudian isu Melayu Pendatang. YB Kula kata Utusan manipulasi kenyataannya. Videonya tersebar. Dia didakwa lebelkan bangsa Melaytu sebagai pendatang. Banyak pihak bangkit menkritik. UMNO memanglah, sebab mereka Parti Melayu. ABIM turut turun tangan. Buat Forum. Degung Degang isu tersebut, akhirnya Kula berubah jadi lebih cermat.

YB Pakatan Harapan , banyak yang mengalami cultral shock. Mereka perlu masa untuk  hilang kesawanan mereka.

MUncul golongan pendesak adalah satu proses timbang tara dalam masyarakat. ia sekaligus menjadi alat dan alasan para menteri dalam memutuskan isu-isu payah. Dilema mereka dibantu dengan desakan golongan pendesak. Chauvinis Cina desak luluskan UEC. Menteri Pendidik nampaknya terhimpit. Para pendesak Melayu termasuk rasionalis Cina tampil mengkritik. Ini jadi mekanisma normalisasi yang menyelesaikan kemelut.

Apapun...Siru Ala barkatillah!

KERJASAMA STRATEGIK

Kali ini penulis ingin menyebut satu istilah yang penulis kurang faham. Dalam PRK Sungai Kandis, Pas tidak letak calon tetapi beri laluan kepada BN untuk letak calon. Sumber Pas menyebutkan bahawa langkah tersebut bukan bermakna Pas telah bersama BN. Ia cuma "kerjasama strategik". Penjelasan beberapa pemimpin Pas yang turun berkempen untuk UMNO di Sungai kandis itu mungkin boleh menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan "kerjasama strategik " itu. Itulah dengan tujuan tidak mahu PH menang kerana kemenangan PH akan menambahkan ananiyyah dan kemungkiran politik oleh PH.

Berikutan kematian YB Seri Setia , Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, UMNO pula isytiharkan beri laluan kepada Pas dan mereka tidak akan turunkan calon mereka. Menyambut tawaran itu, Pas katakan ia akan dibincangkan dalam mesyuarat dan menganggap itu sebagai "kerjasama strategik" dan menolak tohmahan pihak yang mendakwa Pas sedang bersekutu dengan UMNO.

Ia bukan bersekutu, ia cuma "kerjasama strategik". Bukan bersama, cuma "kerjasama strategik". Istilah ini mungkin sesuai menggantikan istilah "ta'awun" yang kurang boleh difahami oleh mereka yang tidak terbiasa dengan bahasa Arab.

Apapun...sebuah perjalanan panjang bermula dari langkah pertama. Sebuah bangunan bermula dari pasak sebatang. Sebuah lenggok bahasa adalah mula kepada bahasa terbuka dan terus terang.

Hari esok, akan menjelaskan peristiwa kelmarin!