PRK Sungai Kandis menyaksikan pertandingan 3 penjuru. Antara calon PKR mewakili PH dan UMNO mewakili BN. Kerana Pas berada dalam blok pembangkang dalam parlimen dan juga sistem pemerintahan negara dewasa ini, pendirian Pas tidak memihak kepada PH walaupun Pas pernah punya sejarah tahalluf siyasi dengan parti-parti yang kini dalam PH. Menerusi kenyataan tidak rasmi beberapa pimpinan Pas, cadangan dan petunjuk dibirikan kepada penyokong Pas di kawasan Sg Kandis agar mengundi calon BN. Itulah yang difahami walaupun ada seni percakapan yang samar-samar dalam soal cadangan pilihan oleh Pas.
Pas yang sejak berpuluhan tahun menentang BN, kini perlu mengubah nada dan pendekatan dengan BN. Ramai yang menduga Pas akan bersekutu dengan BN dalam sebuah koalasi yang lebih jelas. Namun, sehingga nota ini kutulis, tiada pengesahan ke arah itu. Ia hanya mainan kata yang tidak jelas dan dugaan-dugaan pelbagai pihak yang samar-samar. Sehingga lidah rasmi parti mengisytiharkan secara tuntas, semuanya hanyalah prasangka belaka. Jangan percaya pada prasangka.
Perubahan lanskap politik membingungkan bukan sahaja pemimpin UMNO. Ia juga membuatkan para pemimpin Pas menghadapi jalan sukar menguruskan sikap politik sendiri dengan tradisi pegangan politik para ahli. Silap perkiraan, keterburu-buruan akan mengakibatkan kerugian fatal kepada parti.
Orang-orang bijak politik dalam Pas, para ahli strategis dan yang kaya dengan pengalaman, silakan ukir wajah politik yang menatijahkan keuntungan kepada masa depan parti. Jika parti perlu dilestarikan untuk hidup bernafas dan menyuarakan roh perjuangan lebih 100 tahun mendatang, ukiran dan cara para pemimpin parti sekaranglah yang menentukan. Kebijaksaanaan mereka dituntut. Pada akhirnya bijak dan bodoh akan dinilai generasi mendatang.
No comments:
Post a Comment