MBN (Majlis Belia Negara). Di bawahnya bernaung pertubuhan belia yang pelbagai. Belia 4B, MAYC, ABIM dan lain-lain lagi. Hakikat bahawa MBN diterajui orang politik, samalah dengan hakikat bahawa badan-badan pengelola sukan diterajui ornag politik. Kerana cengkaman orang politik inilah, sukan negara tidak dapat berdaya maju. Samalah halnya dengan pertubuhan belia.
Sewaktu aku dalam ABIM pahang, keakraban pimpinan ABIM Pahang dengan MBN menimbulkan kegusaran dalam hatiku. Aku pernah membicarakan kepada YDB ABIM pada masa itu bahawa mereka yang bersarang dalam MBN itu adalah ular-ular UMNO belaka. jangan berkawan dekat dengan mereka. Kelak, saat kita leka, mereka akan mematuk. Namun, luahan itu tidak dapat menjarakkan ABIM daripada MBN. Hakikatnya, ABIM perlu berpayung di bawah MBN untuk sama-sama berada dalam arus perdana Gerakan Belia Negara.
Apabila Menteri Belia dan Sukan menyuarakan hasratnya merombak MBN di semua peringkat, aku sangat setuju. Pada lintah politik itu telah lama menghisap darah di MBN. Mereka bukan saja-saja duduk di sana jika tiada pamrih peribadi yang ingin digapai. Eloklah, kerajaan baru sudah mengganti. Zaman mereka bersuka sudah tamat. Tempoh bulan madu juga telah habis. Dengan itu, letak jawatan secara terhormat adalah jalan paling cantik bagi para pengerusi MBN seluruh Malaysia.
Demi masa depan pertubuhan Belia, para parasit yang merosakkan citra belia negara perli minggir. Lagipun, sebagaian mereka itu bukan belia lagi Umur sudah lebih 50 tahun, masih ada hati nak duduk dalam MBN. Cet...
No comments:
Post a Comment