"Kerajaan sekarang tengah mencari identiti".
"Dalam mencari identiti ini, muncul puak pejuang leberalisma dan juga LGBT menyampuk untuk melonjakkan identiti mereka. Mereka oppurtunis dan mahu menunjukkan peranan dan jasa dalam pembinaan kerajaan baru dan Malaysia baru..." , demikian ulas Ust Nazwan di kala kami berbual soal politik Malaysia sepintas lalu sambil makan-makan di kantin sekolah.
Aku bersetuju dengan pandangan itu.
Kerana puak ini menyampuk untuk melonjakkan identiti mereka, para islamis dan idealis juga mahu hal yang sama. Mesti. Nilai negatif mesti dilawan dengan nilai positif. Kerajaan bukan batu pejal gunung yang mampu menahan serangan nilai songsang. Mereka perlu dibantu dengan tampilnya para pembela jalan lurus.
Sebab itu, fenomena kerajaan dikritik tentang beberapa sikap dan dasarnya adalah satu hal yang baik. Ia adalah timbangtara dan proses neutralisasi setelah munculnya cubaan mencemarkan nilai-nilai dan ketatanegaraan.

No comments:
Post a Comment