CARI BAHAN

Wednesday, August 01, 2018

HUKUMAN MATI



Australia satu negara yang menentang hukuman mati. Salah apapun, hukuman mati tidak boleh dilaksanakan. Jika satu orang bunuh orang lain, si pembunuh itu tidak boleh dihukum mati. Kerana itu, bila Sirul , si pembunuh Altantuya lari dan berlindung di sana, dia selamat. Australia mengenakan syarat, kalau Malaysia mohon ektradisi ke atas Sirul, Malaysia hendaklah menggugurkan hukuman mati dalam undang-undang negara.

Para penentang hukuman mati ini kononnya berbelas kasihan. Cuba kalau adib beradik mereka yang kena bunuh, sanggupkah mereka melihat pembunuh itu dipenjara beberapa tahun lalu bebas dan berkeliaran di depan mata mereka. Silap-silap, mereka ambil penghakiman sendiri dan bunuh pula si pembunuh itu. Hukuman mati adalah kaedah mengelakkan tragedi balas membalas dendam yang akan merosakkan masyarakat. Ia juga cara membuang barah dalam masyarakat. Hilang satu nyawa tidak penting berbanding ratusan dan ribuan nyawa lain yang terancam.

Atas pertimbangan itu hukuman mati dikenakan bagi kesalahan tertentu. Kesalahan mengedar dadah dikenakan hukuman mati kerana angkara pengedar dadah, ribuan dan jutaan generasi mudah jadi bangkai bernyawa dalam masyarakat.`Negara jadi hancur kerana najis dadah. Maka, orang yang bertanggungjawab dalam hal ini, pengedar dadah perlu dihukum mati. Itupun ada batas dan limitnya.

Apatah lagi jika satu orang membunuh orang lain. Jenayah ini perlu dibendung dan jangan sampai jadi budaya dan orang ringan tangan untuk mencabut nyawa orang lain. Anggota masyarakat biarlah rasa aman hidup bermasyarakat. Justeru, biarlah si pembunuh dihukum bunuh, Bukan kurangpun keadilan dalam masyarakat dengan membunuh si pembunuh.

Tapi, negara macam Australia itu, entah apa yang difikirkan oleh pemimpinya. Sirul itu mahu dijaga sangat. Altantuya yang telah dibunuh kejam, mereka tidak pula rasa nak bela. Kalau mereka sayang para penjenayah, biarlah para penjenayah pergi berkampung di negara Australia. Lambat laun, negara itu penuh dengan penjenayah. Di sana nanti akan banyak terjadi jenayah dan saat itu barulah mereka akan memikirkan untuk kenakan hukuman mati yang teruk lebih daripada yang kita amalkan.

Hendak sayang nyawa orang pun berpada-padalah. Sayang nyawa orang terbanyak lebih daripada sayang nyawa segelintir yang menjadi barah dalam masyarakat.

No comments: